Professional Documents
Culture Documents
Jenis Jenis Kajian Lalu Lintas
Jenis Jenis Kajian Lalu Lintas
Kajian ini juga merupakan satu percubaan untuk mendapatkan invertori corak
perjalanan semasa bersama-sama dengan kemudahan perjalanan yang ada,
kegiatan penggunaan tanah dan faktor sosio-ekonomi yang mempengaruhi
permintaan perjalanan.
Di Malaysia, kajian lalulintas ini selalunya dijalankan oleh pihak kerajaan iaitu di
bawah Unit Perancang Jalan (UPJ) di bawah JKR(Jabatan Kerja Raya) atau
dilakukan oleh jurutera perunding yang dilantik oleh JKR.
Jenis-Jenis Kajian Lalulintas Trafik
Kebiasaannya dalam kajian asalan dan tujuan dikelilingi oleh satu garisan
khayalan yang dinamakan sebagai ‘ garisan kepungan ’
Garisan kepungan bermakna garisan sempadan yang di dalamnya yang
terletak di dalam kawasan kajian.
Kawasan kajian ini kemudiannya dibahagikan kepada beberapa zon analisis
yang mempunyai kegiatan penggunaan tanah yang sama.
Perjalanan yang dibuat di antara asalan dan tujuan di dalam garisan
kepungan dinamakan sebagai perjalanan dalam.
Kadang kala, jenis-jenis perjalanan juga dikenali sebagai dalam-dalam,
dalam-luar, dan luar-luar, iaitu yang ditunjukkan rajah di atas.
Garisan tapis pula ialah garisan yang membahagikan kawasan-kawsan
kajian kepada beberapa bahagian supaya penyemakan kejituan data yang
dicerap dapat dilakukan.
Garisan tapis selalunya dibuat di sepanjang sempadan tabii seperti sungai
dan banjaran gunung atau di penghadang fizikal seperti ladasan kereta api.
Kaedah yang selalu digunakan untuk menyemah sama ada lengkap atau
tidak perjalanan kenderaan yang dilaporkan dalam kajian perjalanan luar dan
dalam ialah dengan membandingkan data yang dicerapkan di garisan tapis.
1. Data perjalanan dan data isi padu sebenar yang dicerap menunjukkan
persamaan yang rapat semasa kala aliran puncak pada waktu pagi dan
petang
2. Data perjalanan dan data isi padu sebenar yang dicerap menunjukkan
persamaan yang agak baik untuk kala yang lain dalam sehari.
3. Jumlah perjalanan untuk kala 16 jam sekurang-kurangnya 85% daripada
jumlah isi padu sebenar yang dicerap untuk kala masa yang sama.
Jika syarat tersebut tidak dipenuhi sepenuhnya, pelarasan data perjalanan dalam
boleh diwarankan .Perbandingan data yang diperoleh di garisan tapis ini selalunya
diberi dalam bentuk graf.
KAJIAN ISI PADU
Kajian isi padu lalu lintas dijalankan untuk mendapatkan keterangan yang jitu
tetang bilangan dan pergerakan kenderaan (juga perjalan kaki) di dalam atau
melalui suatu kawasan, atau pada titik-titik yang dipilih dalam suatu kawasan
kajian.
Jenis data yang perlu dicerap dalam satu kajian isi padu bergantung pada
penggunaan keterangan yang diperoleh.
Selain daripada kajian yang dijalankan di jalan raya dan persimpangan, kajian
isi padu lalu lintas dijalankan juga di stesen garisan kepungan dan garisan
tapis. Setiap jalan yang memintas garisan kepungan dinamakan stesen
kepungan, dan semua kenderaan yang masuk dan meninggalkan kawasan
kepungan dikira. Kaedah pembilangan jenis ini sangat berguna untuk kerja-
kerja perancangan system lalu lintas.
Dalam kajian pengangutan, aturcara membilang isi padu lalu lintas untuk
jangka masa yang panjang selalunya dibahagikan kepada tiga jenis. Jenis
membilang berterusan dijalankan di stesen membilang tetap yang dipilih
untuk memberikan corak lalu lintas dalam sebuah negeri. Alat membilang
mekanik ditempatkan secara tetap di stesen ini. Jenis membilang bermusim
pula dijalankan di stesen kawalan yang telah dipilih. Kajian selalunya
dijalankan untuk tujuh hari yang berturutan selama antara seminggu hingga
tiga minggu, dan diulang sebanyak empat hingga enam kali dalam setahun.
Jenis membilang liputan pula dibuat di stesen liputan untuk 24 atau 48 jam
yang berturutan sekali dalam setahun. Pignataro menyatakan bahawa tiap-
tiap stesen membilang kawalan diperlukan untuk tiap-tiap 90 stesen liputan.
ISU KESESAKAN YANG TIMBUL
PENGENALAN
Dalam bahagian ini, ia lebih tertumpu kepada isipadu, muatan dan darjah
kesesakan. Pemahaman ciri-ciri dan corak lalulintas adalah penting untuk
kajian ini kerana dengan analisisnya, kami dapat tahu teknik atau cadangan
penyelesaian yang sesuai.
GAMBAR 3.2 - Kegagalan lampu isyarat berfungsi dengan baik turut menjadi punca
kesesakan lalulintas di Jalan Jelutong. Keadaan ini menyukarkan kenderaan yang
keluar dari simpang.
ISIPADU
Dari jadual di atas menunjukkan semua jalan mengalami kenaikan isipadu dalam
tempoh 10 tahun tetapi Jalan Macalister mengalami penurunan isipadu sebanyak
2400 buah kenderaan sehari.pada tahun 1985, isipadu lalulintas di Jalan Jelutong
ialah 49800 buah kenderaan sehari. keadaan ini meningkat sebanyak 49700 buah
kenderaan sehari kepada 99500 kenderaan. pada tahun 1997 isipadu di Jalan
Jelutong menurun kepada 97,447 buah kenderaan sehari iaitu menurun sebanyak
2053 buah kenderaan sehari. Walaupun begitu, isipadu di Jalan Jelutong masih
ditahap yang tinggi. Carta bar di bawah menunjukkan perbandingan isipadu pada
tahun 1985, 1996 dan 1097.
Isipadu pengukur asas terhadap lalulintas disesuatu jalan. Isiapadu lebih dikaitkan
dengan pengaliran kenderaan dan ditafsirkan dalam bentuk 'kenderaan sejam' atau
'kenderaan sehari'.
RAJAH 7.
KENDERAAN MASA
7 - 8 pagi 8 - 9 pagi 12 - 1 ptg 1 - 2 ptg 5 - 6 ptg 6 - 7 ptg
KERETA 903.0 1697.0 1131.0 1043.0 967.0 1120.0
LORI 74.0 90.0 298.0 268.0 198.0 266.0
BAS 186.0 99.0 102.0 132.0 105.0 114.0
MOTORSIKAL 628.5 1056.5 645.0 723.5 664.5 678.0
BASIKAL 37.0 34.0 20.0 15.5 26.0 30.5
JUMLAH 1828.5 2976.5 2196.0 2182.0 1960.5 2208.5
RAJAH 8.
KENDERAAN MASA
7 - 8 pagi 8 - 9 pagi 12 - 1 ptg 1 - 2 ptg 5 - 6 ptg 6 - 7 ptg
KERETA 1289.0 1194.0 1251.0 1496.0 1657.0 1772.0
LORI 92.0 94.0 162.0 144.0 76.0 82.0
BAS 276.0 153.0 96.0 150.0 150.0 165.0
MOTORSIKAL 497.0 655.0 583.0 650.0 587.5 612.5
BASIKAL 10.5 13.5 14.5 7.0 8.0 10.0
JUMLAH 2164.5 2109.5 2106.5 2447.0 2478.5 2641.5
MUATAN
Secara praktikal, kapasiti jalan ialah diantara 1000 hingga 1800 pcu / jam dengan
setiap 10 kaki lebar jalan. Ini bermakna had minimum yang dibenarkan ialah 1000
pcu / jam dan had maksimum yang dibenarkan 1800 pcu / jam. Kapasiti jalan yang
begitu sesak adalah disebabkan terdapat beberapa aktiviti diantaranya aktiviti gerai
penjaja, kawasan meletak kenderaan yang kecil, adanya kawasan kormersial dan
aktiviti sosial.
KAPASITI
KELUASAN KAPASITI
NAMA KELUASAN SETIAP 10
LALUAN PRAKTIKAL
JALAN JALAN KAKI
BERTURAP (PCU/JAM)
(PCU/JAM)
Jelutung 100 kaki 30 kaki 1700 5100
RAJAH 4
TAKRIFAN ISITILAH
Lengah ditakrifkan sebagai masa hilang lalu lintas yang disebabkan oleh geseran
lalu lintas dan peranti lalu lintas.
TUJUAN KAJIAN
Floating-Kereta Pendekatan
Lesen-Pinggan Pendekatan
Kereta-Pendekatan Berikut
Pendekatan Berasaskan Gps
Laju setempat digunakan untuk menentukan taburan halaju bagi aliran lalulintas
pada lokasi tertentu. Data yang dikumpul dari kajian laju setempat digunakan untuk
menentukan peratusan halaju kenderaan, yang amat penting dalam menentukan
had laju. Laju setempat mengandungi beberapa langkah yang perlu diikuti seperti di
bawah (Robertson, 1994):
Untuk kajian halaju setempat di lokasi yang dipilih, saiz sample sekurang-
kurangnya 50 dan seelok-eloknya 100 kenderaan diperolehi. (Ewing, 1999).
Pengiraan trafik dihitung pada hari Isnin atau Jumaat pada waktu puncak akan
member jumlah bacaan yang tinggi dan tidak sesuai untuk analisis. Oleh itu
pengiraan biasanya dijalankan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.
Kaedah jam randik boleh digunakan dengan berjaya untuk mendapatkan laju
setempat dengan menggunakan sampel yang kecil untuk bandingan bagi jangka
masa waktu yang pendek. Kaedah jam randik ini cepat dan murah untuk
mencerap bacaan halaju.
Kaedah ini dilakukan untuk menentukan halaju setempat secara terus. Radar
tembak ini dipegang dengan tangan, diletakkan di dalam kenderaan atau di
letakkan di atas kaki tiga.
Jarak pengukuran yang tepat adalah pada jarak 61m hingga 3000m (Parma
2001). Radar tembak memerlukan garis penglihatan yang tepat untuk
mengukur halaju dan mudah dicerap oleh seorang pencerap sahaja. Jika
trafik sesak, maka cerapan data bertambah sukar dan 2 unit radar meter
diperlukan.
Saiz kenderaan yang berbeza member kesan kepada cerapan data yang
diambil dari radar tembak. (Currin, 2001). Kenderaan besar seperti lori dan
bus memberi isyarat pembalikan yang besar kepada radar tembak dan
akhirnya kenderaan kecil tidak dapat dikesan. Oleh itu jika terdapat
kenderaan yang besar, pencerap data mestilah merekodkan halaju
kenderaan tersebut sahaja dan juga jika kenderaan dilengkapi alat pengesan
radar untuk memaklumkan kepada kenderaan tersebut yang unit radar
sedang beroperasi. Ini kerana bagi kenderaan yang dilengkapi radar, mereka
akan memandu dengan perlahan apabila mereka diberi amaran oleh alat
pengesan pada kenderaan mereka