You are on page 1of 3

.

‫السلام عليكم ورحمة هللا و بركاته‬

‫س ِـي ِد‬
َ ‫لى‬
َ ‫م َع‬
ُ َ‫سلا‬
َّ ‫صـلاَةُ َوال‬
َّ ‫الد ْي ِن َوال‬ ُ ‫س َتعِ ْي ُن َعلَى ُأ‬
ِ ‫م ْو ِر ال ُّد ْن َيـا َو‬ ْ ‫ن َو ِبهِ َن‬
َ ‫العـال َِم ْي‬
َ ‫ب‬ ِ ‫م ُد ِل َّلهِ َر‬
ْ ‫الح‬
َ
‫ن‬ ‫ي‬ ِ‫ع‬
َ ْ َ ْ‫م‬‫ج‬َ ‫أ‬ ِ‫ه‬‫ب‬ ‫ح‬ ‫ص‬ ‫و‬
ِ ْ َ َ ‫ل‬
ِ‫ِه‬ َ ‫ا‬ ‫َى‬‫ل‬ ‫ع‬ ‫و‬ ‫د‬‫ـم‬ ‫ح‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫ِي‬
َ َ ٍّ َ ُ َ ْ َ ْ ُ‫ل‬ ‫ـ‬‫س‬ ‫ر‬ ‫الم‬

Yang Dihormati,

Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaki bin Yaakub selaku Mudir Madrasah Arabiah Lilbanat .

Yang Dikasihi lagi disayangi,

Para Asatizah Madrasah Arabiah Lilbanat, barisan tetamu dan para pelajar yang dirahmati
Allah sekalian .

Yang Diraikan,

Saudari Izzatullah Sulma binti Jamaluddin .

Alhamdulillah, syukur kita ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita
sama-sama berkumpul dalam Majlis Khatam Al-quran pada pagi ini .

Sebelum memulakan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul
Kitab, Al-Fatihah .

Aamin Aamin , Ya Rabbal Alamin .

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menghayati bacaan
ayat suci Al-quran yang akan disampaikan oleh Saudari Jamilah binti Abdul Malik. Beliau
akan membacakan beberapa potong ayat daripada Surah Qaf . ‫فليتفضلي مشكورا‬

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari Jamilah di atas bacaan ayat suci
Al-quran itu tadi .

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Kumpulan Al-Aswad
untuk menampilkan persembahan Qasidah mereka, dipersilakan .

Demikian tadi, persembahan Qasidah oleh pelajar-pelajar dari Kelas Hafizah .

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Saudari Izzatullah Sulma binti Jamaluddin
bersama wakil ibunya iaitu ibu saudaranya, Puan Hanisah binti Osman yang juga
merupakan penjaga beliau sepanjang beliau belajar di madrasah ini .

Dan majlis juga menjemput ustazah beliau, Al-Fadhilah Ustazah untuk bersama
mengiringi beliau diatas pentas.

Saudari Izzatullah Sulma merupakan salah seorang puteri kepada pasangan Ustaz
Jamaluddin bin Samsuddin dan Ustazah Aminah binti Mahmud. Beliau mula menceburkan
diri dalam dunia hafazan ketika berumur 11 tahun .
Dari tahun 2016 hingga 2019, beliau merupakan pelajar di Pusat Pengajian Darul Husna.
Kemudian, pada tahun 2020 beliau telah berpindah ke Madrasah Arabiah Lilbanat dan
menghabiskan baki hafalan beliau disini. Pada tarikh 11.03.2023 bersamaan dengan 18
Syaaban 1444Hijrah, beliau telah berjaya mengkhatamkan Al-quran, semoga Allah
mengganjari usaha dan penat lelah beliau dengan sebaik-baik ganjaran .

Majlis dengan segala hormatnya, menjemput dan mempersilakan Saudari Izzatullah Sulma
binti Jamaluddin untuk membacakan ayat suci Al-quran, bermula dari Surah Ad-Dhuha
sehingga khatam. Dipersilakan .

Jazakumullah Khairan Kathiran diucapkan kepada Saudari Izzatullah Sulma diatas bacaan
sebentar tadi. Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada rakan seperjuangan yang
lain, InshaAllah .

PERGI KE KOTA BELI SELASIH,

SAYANG SI DARA BUAT HALWA

BERILAH KATA SIMPULAN KASIH

SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA

Majlis dengan ini mempersilakan Al-Fadhilah Ustazah Mujahidah binti Yaakub untuk
meyampaikan mutiara kata, dengan segala hormatnya dipersilakan .

Jazakumullah Khairan Kathiran diucapkan kepada Al-Fadhilah Ustazah Mujahidah diatas


kata-kata yang sangat bermakna itu tadi .

Bagi meneruskan majlis, marilah kita sama-sama saksikan persembahan Nasyid yang akan
disampaikan oleh Kumpulan Al-Aswad, dipersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Al-Aswad diatas persembahan sebenar tadi.

Seterusnya, sebelum kita melabuhkan tirai pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Al-Fadhilah Ustazah Mujahidah dan Al-Fadhilah Ustazah Mama Masitah untuk
menyampaikan sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan diatas kejayaan Saudari
Izzatullah Sulma, dipersilakan .

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhilah


Ustazah Mujahidah dan Al-Fadhilah Ustazah Mama Masitah atas penyampaian hadiah itu
tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah Majlis Khatam

Al-Quran kita pada hari ini.

Hadirin yang dimuliakan,

Kita telah sampai dipenghujung majlis. Kami bagi pihak urusetia Majlis Khatam Al-Quran
Kali Kedua, Madrasah Arabiah Lilbanat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu kehormat dan para hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan majlis pada pagi ini.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA,

ANAK DUSUN PASANG PELITA,

KALAU TERSILAP TUTUR BICARA,

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA .

Salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara sepanjang majlis ini
berlangsung. Maka, kita akhiri majlis kita dengan Tasbih Kifarah dan Suratul Asr .

Majlis mempersilakan Istiqbal untuk menjemput dan mengiringi Para Asatizah serta
tetamu jemputan ke ruang makan .

You might also like