You are on page 1of 2

TEKS PENGACARAAN DEMONSTRASI BOMBA DAN PENYELAMAT

Assalamualaikum wbt
Dan Salam Sejahtera

Yang dihormati Tuan Roslani Bin Seman, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan
Penyelamat Daerah Bera, barisan Pegawai Bomba.

Yang Berusaha,Encik Mohd Zainal Bin Abdul Rashid, Guru Besar SK (FELDA) Triang 3,
barisan pentadbir, rakan-rakan guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, dijemput Tuan Guru Besar untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Dipersilakan.
- UCAPAN GURU BESAR –

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan beliau itu tadi

Seterusnya, majlis menjemput Tuan Roslani Bin Seman, Pegawai Bomba Kanan II dari
balai bomba dan penyelamat daerah Bera, untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dipersilakan.

- CERAMAH BOMBA-

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Roslani Bin Seman di atas ceramah dan
pesanan yang telah disampaikan oleh beliau

Majlis sekali lagi mempersilakan tuan Guru Besar untuk menyampaikan cenderahati
kepada penceramah. Dipersilakan.
Selesai sudah sesi ceramah daripada pihak Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Bera.
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa Bersama warga SK Felda Triang 3 .

You might also like