You are on page 1of 2

HUKUMAN KEPADA PELAKU ZINA

Hukuman bagi pelaku zina dibahagikan kepada dua iaitu penzina bukan muhsan iaitu penzina

yang belum berkahwin dan yang kedua ialah penzina muhsan iaitu penzina yang sudah

berkahwin.

Bagi penzina bukan muhsan, mereka akan dikenakan hukuman 100 kali sebatan dan dibuang

negeri selama 1 tahun, Allah SWT telah menerangkan dalam Al-Quran tentang hukuman ini

dalam Surah An-Nur ayat 2 : Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang

berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan

janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam

menjalankan hukum agama Allah SWT, jika benar kamu beriman kepada Allah SWT dan

hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu

oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Hukuman bagi wanita yang mengandung ditangguhkan sehingga tempoh penyusuan tamat

dan hukuman bagi penzina yang sakit juga akan ditangguhkan sehingga dia sembuh.

Manakala bagi hukuman buang negeri selama 1 tahun pula, ia ada dinyatakan dalam hadis

Rasulullah SAW iaitu: Daripada Ubadah bin as-Somit r.a katanya: Rasulullah SAW

bersabda yang bermaksud: “Terimalah daripada saya, terimalah daripada saya. Allah telah

menetapkan hukuman bagi wanita-wanita ini. Dara dengan teruna akan disebat 100 kali dan

dibuang negeri setahun. Wanita dengan lelaki yang pernah berkahwin akan disebat 100 kali

dan direjam.”

Bagi hukuman yang sabit dengan iqrar atau pengakuan, pesalah boleh menarik balik iqrarnya

ketika hukuman sedang dijalankan.

Bagi penzina muhsan pula, mereka akan dikenakan hukuman rejam sehingga mati. Hukuman

ini diambil berdasarkan kepada ucapan dan tindakan Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah r.a.
katanya: “Seorang lelaki Islam datang bertemu Rasulullah SAW ketika baginda di dalam

masjid. Lelaki itu memanggil Baginda dan berkata: Wahai Rasulullah, saya telah berzina.

Namun Baginda tidak mengendahkannya. Lalu lelaki ini menghadap muka Baginda dan

berkata: Wahai Rasulullah, saya telah berzina. Namun Baginda sekali lagi tidak

mengendahkannya sehingga lelaki itu mengulangi-nya sebanyak empat kali. Lantas Baginda

bertanya: Adakah engkau gila? Lelaki itu menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Adakah

engkau muhsan? Lelaki itu menjawab: Ya. lalu Nabi SAW bersabda: Bawalah orang ini dan

rejamlah dia.

You might also like