You are on page 1of 1

Tuan.

Aduan (eniang Perkhidmatan Mengangkui Sampah

Merujuk kepada perkara di alas, saya mewakili penduduk di Kompleks Guru ingin
mengemukakan perasaan tidak puas hati tentang mutu perkhidmatan Iori pcngangkut sampah
di kawasan kami.

2. Sejak akhir-akhir ini. Iori pengangkut sampah yang berkhidmat di sini tidak mengikut
jadual yang sepatutnya. Kami difahamkan hahawa Iori pengangkut sampah akan mengutip
sampah sebanyak tiga kali seminggu. iaitu pada hari Selasa. Khamis, dan Sahtu. Malangnya.
sebulan yang lalu. Iori pengangkut sampah hanya datang sebanyak sekali seminggu. iaitu
pada hari Khamis. Keadaan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada kami. Sebagai
contohnya. sampah sarap yang tidak dikutip telah menimbulkan bau busuk. Hal ini telah
menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan dan menggangu keselesaan penduduk di
taman ini.

3. Selain itu. bau busuk dan sampah yang berlonggok telah menimbulkan masalah lain
pula. Hal ini menyebabkan lalat dan langau mengerumuni sampah. Sebagai contohnya. sejak
akhir-akhir ini. terlalu banyak tikus dan lalat yang menggangu kehidupan dan ketenangan
kami. Kami khuatir bahawa keadaan yang berterusan ini akan menjadi punca kepada penyakit
seperti taun. tifbid. dan sebagainya. Oleh itu. kami merayu agar masalah ini diselesaikan
sebelum timbul masalah yang lebih besar.

You might also like