You are on page 1of 2

Yg Berusaha, En Sallehudin Bin Misnon, G.Besar Sekolah Kebangsaan Parit Jawa..

Yg Dihormati, : En Noorlhisham Bin Sapuan, GPK Pentadbiran SKPJ

: Pn Norazizah Binti Hussin, GPK Hal Ehwal Murid SKPJ

: En Mohd Shahril Bin Makhsus, GPK KoKurikulum SKPJ

: Ustaz Haikal Bin Subri........& seterusnya

Barisan rakan guru2 prasekolah, pembantu2 pengurusan murid dan semua ibubapa murid prasekolah
yang dimuliakan.

Assalamualaikum WBT & selamat tengah hari di ucapkan kepada semua.

Pembentangan seterusnya adalah melibatkan status pencapaian murid2 prasekolah bakti di


sepanjang sesi PdPR pada kali ini berlangsung. Sebagai makluman semua, saya Nur Sadrina Abdul
Jalil merupakan guru prasekolah bakti dengan dibantu oleh Pn Siti Roziah sebagai pembantu
pengurusan murid.

Seterusnya adalah pembentangan data melibatkan jumlah penguasaan murid terhadap 5


matapelajaran teras iaitu BM, BI, Sains, Matematik & Agama Islam bagi pentaksiran 18 orang murid
prasekolah bakti yang telah dilaksanakan sepanjang perlaksanaan PdPR pada kali ini.

Bagi matapelajaran B.melayu, seramai 10 org murid dikenalpasti telah menguasai keseluruhan aspek
pembelajaran yang melibatkan antaranya

i) berupaya untuk membaca perkataan dengan sukukata terbuka KV + KV contohnya seperti BACA,
JALA,KARI 7 lain2.

Terdapat seramai 8 orang murid masih berada dalam proses menguasai aspek pembelajaran yang
dikehendaki. Proses latihan membaca secara berulangkali di rumah disamping latihan pengukuhan
sukukata akan dapat mebantu murid2 ini untuk lebih menguasai dan memahami matapelajaran yang
disampaikan dengan lebih baik.

Bagi matapelajaran B.Inggeris pula, seramai 7 org murid dikenalpasti telah menguasai keseluruhan
aspek pembelajaran yang disampaikan. Manakala baki 11 orang murid lagi masih dalam fasa sedang
menguasai ataupun masih dalam proses untuk memahami setiap input pengajaran yang disampaikan
seperti tajuk Living Things, Shapes, Colours, AP Family word sebagi contoh................... dan lain2 lagi.

Matapelajaran Sains menunjukkan sejumlah 11 orang murid berupaya menguasai dan baki 7 orang
murid lagi masih dalam kategori sedang menguasai aspek pengajaran yang diajarkan. Antara
standard kandungan Sains yang mereka pelajari termasuklah mengenal pasti objek tebal & nipis,
tenggelam timbul sesuatu objek, pencirian deria manusia seperti deria rasa masam, manis, masin,
pahit dan lain2 lagi.

Matapelajaran Matematik menunjukkan seramai 11 org murid juga telah menguasai dan 7 orang
murid lain masih berusaha untuk menguasai kandungan pembelajaran yang mereka pelajari di
rumah. Standard kandungan seperti mengecam & menyebut nombor secara rawak, memadankan
kumpulan objek dengan nombor, membilang nombor secara tertib menaik dan menurun serta
menulis nombor dengan cara yang betul merupakan antara isi pengajaran yang murid perolehi
sewaktu pengajaran dilaksanakan.

Bagi matapelajaran teras yang terakhir iaitu agama Islam, seramai 5 orang murid dikenalpasti telah
menguasai pengajaran yang disampaikan, 9 orang lagi berada dalam proses untuk memahami dan
menguasai dan baki 4 orang murid lain masih belum menguasai kandungan pengajaran berdasarkan
unjuran data yang diperolehi daripada guru pendidikan Islam prasekolah bakti.

Sebagai kesimpulannya, saya mewakili prasekolah bakti mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua ibubapa/penjaga dan murid2 prasekolah bakti yang telah memberikan kerjasama,
menunjukkan usaha & komitmen yang terpuji dan sentiasa memantau juga membantu anak2 didik
saya di sepanjang pembelajaran secara PdPR dilaksanakan di rumah masing-masing.

Tahniah & syabas cikgu ucapkan kepada murid2 yang penuh minat dan rajin dalam menyiapkan
segala latihan yang diberikan. Bagi yang belum menyiapkan latihan yang diberikan, gunakan masa
yang ada untuk tingkatkan usaha dan kerajinan untuk menyiapkan latihan tersebut.

Terima kasih juga diucapkan kepada GB SKPJ, barisan pentadbir, rakan2 guru prasekolah dan PPM
yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada guru2 prasekolah amnya & juga ribuan terima
kasih buat Pn Siti Roziah, pembantu pengurusan murid prasekolah bakti yang setia membantu saya
dalam melaksanakan pembelajaran PdPR ini secara khususnya. Komitmen & kerjasama tuan/puan
semua amat saya hargai dan tersimpan di dalam log budi. InsyaAllah.

Akhir kata, terima kasih semua dan saya akhiri dengan Wabillahitaufiq
Walhidayah....wassalamualaikum...warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like