You are on page 1of 9

BAHASA

MELAYU

KATA
PERINTAH

NAMA :

KELAS :
Edit by : Fazie Yazin
KATA PERINTAH

1. Kata perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan


menimbulkan gerak balas yang berupa tindakan. Ayat perintah
berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan, permintaan,
silaan ataupun larangan.
2. Kata perintah digunakan untuk membina ayat perintah.

Contoh

Kata perintah berfungsi dengan peranan yang tersendiri, berikut merupakan


contoh kata perintah berserta fungsinya:

Fungsi Kata Perintah

Suruhan tolong

Permintaan minta, harap

Silaan sila, jemput

Larangan jangan, usah

Contoh kata perintah dalam ayat :

1. Tolong kembalikan buku cerita saya.


2. Minta semua peserta bersedia.
3. Harap saudara faham masalah saya.
4. Sila masuk.
5. Jemput makan.
6. Jangan berdiri di situ.
7. Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.

Edit by : Fazie Yazin


Edit by : Fazie Yazin
Latihan 1

Jawab soalan-soalan berikut dengan kata perintah


yang sesuai.

Edit by : Fazie Yazin


Latihan 2

Garisi penggunaan kata perintah yang betul mengikut


konteks.

Edit by : Fazie Yazin


Latihan 3

Lengkapkan ayat di bawah ini dengan kata perintah


yang betul.

Edit by : Fazie Yazin


Latihan 4

Sila isi tempat kosong dengan kata perintah berikut

Sila Minta Jemput

Tolong Harap Jangan Usah

1. ___________ kau kenangkan peristiwa sedih itu lagi.

2. ___________ ambil perhatian, semua orang dikehendaki berkumpul

dibalai raya.

3. ____________ lah datang ke majlis perkahwinan kakak saya.

4. ____________ belikan saya sebuah mi goring di kantin.

5. ____________ awak dapat datang ke rumah saya pada malam ini.

6. ____________ merokok di kawasan sekolah.

7. ____________ makan kuih-muih yang dibuat oleh ibu saya.

8. ____________ tunggu sebentar, ayah saya akan pulang.

9. ____________ beri laluan, saya hendak ke seberang.

10.____________ lah bimbang akan abang yang berada di Australia,

dia dapat menjaga sendiri dengan baik.

Edit by : Fazie Yazin


Latihan 5

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan


jawapan yang paling sesuai.

1. ___________ daftarkan diri di sini dan ___________ beri perhatian semasa sesi
taklimat,” kata pegawai kepada semua peserta kursus itu.
A. Tolong …. Minta C. Tolong …. Sila
B. Sila …. Tolong D. Sila …. Minta

2. ___________, kita bertolak sekarang,” kata Mona kepada kawan-kawannya.


A. Ayuh C. Tolong
B. Harap D. Minta

3. ___________ letakkan buku yang dibaca di tempat asal,” kata Helmi kepada
rakan-rakannya.
A. Sila C. Jangan
B. Tolong D. Usah

4. ___________ ambil makanan yang terhidang di meja itu,” kata Sudin kepada
kawan-kawannya.
A. Tolong C. Harap
B. Minta D. Sila

5. Orang ramai ___________ agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah


masing-masing untuk mengelakkan nyamuk aedes membiak.
A. diarah C. dikerah
B. digesa D. didesak

Edit by : Fazie Yazin


6. __________ bercakap kuat-kuat kerana akan menganggu pesakit,” Kata
jururawat itu kepada Adli.
A. Jangan C. Minta
B. Sila D. Tolong

7. ___________ percaya akan khabar angin yang belum tentu sahih


Kebenarannya.
A. Jemput C. Usah
B. Harap D. Sila

8. Kata Cikgu Tan kepada murid-murid Tahun 6 Ungu,”___________ jawab


kesemua soalan Matematik dalam masa 15 minit sahaja”.
A. Jangan C. Jemput
B. Sila D. Tolong

9. ___________ penduduk di kawasan pedalaman itu akan menerima bekalan air


dan elektrik kelak.
A. Minta C. Harap
B. Usah D. Jemput

10. _____________ makan pisang goreng ini.


A. Jemput C. Usah
B. Harap D. Sila

Edit by : Fazie Yazin

You might also like