You are on page 1of 12

PROGRAM ‘DEAR’ KEBERKESANAN DALAM

PENGURUSAN HEM DAN PENTADBIRAN

SHAKIRAH BINTI SHAK


Sekolah Kebangsaan Gelong
kieyrah69@gmail.com

HAJI SABRI BIN HAJI HAMZAH


PPPD Kubang Pasu
Sabri.hamzah@moe.gov.my

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah sepuluh orang murid yang sering lewat hadir ke
sekolah. Sekolah Kebangsaan Gelong adalah sebuah sekolah pinggir bandar yang terletak hanya
lima kilometer dari pekan Jitra. Kesesakan jalan raya dan pelbagai sebab lain telah menjadi alasan
murid ponteng dan datang lambat ke sekolah. Semua murid sekolah ini tinggal dalam lokaliti yang
berdekatan dengan sekolah. Namun kehadiran lewat masih juga berlaku, justeru Program DEAR
diperkenal untuk mengatasi masalah ini yang melibatkan 10 murid. Program yang bermula seawal
jam 7.30 pagi ber\akhir 7.55 pagi ini telah berjaya mengatasi isu kehadiran lewat ini. Selain itu
program ini juga dapat meningkatkan peratus kehadiran penuh murid sehingga 97.5% dan sekaligus
memberi impak kedatangan guru ke sekolah sebelum 7.30 pagi, iaitu dari 65% ke 95% sedangkan
kelas PdPC bermula jam 8.00 pagi.

Kata Kunci : lewat, kedatangan, impak

1.0 PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Gelong terletak di Kampung Salit Jitra telah dibuka pada 09 Mac
1969. Sekolah ini sekarang mempunyai seramai 247 orang murid dari tahun 1-6 termasuk
prasekolah seramai 25 orang murid. Bilangan guru yang sedang berkhidmat ialah 27 orang
disokong oleh tiga AKP menjadikan bilangan kakitangan seramai 30 orang. Manakala murid-
murid SK Gelong adalah yang datang dari Kg Gelong, Kg Salit, Kg Hutan Terabak, Kg
Bemban, Kg Pdg Asun, Kg Lubuk Gajah, Kuarters MRSM KP, Kuarters IKBN, Kuarters
Pusat Pemulihan Akhlak, Tmn Bersatu dan Mutiara Residence. Jarak kedudukan rumah
dengan sekolah bukanlah alasan murid akan hadir kesekolah lewat. Namun kelewatan hadir
tetap berlaku, maka inilah isu yang menyebabkan kajian ini dibuat untuk mengatasinya.
Program ‘DEAR’ atau Drop Everything And Read/Recite adalah merupakan program
tunjang utama pelaksanaan TS25 Sekolah Kebangsaan Gelong. Program ini memberi fokus
kepada persediaan diri murid (warming up) sebelum murid memasuki kelas untuk sesi
pembelajaran. Program santai minda berinformasi ditunjangi oleh subjek teras iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam yang dijalankan pada hari
Ahad (BM), Isnin (BI), Selasa(MT), Rabu(Sains) dan Khamis (P.I). Program ini berdurasi
1
selama 25 minit iaitu bermula pukul 7.30pagi hingga 7.55 pagi. Dalam program ini, semua
murid akan berada di dewan terbuka sekolah bermula pukul 7.30 pagi tanpa menggunakan
sebarang alat tulis. Program DEAR lebih bercorak bacaan atau tontonan bahan-bahan
ilmiah melalui televisyen yang diletakkan di dewan terbuka sekolah. Isi kandungan program
mengandungi bahan pembelajaran yang bercorak santai dan menarik selari dengan usia
murid. Program santai yang dipersembahkan melalui audio visual (televisyen) telah menarik
minat murid untuk mengikutinya pada setiap hari persekolahan. Selain itu, program ini juga
diselang-selikan dengan mengasah bakat murid melalui platform pidato, khalifah bacaan
yasin dan kepimpinan.
Pelaksanaan program ini bergantung sepenuhnya pada komitmen dan kreativiti
semua guru di SK Gelong. Semua guru dibahagikan kepada lima subjek utama seperti yang
dinyatakan di atas untuk mengendalikan program DEAR. Ini bermaksud, guru-guru akan
menyediakan bahan untuk menjayakan program ini secara ilmiah tetapi santai. Bagi
mengurangkan beban guru, maka guru yang terlibat untuk mata pelajaran pada hari tersebut
akan dikosongkan waktu pertama PdPC. Contohnya semua guru mata pelajaran Bahasa
Melayu dikosongkan masa mengajar pada waktu pertama hari Ahad memandangkan
mereka telah menjalankan aktiviti DEAR pada hari tersebut.

2.0 PENYATAAN MASALAH


Masalah ponteng dan hadir lewat ke sekolah merupakan satu masalah disiplin yang
semakin ketara berlaku di daerah Kubang Pasu selepas negara dilanda Covid-19. Terdapat
pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng dan datang lewat ke
sekolah. Antaranya berpunca daripada guru, sikap pelajar, rakan sebaya dan juga ibu bapa iaitu
mereka yang banyak mempengaruhi pelajar-pelajar tersebut. Masalah ini perlulah diatasi dengan
segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada
perilaku ponteng dan hadir lambat ke sekolah.
Hal ini juga dihadapi oleh SK Gelong. Terdapat sebilangan kecil murid ponteng dan
sering datang lewat ke sekolah. Adakalanya terdapat murid yang kadang-kadang hadir ke
sekolah melebihi pukul 7.45 pagi iaitu setelah waktu PdPC pertama bermula. Sekiranya
masalah ini tidak diatasi segera, dibimbangi perkara ini akan menjadi trend kepada murid
lain seterusnya boleh menimbulkan masalah disiplin dalam kalangan murid SK Gelong.
Masalah ini menjadi lebih rumit, apabila ada guru-guru yang turut datang lewatiaitu selepas
pukul 7.30 pagi ke sekolah. Sekiranya masalah kelewatan guru dan murid ini dibiarkan
berterusan akan mengganggu iklim sekolah yang sihat menjadi tidak sihat. Oleh itu, satu
tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

2
3.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengurangkan masalah 10 orang murid yang sering datang
lewat ke sekolah dan ponteng sekolah sehingga mengganggu waktu pertama PdPC guru
serta murid.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum


i. Meningkatkan peratus kehadiran awal ke sekolah
ii. Memberi satu pembelajaran secara santai tetapi berinformasi
iii. Meningkatkan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran

4.2 Objektif Khusus


i. Murid akan hadir awal ke sekolah.
ii. Regangan minda murid sebelum masuk kelas PdPC.
iii. Murid seronok untuk hadir ke sekolah dan tidak ponteng lagi.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan 10 orang murid yang tegar ponteng dan datang ke
sekolah lewat di SK Gelong.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah


Hasil dari pemerhatian guru-guru bertugas bersama PK HEM semasa menunggu
kedatangan murid di pintu pagar mendapati sepuluh orang murid yang ponteng dan lewat
hadir ke sekolah itu adalah murid yang sama.

Jadual 1:

3
Senarai Nama Pelajar

Bil. Nama Kelas Isu Kekerapan

1 Awliya Dzhafierah bt Zam Shafri 4C Datang lambat Setiap hari

2 Aqief Dzhafran bin Zam Shafri 2C Datang lambat Setiap hari

3 Auni Darwishah bt Qayyum 5C Datang lambat 2 hari seminggu

4 Ainul Awatiff bt Ahmad Badrul Munir 5B Ponteng 1 hari seminggu

5 Nurul Natasya bt Jamaluddin 5B Datang lambat Setiap hari

6 Muhammad Hafiz bin Hishamudin 3C Datang lambat 2 hari seminggu

7 Muhammad Ashraf Hakimi b 3C Ponteng 3 hari seminggu


Abdullah

8 Nur Balqiss Anissya bt Mohd Basri 5B Datang lambat Setiap hari

9 Nur Ainaa Syiffa bt Rohaizam 5B Datang lambat 3 hari seminggu

10 Puteri Dania Safiya bt Mohd Shukri 6B Ponteng 3 hari seminggu

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Bagi mengenal pasti isu yang timbul akibat kelewatan hadir kesekolah, maka guru kelas
bersama PKHEM telah menemubual murid-murid yang tersebut. Hasil temu bual tersebut
terdapat beberapa faktor telah dikenal pasti iaitu :
i. Murid tidur lewat kerana bermain game melalui telefon pintar
ii. Sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap pendidikan anak-anak
iii. Murid kurang motivasi diri untuk belajar

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Hasil daripada perbincangan dan mesyuarat pengurusan sekolah, telah mencadangkan
PROGRAM DEAR iaitu akronim daripada perkataan Drop Everything And Read/Recite iaitu
program berunsur ilmiah yang akan dijalankan secara santai menggunakan audio visual.
Program ini akan dapat menarik minat murid untuk hadir awal malah hadir ke sekolah setiap
hari selama sebulan kepada 10 murid tersebut iaitu bermula bulan April hingga bulan Mei.
Murid perlu hadir awal setiap hari bagi memastikan mereka mengikuti kesinambungan
aktiviti tersebut seperti yang telah dirancang oleh panitia mata pelajaran. Sekiranya ada
dalam kalangan 10 orang murid tersebut tidak hadir, Guru Besar dan PK HEM akan
berkunjung ke rumah untuk berjumpa murid dan juga ibu bapa mereka bagi membuat
perjanjian dan membentangkan pelibatan mereka dengan program DEAR. Selain itu,
4
seorang mentor dalam kalangan guru akan dilantik untuk memastikan murid sentiasa
mempunyai hubungan antara program dan sekolah bagi mengingatkan mereka tentang
perjalanan program ini.
Ketika murid ini berada di sekolah, mereka perlu terlibat dengan aktiviti tanpa
menggunakan alat tulis tetapi lebih aktiviti santai iaitu membaca serta mendengar secara
berkumpulan. Program ini akan menyebabkan murid menjadi lebih seronok dan teruja untuk
mengikuti aktiviti DEAR pada setiap awal pagi hari persekolahan. Impaknya, murid akan
lebih bersedia untuk PdPC di bilik darjah setelah berlaku regangan minda (warming up)
dalam Program DEAR tadi. Mereka juga diberikan jadual mengikut hari dan peranan mereka
di dalam aktiviti tersebut.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian


5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
i. Panitia Bahasa Melayu (Hari Ahad)
- Aktiviti Bercerita /bersajak/berpidato/ berpantun
- Menonton cerita kanak-kanak /Upin Ipin
- Kuiz Tatabahasa

ii. Panitia Bahasa Inggeris ( Hari Isnin)


- Quiz ( Spell it Right)
- Riddles
- Language Games

iii. Panitia Matematik (Hari Selasa)


- Membaca sifir
- Teknik Hafal Sifir
- Congak Spontan

iv. Panitia Sains (Hari Rabu)


- Dokumentari Sains
- Aktiviti STEM
- Nyanyian Lagu bertema

v. Panitia Pendidikan Islam (hari Khamis)


- Membaca surah yasin
- Program SUMUR
- Nawwir Qalbi

5
Program DEAR juga diselang seli dengan Program Bulanan Panitia lain. Sesi temu bual
juga dilakukan bagi memastikan murid-murid yang terlibat menunjukkan minat untuk hadir
dan hadir awal ke sekolah. Temu bual juga telah dilakukan untuk menilai keberkesanan dan
motivasi murid daripada program DEAR.

5.6 Refleksi Kajian


Selepas sebulan program DEAR dilaksanakan di peringkat sekolah kepada 10 murid ini,
didapati isu ponteng dan datang lewat ke sekolah dalam kalangan 10 murid tersebut telah
berjaya diatasi. Hasil temubual mendapati murid semakin bermotivasi untuk hadir awal ke
sekolah kerana mereka tidak mahu ketinggalan dalam setiap program DEAR yang
dilaksanakan.

Jadual 2:
Dapatan Kajian Terhadap Kehadiran Murid Selepas Program Dilaksanakan Selama
Sebulan

Senarai Nama Pelajar

Bil. Nama Kelas Isu Impak

1 Awliya Dzhafierah bt Zam Shafri 4C Datang lambat Hadir awal setiap hari

2 Aqief Dzhafran bin Zam Shafri 2C Datang lambat Hadir awal setiap hari

3 Auni Darwishah bt Qayyum 5C Datang lambat Hadir awal setiap hari

4 Ainul Awatiff bt Ahmad Badrul Munir 5B Ponteng Hadir sekolah

5 Nurul Natasya bt Jamaluddin 5B Datang lambat Hadir awal setiap hari

6 Muhammad Hafiz bin Hishamudin 3C Datang lambat Hadir awal setiap hari

7 Muhammad Ashraf Hakimi b Abdullah 3C Ponteng 3 hari seminggu

8 Nur Balqiss Anissya bt Mohd Basri 6C Datang lambat Hadir awal setiap hari

9 Nur Ainaa Syiffa bt Rohaizam 5B Datang lambat Hadir awal setiap hari

10 Puteri Dania Safiya bt Mohd Shukri 6B Ponteng Hadir awal setiap hari

6
Refleksi Kajian
Impak dari kajian ini, melalui temu bual mendapati bukan sahaja murid yang lewat ke
sekolah semakin berkurangan malahan emosi murid semakin baik dan masalah ponteng
berjaya diatasi. Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas semua guru, didapati program
ini bukan saja berjaya mengurangkan masalah ponteng dan hadir lewat ke sekolah malahan
tahap kesediaan murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran juga meningkat.
Kesannya program ini sangat wajar diteruskan untuk semua murid kerana pihak sekolah
mendapati program memberi kesan kepada motivasi murid dan membina jati diri murid.
Kehadiran guru juga semakin baik iaitu hadir sebelum pukul 7.30. Hal ini menunjukkan
impak yang baik dari segi pengurusan HEM dan juga pentadbiran sekolah.
Selain itu peratus kehadiran penuh keseluruhan tahunan juga meningkat iaitu
daripada 94.58% kepada 95.71% bagi tahun 2019. Sebagai penyelidik, saya berpendapat
intervensi yang dijalankan dalam kajian tindakan ini telah memberi kesan yang sangat positif
terhadap perubahan emosi dan sikap murid terutama dari segi kesediaan untuk
menghadapi proses pembelajaran pada setiap hari.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Secara keseluruhannya ,kajian ini mencapai objektif yang disasarkan. Pelaksanaan aktiviti
akan diteruskan agar mendapat memberi kesan yang lebih kepada minda murid sebelum
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang formal dalam bilik darjah. Program ini
mencetuskan idea pentadbir untuk menjadikan ia sebagai program teras TS25 Sekolah
Kebangsaan Gelong yang sepenuhnya dijalankan pada tahun 2020.
Sebagai langkah untuk penambahbaikan program ini, dicadangkan kaedah MERIT
iaitu mata ganjaran yang dikumpulkan hingga hujung tahun dan akan diberi anugerah pada
Majlis Apresiasi SKG. Selain itu, pemberian TOKEN iaitu kaedah tebus hadiah bagi aktiviti
yang dijalankan secara “one off” bagi murid sebagai galakan hadir awal ke sekolah.

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.


(1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: PIER – Sub Program 4, BPPP, KPM.

Gardner Howard (2006), Multiple Intelligences: New Horizon, New York Shamsina
Shamsudin (2013).Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Kuala
Lumpur:FH Freemind Horizons Sdn Bhd.

7
LAMPIRAN

8
PROGRAM ‘DEAR’ AHAD
PANITIA BAHASA MELAYU

PROGRAM ‘DEAR’ ISNIN


PANITIA BAHASA INGGERIS

QR CODE BROCHURE HIP & ENGLISH


MONTH 2022

9
PROGRAM ‘DEAR’ SELASA
PANITIA MATEMATIK

PROGRAM ‘DEAR’ RABU


PANITIA SAINS

10
PROGRAM ‘DEAR’ – KHAMIS
BACAAN YASIN & TAZKIRAH RINGKAS

PENCAPAIAN :
KEHADIRAN TERBAIK PPD KUBANG PASU

11
12

You might also like