You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAFETERIA

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


BIL 1/2022

Tarikh : 14 FEBRUARI 2022 (ISNIN)


Masa : 2.30 petang
Tempat : BILIK DATO MAHPOR

KEHADIRAN:
1. MOHTAR BIN YACOB (PENYELARAS)
2. TEH TECK YONG (SETIAUSAHA)
3. SHAIREENA BT. JA’AFAR (AJK)
4. MUHAMMAD FARID BIN SALLEH (AJK)
5. MOHD FAIZAL BUANG (WAKIL KAFETERIA)
6. NATASHA ALYAA BINTI JAMALUDIN (WAKIL KAFETERIA)
7. DANIEL KONG CHI MING (WAKIL PELAJAR)

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN:


1. NORHATIMAH BT. MOHAMAD KUARANTIN
2. JAFRI BIN HUSSIN LAWATAN TAPAK
3. JAMUNAH A/P DEVARAJH CUTI SAKIT
4. NURHIDAYAH BT. SAMSUDIN URUSAN KERJA
5. FAIZAH BT. SHAARI KUARANTIN

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Penyelaras menyampaikan kiriman salam daripada Tuan Pengarah dan Timbalan
Pengarah.

2. TAKLIMAT PENYELARAS JAWATANKUASA KAFETERIA

2.1 Penyelaras memaklmkan bilangan pelajar di IPGKTI iaitu pelajar arus perdana ≥800
orang dan pelajar KDC ≥400 orang.
Makluman

2.2 Penyelaras memaklmkan kebersihan dan keceriaan Kafeteria perlu diberi perhatian.
Pekerja Kafeteria perlu sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri.
Makluman

2.3 Penyelaras memaklumkan peraturan dan SOP yang sesuai mesti dipaparkan di
Kafeteria.
Makluman

2.4 Penyelaras memaklumkan perlatan seperti meja dan kerusi adalah tanggungjawab
IPGKTI manakala peralatan masak, pinggan mangkuk adalah bawah
tanggungjawab pihak Kafeteria.
Makluman

2.4 Penyelaras ingin mendapat maklumat tentang bilangan pekerja Kafetria, menu dan
harga makanan.
Tindakan: Pihak Kafeteria
3. PENGAGIHAN TUGAS PEMANTAUAN

3.1 Mesyuarat memaklumkan jadual dan borang pemantauan akan disedikan.


Makluman

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pihak Kafeteria memaklumkan bilangan pelajar yang hadir ke Kafeteria ≥100 sahaja
dan tidak dapat menampung perbelanjaan harian. Pihak Kafeterial meminta IPGKTI
mengehadkan pelajar keluar dari kampus sebelum 4.30pm, penghantaran makanan
dari venue luar seperti Grab Food, Food Panda dan lain-lain lagi hanya boleh masuk
ke kawasan kampus selepas 4.30pm.
Makluman

4.2 Pihak Kafeteria memaklumkan menu harian telah disediakan, setiap hari juga ada satu
menu special untuk srapan, makan tengahari dan makan malam. Pihak Kafeteria juga
menyediakan kemudahan penghantaran tempahan makanan secara online.
Makluman

4.3 Pihak Kafeteria memaklumkan kerosakan sinki, lampu dan kipas di Kafeteria. Encik
Muhammad Farid bin Salleh memaklumkan pihak Kafeteria boleh melengkapkan
borang aduan dan hantar ke Unit Teknikal.
Makluman

4.4 Pihak Kafeteria memaklumkan peraturan dan SOP telah disediakan tetapi pelajar
kurang mengikut SOP.
Makluman

4.5 Pihak Kafeteria mencadangkan mengadakan jualan gerai dan food truck di tempat
parking blok D mulai Jam 5pm.
Makluman

4.6 Pihak Kafeteria meminta Jabatan-jabatan di IPGKTI dapat memberi sokongan kepada
Kafeterial dengan menepah makanan dengan Kafeteria.
Makluman

4.7 Pihak Kafeteria memaklumkan koperasi ada menyediakan makanan dari venue luar
dan harap pihak IPGKTI mengambilberat mengenai perkara ini.
Makluman

4.8 Pihak Kafeteria harap dapat mengurangkan sewa Kafeterial. Penyelaras


memaklumkan Jawatankuasa Kafeteria tiada kuasa atas permintaan ini dan
mencadangkan pihak Kafeteria berurusan terus dengan pihak pengurusan IPGKTI.
Makluman

4.9 Pihak Kafeteria memaklumkan tempahan makanan untuk pelajar kuarantin adalah
sama dengan menu harian (RM6 makan tengahari atau makan malam, RM2 sarapan
pagi). Nasi buget RM4 juga disediakan. Pihak Kafeteria akan berurus terus dengan
Ustazah Norhatimah bt. Mohamad.
Makluman
4.10 Biro Kebajikan JPP akan menyediakan QR code untuk peti cadangan atau aduan
pelanggan Kafeteria.
Makluman
4.11 Cik Shaireena memaklumkan harga makanan tidak konsisten, penghantaran makan
pesanan online agak lambat. Cadangkan menjual nasi lemak RM1.
Tindakan: Pihak Kafeteria

4.12 Cadangan mengadakan satu bilik khas untuk pensyarah dan staf di kafeteria.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.10 petang.

Disediakan oleh:
Setiausaha Jawatankuasa Kafeteria

You might also like