You are on page 1of 1

5.

0 PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah menyasarkan murid-murid berumur 10 tahun iaitu Tahun 4 di SK


Banjar, Keningau sebagai peserta kajian bagi bidang Ibadah untuk tajuk ‘Kebersihan
Tuntutan Islam’. Daripada populasi kajian, sebanyak 48% iaitu 14% murid lelaki dan
33% murid perempuan iaitu seramai 10 orang murid tahun 4 Bestari yang terdiri
daripada 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan telah dikenalpasti
menghadapi masalah dalam memahami tajuk bersuci daripada najis melalui analisis
hasil kerja dan ujian formatif yang telah dijalankan.

Jadual 3

Bilangan peserta kajian

Jenis Jumlah
Murid lelaki 3
Murid perempuan 7

Rasional pemilihan peserta kajian ini adalah berdasarkan kelemahan yang ketara
dalam menguasai tajuk bersuci daripada najis. 7 orang peserta kajian yang telah
dipilih telah mampu mengecam jenis najis tetapi belum dapat menguasai cara
menyucikan najis sepenuhnya manakala selebihnya mempunyai masalah dalam
mengingat jenis najis dan pembahagiannya. Pemilihan peserta kajian ini juga
berdasarkan tingkah laku semasa melakukan aktiviti slot tunjuk cara iaitu simulasi cara
menyucikan najis dan ujian formatif seperti keliru, bingung, bertanyakan rakan dan
lambat menyiapkan tugasan yang diberikan.

17

You might also like