You are on page 1of 7

PENGACARAAN MAJLIS

PENDAHULUAN

Di dalam pengacaraan majlis strategi-strategi yang digunakan oleh seseorang


pengacara merupakan bentuk-bentuk kalimat, diksi, puisi, bahasa-bahasa puitis,
koherensi dan kohesi bahasa, berkesinambungan, kepelbagaian struktur dan
sebagainya. Sekilas pandang strategi-strategi ini merupakan wacana dalam
pengacaraan majlis.

TAKRIF

Pengandalian perjalanan majlis sama ada rasmi atau tidak mengikut susunan
atau tidak.

TUJUAN

Mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan kecacatan.

Jenis-jenis Majlis Rasmi

1. Majlis Penuh Istiadat


Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat
tauliah dan
mengangkat sumpah oleh menteri.

2. Majlis Rasmi dan Formal


Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang
ketua negara
asing.

3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal


Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena
hari kebangsaan.

4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal


Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian
sesebuah bangunan
oleh Perdana Menteri atau Menteri.

5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal


Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.
PROSUDER

1. Meneliti dan memeriksa program


2. Mengetahui tujuan majlis
3. Meneliti senarai kehadiran
4. Mengetahui akan peruntukan masa akan diadakan

Pengacara Majlis (MC)

 Mengawal majlis

 Membuat pengumuman

 Memberi panduan kepada hadirin tentang majlis yang sedang dan akan
berjalan

 Teks disediakan/disemak oleh penganjur

PENGACARAAN MAJLIS FORMAL

Terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini dan tidak semua
orang boleh menjadi juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah
memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara
majlis.

Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh
menjadi juruacara. Teks juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan kertas
separuh A4 dan satu muka surat hanya dimuatkan satu pengumuman sahaja.
Setiap pengumuman pula mengandungi butir-butir berikut:-

1. MASA (anggaran)

2. CUE (panduan bagi juruacara)

3. ANN (teks pengumuman)

Gaya dan isi teks juruacara adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis yang
berkenaan. Setiap majlis mesti disediakan dua juruacara (seorang sebagai
simpanan). Teks juruacara hendaklah disediakan oleh pihak penganjur.
PENYEDlAAN ATURCARA PENTADBIRAN

Aturcara pentadbiran adalah merupakan aturcara majlis yang ditulis secara


terperinci dengan tujuan:-

• sebagai panduan untuk pegawai yang mengendalikan majlis tersebut

• sebagai panduan kepada semua pegawai dan pekerja yang terlibat dalam
majlis tersebut

• untuk menentukan majlis berjalan dengan licin dan mengikut lunas-lunas


protokol yang diterima

• untuk mengawal masa

• untuk menjadi panduan masa akan dating

• sebagai rekod

Aturcara pentadbiran yang baik mengandungi butir-butir berikut;

1. Masa

2. Tempat

3. Keterangan yang merupakan urutan acara secara terperinci (aktiviti)

4. Pegawai yang bertanggungjawab (tindakan)

Selain daripada aturcara pentadbiran, 'Check List' hendaklah juga disediakan


bagi membantu melicinkan
pengendalian majlis berkenaan.
RAPTAI

Raptai amatlah penting bagi sesuatu majlis walaupun majlis tersebut merupakan
majlis ulangan (selalu
diadakan) dan hendaklah diadakan beberapa kali mengikut keperluan. Tujuan
raptai ialah:

i) Supaya mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawabnya.

ii) Untuk menentukan urutan majlis.

iii) Untuk menentukan jangka masa yang tepat.

iv) Untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

v) Untuk penyelarasan acara.

vi) Untuk membiasakan petugas-petugas dengan keadaan tempat.

FORMAT

 Memulakan majlis dengan salam


 Kata alu-aluan mengucapkan selamat dating dan menyatakan tujuan
majlis
 Mengendalikan atur cara yang ditetapkan
 Menentukan kesinambungan atur cara
Contoh:

TEKS PENGACARAN
MASA 9.15 PAGI
Apabila ketibaan pengarah pendidikan masuk ke dewan,
KIU umumkan ketibaan tuan pengarah
mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengarah
PENGACARA Pendidikan Negeri

MASA 9.20 pagi


pengarah dan para tetamu mengambil tempat masing-masing
selepas Pengarah diberikan buku program, pengacara
KIU memulakan majlis
Assalamualaikum wtr dan selamat sejahtera

buah pinag dimakan puan


sirih junjung bersalut inai
selamat datang pengarah
ke majlis yang indah permai

yang berbahagia Tuan Hj. Abd Kadir B. Rahman Pengarah


pendidikan Negeri Kelantan, yang berusaha Tn. Hj. Karim B.
Jantan pengetua sekolah menengah sultan ismail, pengetua-
PENGACARA pengetua……….. ( ikut protokol )
Latihan pembinaan skrip mc
TEKS PENGACARAAN
MALIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN
MASA & MC TEKS/ ANNOUNCEMENT CUE/ CATATAN
2.30pm Mengumumkan ketibaan,
MC 1 Yang Berbahagia

diiringi oleh,

tetamu kehormat masuk ke dewan.


2.35pm Salutasi *mula membaca
MC 2 selepas usher selesai
pantun 1* menyampaikan buku
program kepada VIP
pantun 2*

Bsmillahirrahmanirrahim,
1. Yang Berbahagia
2. Yang Berbahagia Timbalan pengarah

3. Yang Berusaha Ketua Jabatan, Jabatan Bahasa


Melayu

4. Yang Dihormati ketua-ketua Jabatan, ketua-ketua


unit, pensyarah-pensyarah kanan, para pensyarah,
jpp ipba, para pelajar, tuan-tuan dan puan-puan,
serta hadirin sekalian.

assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sehati


sejiwa

2.40pm Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis


MC
Dari Auditorium Dato Razali Ismail,

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu


kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Perasmian Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan
Peringkat
2.42pm Bacaan Doa
MC
hadirin yang dimuliakan,
majlis kita akan diteruskan dengan bacaan doa.
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
yang dihormati ustaz ____________________ dari
jabatan___________ untuk membacakan doa.

dipersilakan

(bacaan doa)

amin amin ya rabbal alamin


majlis mengucapkan terima kasih.
Ucapan Alu-Aluan
Hadirin yang dihormati,
majlis kita diteruskan dengan ucapan alu-aluan.
untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan
______________________________________

Ucapan

Ucapan Perasmian

You might also like