You are on page 1of 7

MOHD YUSUP HJ MUSLIN

SK PINTAS BEAUFORT
SASARAN TAHUN 4
SUBJEK PENDIDIKAN KESIHATAN
TOPIK UNIT 11: SAYANGI DIRI
TEMA 2.0 PENYALAHGUNAAN BAHAN
TAJUK (BUKU TEKS M/S 80 DAN 81) PETUNJUK AWAL

NOTA BERKAITAN TAJUK/TEMA Penyalahgunaan alkohol akan


memberikan kesan buruk kepada tubuh
badan seperti koordinasi, pemikiran dan
pertuturan terganggu. Penglihatan
menjadi kabur, masalah pernafasan dan
kemurungan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut,


Layari laman web www.infosihat.gov.my
dan www.myhealth.gov.my

STANDARD KANDUNGAN 2.1 Kemahiran


menangani situasi berisiko
terhadap penyalahgunaan
bahan kepada diri, keluarga
serta masyarakat
Berkata TIDAK kepada:
 Alkohol

STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh:

2.1.3 Mengaplikasikan cara


mengelakkan diri daripada
pengambilan alkohol dalam
makanan dan minuman.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid boleh menyatakan tidak kepada


alkohol melalui karya lukisan poster

KRITERIA Murid dapat mengetahui cara mengelak


pengambilan alkohol dan menyatakan
tidak kepada alkohol

TEMPOH PELAKSANAAN Minggu 10

MOHD YUSUP HJ MUSLIN


SK PINTAS BEAUFORT
AKTIVITI PEMBELAJARAN

ARAHAN

1. Rujuk buku teks muka surat 80 dan 81.

2. Baca nota tentang jenis-jenis minuman dan makan beralkohol serta cara
mengelakkan diri daripada pengambilan alkohol dalam langkah 1.

3. Warnakan poster KATAKAN TIDAK KEPADA ALKOHOL mengikut kreativiti


sendiri di langkah 2.

4. Lukis poster Mengikut kreativiti sendiri tentang kempen anda tentang


KATAKAN TIDAK KEPADA ALKOHOL di langkah 3.

LANGKAH 1

Gambar contoh makanan dan minuman mengandungi alkohol :

ARAK MINUMAN TAPAI

SAMSU MONTOKU

MOHD YUSUP HJ MUSLIN


SK PINTAS BEAUFORT
Cara mengelakkan diri daripada pengambilan alkohol

1. Melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang berfaedah

Kegiatan seperti Persatuan Pengakap, aktiviti sukan yang diminati, hobi yang
berfaedah membantu murid menghindarkan diri pada dari alkohol.

2. Komunikasi berkesan bersama keluarga

Gunakanlah masa yang ada untuk membincangkan sebarang masalah bersama


keluarga.

3. Patuhi ajaran agama

Kebanyakan agama melarang penganutnya daripada mengambil alkohol. Anda


boleh mengelakkan pengambilan alkohol dengan meningkatkan kefahaman agama
dan mengamalkan tuntutan agama.

4. Mengatasi tekanan

Belajar menenangkan fikiran semasa menghadapi tekanan. Dapatkan bantuan


daripada guru jika perlu terutamanya untuk masalah yang tidak dapat diatasi.

5. Disiplin diri

Menghindarkan diri dari majlis atau tempat-tempat yang menyediakan alkohol.

MOHD YUSUP HJ MUSLIN


SK PINTAS BEAUFORT
LANGKAH 2

Warnakan poster KATAKAN TIDAK KEPADA ALKOHOL

MOHD YUSUP HJ MUSLIN


SK PINTAS BEAUFORT
LANGKAH 3

Lukis poster mengikut kreativiti anda tentang kempen KATAKAN TIDAK KEPADA
ALKOHOL

MOHD YUSUP HJ MUSLIN


SK PINTAS BEAUFORT
Panduan Kerja Buat.

1. Sasaran dan pendamping rapat atau pembimbing perlu memahami terlebih


dahulu nota berkaitan tajuk.

2. Fahami arahan yang terdapat di bahagian aktiviti.

3. Baca kehendak aktiviti Langkah 1.

4. Setelah Langkah 1 dipenuhi, beralih ke Langkah 2 dan langkah 3.

5. Sekiranya Langkah 1, Langkah 2 dan langkah 3 telah siap, maka murid boleh
menghantar kerja kepada guru untuk disemak dan penerimaan tugasan
seterusnya.

MOHD YUSUP HJ MUSLIN


SK PINTAS BEAUFORT

You might also like