You are on page 1of 5

KAQ 1043

BIMBINGAN TINGKAHLAKU AWAL KANAK-KANAK

TUGASAN INDIVIDU

Ulasan Jurnal

Nama pelajar : Asfiffah Binti Zamri


No. Matrik : E2009100309
Kumpulan : C
Pensyarah : Cik Anis Norma Bt Jaafar
ULASAN JURNAL

Berdasarkan jurnal Satu Tinjauan Pelbagai Aspek Membaca Murid-Murid


Tadika, jurnal tersebut membincangkan mengenai tinjauan pelbagai aspek membaca
kanak-kanak di kalangan murid-murid di Tadika IPDA. Menurut jurnal ini juga,
kebolehan membaca merupakan aspek yang penting untuk kanak-kanak perolehi
kerana mereka akan berada di kedudukan yang selesa dan menyakinkan kerana
mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dan mengusai sekumpulan
perbendaharaan kata dan juga boleh mengeja perkataan. Oleh itu, pentingnya
kebolehan membaca di kalangan kanak-kanak tadika diberikan perhatian yang
sewajarnya kerana kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika
berada di sekolah rendah. Kajian jurnal ini memberikan tumpuan kepada tiga aspek,
iaitu tahap kebolehan membaca kanak-kanak, masalah yang dihadapi oleh murid
dalam ujian membaca dan peranan ibu bapa serta keluarga. Dapatan kajian ini
terbatas kerana kajian ini dijalankan kepada kumpulan murid dan ibu bapa yang dikaji
sahaja.

METOD KAJIAN

Seramai 18 orang murid Melayu iaitu 6 orang lelaki dan 12 orang perempuan
murid Tadika IPDA dan 7 orang ibu bapa iaitu 2 orang ibu, 5 orang bapa telah diambil
sebagai subjek kajian. Semua murid yang dipilih adalah normal dan boleh
berkomunikasi Bahasa Melayu dengan berkesan. Semasa kajian dijalankan purata
umur kanak-kanak adalah 6 tahun 6 bulan. Latar belakang kanak-kanak tersebut
mengenai pekerjaan ibu bapa direkodkan. Instrumen yang digunakan ialah dua alat
kajian iaitu ujian membaca dan temu bual dengan ibu bapa murid kajian. Ujian
membaca terdiri daripada Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring.
Ujian Perbendaharaan Kata mengandungi 20 item aneka pilihan dan setiap item
menpunyai empat pilihan jawapan dan sekeping gambar. Ujian ini dijalankan secara
berkumpulan. Ujian Bacaan Nyaring pula terdiri daripada lima ayat mudah. Panjang
ayat adalah antara 3 hingga 5 patah perkataan. Jumlah perkataan untuk kesemua
lima ayat ialah 20 perkataan. Murid kajian dikehendaki menyebut terus menerus ayat-
ayat yang disediakan. Ujian Bacaan Nyaring dijalankan secara individu di satu bilik
yang sunyi untuk memudahkan rakaman. Sesi Temu Bual pula dijalankan kepada ibu
bapa untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan mereka dan juga sekitaran
keluarga dalam membantu anak mereka belajar membaca. Temu bual dijalankan
secara informal dengan menyentuh tiga perkara utama iaitu sikap ibu bapa terhadap
pentingnya kebolehan membaca di kalangan anak-anak mereka, usaha ibu bapa itu
sendiri dalam membantu anak mereka belajar membaca dan persekitaran rumah
yang menggalakkan minat membaca kanak-kanak. Sejurus selesai temu bual,
hasilnya dicatat dan dirumuskan untuk memudahkan analisis.

KEPUTUSAN KAJIAN

Tahap perbendaharaan kata murid kajian bagi Ujian Perbendaharaan Kata


ialah perbendaharaan kata murid berada di tahap yang baik. Daripada 18 orang
murid kajian, 67 % (12) memperoleh skor yang lebih atau sama dengan min. Min skor
ialah 15 dan sisihan piawai ialah 4.5. Julat skor adalah antara 4 hingga 20. Pola
pencapaian ujian itu memberikan implikasi bahawa sebilangan besar murid
menunjukkan tahap penguasaan yang baik dan cemerlang. Keputusan tahap
kebolehan bacaan nyaring pula, adalah hampir sama dengan Ujian Perbendaharaan
Kata. Min keseluruhan ialah 12.6 dan sisihan piawaian ialah 6.3. Julat skor ialah
antara 2.2 hingga 20.72 % (13) murid kajian memperoleh skor sama atau melebihi
min. Keputusan tahap membaca pula ialah, diukur dengan mencantum skor Ujian
Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring. Min keseluruhan ialah 27.7 dan
sisihan piawaian ialah 10.0. Julatnya adalah diantara 6.4-32.6. Daripada 18 orang
murid kajian, 56 % (10) memperoleh skor di atas min manakala 44% (8) di bawah
min. Daripada data diatas dapatlah dirumuskan bahawa tahap kebolehan membaca
murid Tadika IPDA adalah pada tahap yang memuaskan. Masalah murid dalam
kajian Ujian Bacaan Nyaring ialah boleh dikategorikan tidak mengenal huruf dan tidak
tahu atau salah menyebut huruf dalam perkataan yang hendak dieja, dapat menyebut
huruf dengan betul tetapi tidak tahu atau salah membunyikan suku kata yang dieja
dan bermasalah menyebut perkataan yang mempunyai kosonan berangkap kerana
kurang mahir membahagikannya kepada suku kata dengan betul. Masalah murid
dalam kajian Ujain Perbendaharaan Kata pula ialah, murid dibahagikan kepada
murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah. Murid kajian yang skornya
sama atau di atas min dianggap berpencapaian tinggi dan mereka yang dibawah min
dianggap dalam kumpulan berpencapaian rendah. Hasil daripada temubual dengan
ibu bapa mendedahkan bahawa membaca kuat kepada anak-anak diamalkan oleh
kebanyakkan ibu bapa tetapi tidak kerap. Hampir kesemua ibu bapa menyediakan
buku cerita untuk anak mereka sama ada menerusi pembelian atau pinjaman, abang
atau kakak kepada murid kajian yang sudah bersekolah juga turut membantu mereka
membaca dan ibu bapa yang anaknya lancar membaca didapati suka berbincang
tentang pengalamannya dalam membimbing anak mereka membaca dan berbangga
akan kejayaan anaknya. Selain itu, kebanyakkan ibu bapa yang ditemu bual
menganggap adalah penting untuk anak mereka belajar membaca dan boleh
membaca walaupun di peringkat tadika. Tetapi masih ada ibu bapa yang tidak
menyediakan buku cerita untuk anak apatah lagi membaca secara kuat kepada anak
mereka. Ringkasnya, ibu bapa telah memainkan peranan yang aktif dalam membantu
anak mereka belajar.

PERBINCANGAN

Untuk meninjau kebolehan membaca di kalangan kanak-kanak Tadika IPDA


serta peranan ibu bapa dan keluarga dalam membantu mereka belajar membaca.
Berdasarkan pencapaian dalam ujian tersebut, didapati secara keseluruhannya,
murid-murid Tadika IPDA menunjukkan pencapaian yang baik. Ringkasnya,
kebanyakan murid Tadika IPDA menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian
membaca. Ini boleh dikaitkan dengan persekitaran keluarga yang kondusif yang
membantu mereka belajar membaca sebagaimana yang digambarkan dalam sesi
temubual dengan ibu bapa murid-murid kajian.

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, murid-murid Tadika IPDA menunjukkan pencapaian


yang baik dalam ujian membaca yang dijalankan. Namun masih ada sebilangan kecil
yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca khasnya
mendekod perkataan yang tidak dikenali. Berkenaan ibu bapa pula, kebanyakan ibu
bapa menyediakan buku-buku bacaan untuk anak mereka tetapi ramai ibu bapa tidak
kerap membaca kuat kepada anak mereka kerana tidak menyedari faedahnya.
CADANGAN

Akhirnya beberapa cadangan dikemukakan.Berdasarkan dapatan kajian, cadangan-


cadangan tersebut dikemukakan iaitu memaklumkan kepada guru Bahasa Melayu
Tahun Satu tentang kebolehan membaca yang ketara di kalangan murid Tadika
IPDA, kaedah individu ditekankan oleh guru tadika kerana kebolehan membaca dan
cara belajar membaca adalah berbeza. Selain itu, kaedah medekod ditekankan
dalam membimbing murid-murid yang lemah membaca, guru tadika juga
memaklumkan kepada ibu bapa tentang kebolehan anak mereka dan aktiviti
membaca kuat kepada murid patut dimasukkan dalam jadual waktu tadika dan ibu
bapa murid dilibatkan dalam aktiviti tersebut.

You might also like