You are on page 1of 7

HARI ISNIN BAHASA MELAYU

TAJUK GEJALA MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA


SK 1.2 - Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
( BERTEMA TAHUN 4 )
SP 1.2.2 - Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersirat dengan menggunakan idea
yang kritis dan kreatif KESIHATAN
OBJEKTIF Pada akhir pdpc, murid akan dapat :
- Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersirat dengan menggunakan
idea yang kritis dan kreatif

ARAHAN :

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, lengkapkan jadual dengan isi tersirat yang betul.

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja,
lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah
membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut, antaranya kanser paru-paru dan kanser mulut. Menurut Menteri
Kesihatan, Khairy Jamaluddin, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun
2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik.
Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa
paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini boleh dilihat pada
kotak rokok yang memaparkan paru-paru perokok tegar, kecacatan bayi baru lahir dan kanser mulut kesan daripada merokok.
Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan di seluruh negara adalah berlandaskan slogan “Tak Nak!”
Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk
tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini
dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain daripada kempen antimerokok, kerajaan juga telah mewartakan kawasan larangan merokok di tempat-tempat
awam. Antaranya ialah hospital, pusat membeli-belah, hotel, taman rekreasi, sekolah dan banyak lagi. Ini bertujuan untuk
mewujudkan persekitaran yang sihat untuk semua golongan di samping menggalakkan semua peringkat umur untuk tidak
merokok.
Kesimpulannya, semua pihak iaitu ibu bapa, sekolah dan kerajaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat
yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat, diharapkan
kempen ini akan berjaya.

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT

Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah


……….

Kempen yang dijalankan oleh kerajaan dalam membanteras


tabiat merokok ialah ….
Penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok ialah ……….
Kawasan awam yang diwartakan larangan merokok ialah
……..
Pihak yang bertanggungjawab menjayakan kempen
antimerokok ialah ………

HARI SELASA
TAJUK BAHAYA ASAP ROKOK BAHASA MELAYU
SK 2.3 - Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera.
SP 2.3.2 - Membaca karya bukan sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai
( BERTEMA TAHUN 4 )
OBJEKTIF Pada akhir pdpc, murid akan dapat :
- Membaca karya bukan sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai KESIHATAN

ARAHAN :

Baca petikan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Mengapakah tabiat merokok tidak digalakkan


Tabiat merokok tidak digalakkan kerana _________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________.

2. Apakah penyakit-penyakit yang berpunca daripada tabiat merokok


Penyakit-penyakit yang berpunca daripada tabiat merokok ialah ________________________________________
________________________________________________________________________________________________________.

3. Mengapakah perokok perlu berhenti merokok dengan segera


________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________.
4. Senaraikan tempat-tempat larangan merokok yang telah diwartakan oleh kerajaan.

a) ____________________________________
b) ____________________________________
c) ____________________________________
d) ____________________________________
e) ____________________________________

HARI RABU BAHASA MELAYU


TAJUK CARA BERHENTI MEROKOK
( BERTEMA TAHUN 4 )
SK 3.2 - Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.
SP 3.2.3 - Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara
yang dirujuk KESIHATAN
OBJEKTIF Pada akhir pdpc, murid akan dapat :
- Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara
yang dirujuk

ARAHAN :

Baca maklumat di bawah ini dengan teliti. kemudian, catat maklumat dalam peta pelbagai alir yang diberi.

Naufal membaca artikel tentang cara berhenti merokok. Kemudian, dia meminta Pak CIk Azlan menceritakan
tentang pengalamannya berhenti merokok.

Antara cara untuk berhenti merokok adalah dengan sokongan daripada ahli keluarga. Ahli keluarga perlulah
menasihati perokok dengan kata-kata yang baik agar mereka lebih bersemangat untuk berhenti merokok.

Selain itu, pengaruh daripada rakan dan orang sekeliling juga menyumbang kepada tabiat ini. Oleh itu,
perokok dinasihati agar tidak bergaul dengan orang yang merokok. Dengan itu, perokok dapat mengelakkan
diri daripada terus dipengaruhi oleh mereka.

Akhir sekali, perokok perlulah bulat hati untuk berhenti merokok. Melalui car aini, mereka akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengurangkan pengambilan rokok atau berhenti merokok.
Mendapatkan sokongan
keluarga

BERHENTI
Tidak bergaul dengan orang
yang merokok MEROKOK

Berazam untuk berhenti


merokok

HARI KHAMIS BAHASA MELAYU


TAJUK BAHAYA ROKOK ( BERTEMA TAHUN 4 )
SK 4.2 - Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
SP 4.2.1 - Melafazkan dan menjelaskan maksud sajak
KESIHATAN
OBJEKTIF Pada akhir pdpc, murid akan dapat :
- Melafazkan dan menjelaskan maksud sajak

ARAHAN :

Deklamasikan sajak tentang BAHAYA ROKOK di bawah ini dengan gaya dan intonasi yang betul. Kemudian, lengkapkan peta
pokok dengan maksud sajak yang telah dibaca tadi.

Sajak di sebelah membawa maksud tentang bahayanya rokok


Rokok kepada ____________________________
Kewujudanmu mengubah segala
_______________________________________________________
Setiap pelosok negara kau mendapat tempat
_______________________________________________________
Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok
_______________________________________________________
Adakah mereka sedar akan bahayamu _______________________________________________________
_______________________________________________________
Mereka lupa _______________________________________________________
Kau pembunuh seperti dadah _______________________________________________________

Mereka tidak sedar _______________________________________________________

Kau penyebab penyakit kronik


_______________________________________________________
Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati
_______________________________________________________
_______________________________________________________
Siapa sangka
_______________________________________________________
Kepulan asapmu yang putih itu _______________________________________________________
Punyai 4000 bahan kimia berbahaya _______________________________________________________
Mengundang derita si pembau _______________________________________________________

Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa _______________________________________________________


_______________________________________________________

Sedarla wahai perokok _______________________________________________________


_______________________________________________________
Merokok hanyala penderitaan
_______________________________________________________
Kau akan merana dibelenggu penyakit
_______________________________________________________
Hidupmu hanyalah kesakitan _______________________________________________________
_______________________________________________________
Wahai perokok _______________________________________________________
Bersihkanlah tubuhmu _______________________________________________________
Muhasabahlah dirimu _______________________________________________________
_______________________________________________________
Sucikanlah hatimu
_______________________________________________________
Ceriakanlah hidupmu
_______________________________________________________
Sinarilah hayatmu
_______________________________________________________
TANPA rokok.. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

HARI JUMAAT BAHASA MELAYU


TAJUK ROKOK MUSUH NEGARA
( BERTEMA TAHUN 4 )
SK 5.1 - Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
SP 5.1.2 (ii) - Memahami dan menggunakan kata kerja pasif mengikut
konteks KESIHATAN
OBJEKTIF Pada akhir pdpc, murid akan dapat :
- Memahami dan menggunakan kata kerja pasif mengikut
konteks
Kempen ‘Tak Nak’ Merokok acap kali menjadi polemik di media massa sama ada media cetak mahupun media
elektronik. Namun semakin banyak kempen diadakan semakin ramai pula para remaja terlibat dalam gejala
ARAHAN merokok.
: Kotak rokok sudah dijelaskan secara terang-terangan bahawa bahaya merokok tetapi perkara tersebut
dipandang sebelah mata sahaja oleh para perokok. Malah, gambar penyakit akibat merokok yang tertera di kotak
Baca petikan rencana
rokok di bawah
juga tidak ini. Kemudian
diendahkan samagariskan
sekali. KATA KERJA PASIF yang terdapat dalam petikan rencana tersebut.

‘Merokok membahayakan kesihatan’ itulah slogan yang sering kita dengar akan bahana daripada perbuatan
menghisap rokok. Perkara ini terjadi kerana bahan yang digunakan untuk membuat rokok terdiri daripada pelbagai
bahan kimia seperti racun tikus, tar, nikotin, tembakau, dan sebagainya. Apabila manusia merokok, segala bahan
kimia yang terdapat di dalam rokok akan bertindak balas dengan tubuh badan manusia yang terdiri daripada
organ-organ yang amat penting. Sebagai contoh, anggota mula-mula yang bertindak balas dengan rokok ialah
mulut. Kesan bahan kimia kepada mulut sahaja boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti gigi menjadi
kuning, bibir menjadi biru dan kanser mulut. Penyakit lain seperti asma, sakit jantung, barah otak, angin ahmar
dan migrain antara penyakit yang dibuktikan akibat gejala merokok.

Selain itu, gejala merokok juga menyebabkan pembaziran wang yang keterlaluan berlaku dalam kalangan
perokok. Para perokok tidak mempedulikan harga rokok meningkat mahal kerana mereka telah ketagih. Jika tidak
dapat, mereka akan mengusahakannya bagi mendapatkan rokok. Misalnya, bagi golongan perokok yang sudah
berkeluarga sudah pastinya mereka tetap merokok walaupun menjejaskan perbelanjaan isi rumah. Begitu juga
pelajar sekolah, mereka sanggup mengikat perut semata-mata ingin menyedut asap yang berpenyakit itu. Pendek
kata, menghisap rokok merupakan perkara yang nyata membazir dan merugikan wang.

Tempias asap rokok ini turut terkena kepada individu yang tidak merokok di sekeliling mereka. Hal ini kerana
asap rokok yang dilepaskan di udara akan dihidu oleh orang yang berada di sekeliling perokok. Asap yang dihidu
KATA KERJA PASIF

You might also like