You are on page 1of 3

UJIAN 2

DICE 1013 (ETIKA KAUNSELING)

NAMA : SUFIENATUL BALQIES BINTI HAMZAH


NO. MATRIK : D221279

SOALAN 1:

a. Nyatakan tahun PERKAMA ia diperkenalkan? (1 Markah)

= Tahun PERKAMA diperkenalkan ialah pada tahun 1980.

b. Nyatakan DUA (2) Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat? (4 Markah)

= Dua tanggungjawab kaunselor terhadap masyarakat ialah ;


1. Memahami dan menghormati sosiobudaya masyarakat tempat dimana dia
berkhidmat.
2. Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugas berlandaskan undang-
undang tersebut.

c. Senaraikan SEPULUH (10) tanggungjawab kaunselor terhadap klien. (20 Markah)

= 10 tanggungjawab kaunselor terhadap klien


1. Memahami dan menghormati latar belakang serta sosiobudaya klien.
2. Menerangkan kepada klien tentang keperluan, matlamat, proses dan implikasi
perkhidmatan kaunseling.
3. Menghormati privasi klien serta merahsiakan maklumat yang diperoleho
sepanjang sesi kaunseling kecuali jika berlakunya sebarang perkara yang
membahayakan klien atau orang disekitarnya,
4. Mengutamakan kepentingan dan hak klien.
5. Menyediakan tempat yang selesa (teraputik) dan mempunyai ruang yang privasi
untuk menjalankan sesi kaunseling.
6. Kaunselor tidak dibenarkan menghalang klien yang hendak menamatkan sesi
kaunseling mahupun menukar kaunselor lain.
7. Kaunselor perlu meminta persetujuan klien di peringkat awal sesi kaunseling
dijalankan.
8. Kaunselor tidak digelakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara
mara, rakan mahupun sesiapa yang mempunyai hubungan dengannya.
9. Membimbing klien kearah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap
tingkahlaku serta menghormati keputusan yang dibuat klien.
10. Kaunselor mestilah berkhidmat menjalankan sesi kaunseling dengan penuh
dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahirannya.
SOALAN 2:

a. Merujuk kepada KEK bahagian A.2. Persetujuan termaklum di dalam


perhubungan kaunseling, berikan maksud Persetujuan termaklum.
(2 Markah)

= Persetujuan termaklum ialah satu bentuk persetujuan menjalankan sesi kaunseling di


samping mempertahankan hak-hak klien dan keselamatan kaunselor. Persetujuan termaklum
juga merupakan satu bentuk persetujuan menjalankan sesi kaunseling yang dipersetujui oleh
waris atau penjaga yang diluluskan bagi pihak kanak-kanak bawah umur.

b. Senaraikan LIMA (5) Fi dan pertukaran barangan/perkhidmatan seperti yang


termaktub di dalam KEK bahagian A.10. (5 Markah)

= Lima fi dan pertukaran barangan/perkhidmatan seperti yang termaktub dalam Kod Etika
Kaunselor bahagian A.10 ;
1. Menerima Fi daripada klien agensi
2. Penetapan Fi
3. Fi yang tidak dibayar
4. Menerima hadiah

c. Senaraikan LAPAN (8) bahagian utama yang terdapat di dalam KEK Lembaga
Kaunselor Malaysia. (8 markah)

= Lapan bahagian utama yang terdapat dalam Kod Etika Malaysia Lembaga Kaunselor
Malaysia ialah ;
1. Perhubungan Menolong
2. Kerahsiaan, Komunikasi Privilej, dan Privasi
3. Tanggungjawab Profesional
4. Hubungan Dengan Profesional-Profesional Lain
5. Penilaian, Penaksiran, dan Pentafsiran
6. Penyeliaan, Latihan dan Pengajaran
7. Penyelidikan dan Penerbitan
8. Penyelesaian Isu-Isu Etika

d. Huraikan LIMA (5) tujuan utama KEK Lembaga Kaunselor Malaysia. (10
markah)

= Lima tujuan utama Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia) ialah ;
1. Menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor bertindak secara profesional.
2. Mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalan-amalan
terbaik.
3. Membolehkan Lembaga Kaunselor Malaysia menjelaskan tanggungjawab etika kaunselor
berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
4. Memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunselor Malaysia.
e. Menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai etika yang
ditujukan kepada kaunselor.

SOALAN 3:

a. Apabila menjalankan sesuatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1), Presiden atau


seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh melakukan TIGA (3) perkara. Apakah
perkara-perkara tersebut? (3 Markah)

= Tiga perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa ialah ;
1. Menggunakan gelaran “kaunselor berdaftar” atau apa-apa gelaran yang boleh ditafsirkan
sebagai seorang kaunselor.
2. Mempamerkan apa-apa papan tanda atau kad yang menggambarkannya sebagai seorang
kaunselor
3. Berhak mendapat dalam mahkamah apa-apa fi atau caj perkhidmatan kaunseling.

b. Nyatakan DUA (2) fungsi Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia? (4 markah)

= Dua fungsi Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia ;


1. Menasihati menteri mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Akta Kaunselor
2. Menasihati menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh lembaga.

c. Berikan EMPAT (4) fungsi Pendaftar? (8 markah)

= Empat fungsi Pendaftar ialah ;


1. Menandatangani semua perakuan pendaftaran dan perakuan pendaftaran sementara.
2. Merekodkan semua catatan yang dikehendaki dibuat dalam Daftar.
3. Menjalankan kewajipan lain yang dikehendaki oleh Akta atau peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh lembaga.
4. Mengeluarkan dari Daftar nama dan butir lain kaunselor berdaftar yang namanya telah
diperintahkan untuk dikeluarkan.

d. Berikan LIMA (5) fungsi utama Lembaga Kauselor Malaysia. (10 markah)

= Lima fungsi utama Lembaga Kaunselor Malaysia ialah ;


1. Menilai keperluan perkhidmatan kaunseling di Malaysia.
2. Menentukan standard program latihan kaunseling.
3. Mendaftarkan kaunselor yang berkelayakan.
4. Menyelia pemberian perkhidmatan kaunseling.
5. Melantik anggota lembaga untuk menganggotai mana-mana lembaga, jawatankuasa atau
badan yang ditubuhkan.

You might also like