You are on page 1of 4

AKTIVITI

KELAB PENCINTA ALAM


SMK RANAU
(UNTUK PANDUAN PEMIMPIN KPA
SEKOLAH)
TAHUN 2022/2023
PENGENDALIAN AKTIVITI.
- AKTIVITI INI DIKENDALIKAN OLEH PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI, SETIAUSAHA DAN
BENDAHARI DIBAWAH PEMANTAUAN GURU PENASIHAt ATAU TANPA PEMANTAUAN GURU
PENASIHAT.
- TEMPAT PERJUMPAAN RASMI BAGI KPA ADALAH DI GALERI SEKOLAH.
- BAHAN : SENARAI AHLI KPA, KERTAS A4, DAN PERALATAN-PERALATAN LAIN BAGI AKTIVITI SETIAP
PERJUMPAAN DISEDIAKAN OLEH GURU PENASIHAT (SPT PLASTIK SAMPAH DLL)

1. ARAHAN OLEH PENGERUSI KEPADA AHLI KPA


- Semua ahli KPA sila senyap dan jangan bising.(Suara tegas dan kuat).

2. ARAHAN KEPADA SETIAUSAHA (Setiausaha akan mengambil alih tindakan bagi kehadiran)
- Sila tanda kehadiran dengan menyebut satu persatu nama ahli bagi menggelakkan penipuan
kehadiran.
- Jika ada yang tiada dalam senarai nama yang disebut, sila minta pelajar datang kepada setiausaha
untuk direkodkan nama.
- Ahli unit beruniform lain yang mahu berpindah kelab perlu dapat kebenaran daripada cikgu
Macklayton dan ditemuduga oleh guru penasihat. Kebenaran berpindah kelab adalah tertakluk
kepada jumlah ahli sedia ada serta nisbah guru penasihat.

3. ARAHAN KEPADA PENGERUSI


- AJK Tingkatan 1 dipilih daripada senarai nama ahli KPA tingkatan 1.
- Pembahagian ahli kumpulan bagi aktiviti tahun 2022(terdiri daripada pelbagai tingkatan).
- Yuran ahli sebanyak RM5 setahun. Bendahari boleh mula bergerak aktif dan yang paling cergas
mengutip yuran ahli bermula hari ini. Sila maklumkan ahli KPA bahawa Yuran ini bertujuan untuk
memudahkan aktiviti kelab dijalankan.
- Aktiviti kelab Tahun 2022 dibacakan oleh Pengerusi sebagai persediaan ahli menyiapkan peralatan
yang diperlukan.

AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM TAHUN 2022

PERJUMPAAN 1
- PENDAFTARAN AHLI DAN PERLANTIKAN AJK TAHUN 2022/2023
- PEMBAHAGIAN KUMPULAN.

PERJUMPAAN 2
- Pengenalan logo kelab, tujuan penubuhan Kelab Pencinta Alam SMK Ranau.
- Murid menghasilkan logo baru kelab serta menuliskan 10 impian jika mereka adalah Menteri Alam
Sekitar Malaysia.
- Bahan untuk perjumpaan seperti gambar logo Persatuan Pencinta Alam Malaysia, kertas a4 dll,
pengerusi ambil daripada guru penasihat.

PERJUMPAAN 3
- Kerja amal – membersihkan kawasan sekitar SMK Ranau. Plastik sampah sila ambil daripada
pengerusi.
- Pengerusi sila ambil markah kumpulan.

PERJUMPAAN 4
- Pertandingan mencipta yell kumpulan bertema alam sekitar. Pengerusi pilih yell kumpulan paling
menarik untuk pemarkahan penyertaan peringkat sekolah.

PERJUMPAAN 5
- Menulis pantun tema alam sekitar – setiap ahli kelab perlu menghasilkan pantun bertemakan alam
sekitar. Pengerusi sila ingatkan dan ambil daripada guru penasihat sehari sebelum Tarikh
perjumpaan.

PERJUMPAAN 6
- Mencari harta karun – Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Timbalan Setiausaha, Bendahari,
Timbalan Bendahari serta AJK Tertinggi akan merancang aktiviti Mencari Harta Karun dan akan
bertugas disetiap Cek Point.. Soalan penyelesaian masalah di cek point mesti berkaitan dengan alam
sekitar.
- Pengerusi sila ambil markah kumpulan

PERJUMPAAN 7
- Kuiz alam sekitar – Pengerusi sila ingatkan dan ambil daripada guru penasihat sehari sebelum
perjumpaan.
- Pengerusi sila ambil markah kumpulan

PERJUMPAAN 8
- Kerja amal membersihkan kawasan flat guru. Plastik sampah, penyapu dan penyedok sampah sila
ambil daripada pengerusi.
-
- Pengerusi sila ambil markah kumpulan.

PERJUMPAAN 9
- Produk kitar semula – bawa bekas botol plastik masing-masing. Google untuk cari contoh-contoh
objek kitar semula. 1 kumpulan 1 produk sahaja. Apabila selesai aktiviti, setiap kumpulan bersihkan
kawasan aktiviti dan bawa pulang objek ciptaan.
- Pengerusi sila ambil markah kumpulan.
PERJUMPAAN 10
- Tapak angkat kelab pencinta alam – setiap kumpulan diberikan kawasan untuk dijaga kebersihan
sepanjang minggu. Kebersihan akan dinilai dan pemenang akan diberikan hadiah. Tapak angkat
meliputi kawasan taman antara blok bangunan, kawasan dataran, kawasan belakang dewan,
kawasan sekitar surau, kawasan bawah flat guru. Pengerusi dan Timbalan akan bahagikan tapak
kepada kumpulan-kumpulan.
- Pengerusi sila ambil markah kumpulan.

PERJUMPAAN 11
- Pembubaran AJK 2022/2023
- Pengerusi akan mempengerusikan majlis pembubaran dan pemilihan ajk baru sebelum
kanyaahkannya kepada pengerusi baru.

PERJUMPAAN 12
- Hari penilaian Ko-Kum

4. Sebelum perjumpaan tamat, arahkan pelajar membersihkan dan mengemas kawasan tempat aktiviti
kelab diadakan dan pastikan berada dalam keadaan seperti asal. Pastikan tempat perjumpaan bersih
dan kemas sebelum bersurai.

5. PERJUMPAAN TAMAT

Cadangan aktiviti lain jika aktiviti di atas tidak dapat dijalankan.

1. Melukis doodle
2. Nyanyian lagu bertema alam sekitar
3. Dll – aktiviti yang difikirkan sesuai dengan Kelab Pencinta Alam

You might also like