You are on page 1of 11

UNIVERSITI MALAYA

PENILAIAN BERTERUSAN IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH PENILAIAN


BERTERUSAN IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN PENILAIAN BERTERUSAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM PENILAIAN BERTERUSAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS
PENILAIAN BERTERUSAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT

SESI AKADEMIK 2020/2021 : SEMESTER I

IIX2001 : Metodologi Penyelidikan Islam

Jan / Feb 2021 Masa : 1 minggu

ARAHAN KEPADA CALON :

1. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.


2. Calon dikehendaki menjawab secara bersendirian.
3. Calon dikehendaki menjawab dengan menyatakan abjad yang mewakili jawapan
pilihan.
4. Calon dikehendaki mengemukakan jawapan melalui Spectrum. 5.
Calon dikehendaki mengemukakan jawapan sebelum 1 Februari 2021.

(Kertas soalan ini mengandungi 25 soalan dalam 10 halaman)


IIX2001
1. Apakah tujuan utama kertas cadangan penyelidikan:
A. Untuk mendapatkan kelulusan tajuk daripada jabatan.
B. Supaya memperoleh dana daripada kerajaan.
C. Agar pihak yang berkepentingan menerima usul.
D. Bagi penyelidik memperincikan ideanya.
E. Moga diberkati Tuhan.
(1 markah)

2. Perkara yang boleh diabaikan dalam kertas cadangan penyelidikan ialah: A.


Objektif kajian, apabila hasil kajian ada diketahui.
B. Soalan kajian, apabila pernyataan masalah ada dibentangkan. C.
Pernyataan masalah, apabila soalan kajian ada disenaraikan. D.
Ulasan kepustakaan, apabila tiada lompong dalam khazanah ilmu. E.
Tajuk kajian, apabila objektif kajian ada disenaraikan.
(1 markah)

3. Pendekatan Menyebarkan Maklumat Dakwah: Kajian Kes Bantuan Ebit


Lew kepada Keluarga Miskin di Alor Setar, Kedah
Pilih ulasan yang wajar diberikan mengenai tajuk kajian di atas daripada
senarai di bawah:
A. Kajian ini tidak patut dilakukan kerana akan memalukan Ebit Lew dan
keluarga miskin yang dibantu.
B. Kes yang dipilih terlalu kecil.
C. Pengkaji hendaklah berjumpa dengan Ebit Lew dan keluarga miskin
tersebut dahulu sebelum mengemukakan kertas cadangan penyelidikan. D.
Kes yang dipilih akan menimbulkan kontroversi dalam masyarakat. E.
Kerajaan Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah tidak akan
mengizinkan kajian ini dijalankan.
(1 markah)

4. Berdasarkan Soalan 3 di atas, pilih justifikasi pilihan jawapan yang betul. A.


Pilihan jawapan D betul kerana kes ini telah menimbulkan tohmahan dalam
media sosial terhadap pelbagai pihak.
B. Pilihan jawapan C betul kerana Ebit Lew hendak memberi dana untuk
melakukan penyelidikan ini.
C. Pilihan jawapan E betul kerana Ebit Lew sendiri telah menyatakan bahawa
beliau telah menyerahkan urusan bantuan terhadap keluarga tersebut
kepada pihak berwajib.
D. Pilihan jawapan A betul kerana Ebit Lew telah melakukan kesalahan dalam
menyebarkan maklumat rahsia mengenai keluarga tersebut.
E. Pilihan jawapan B betul kerana isu dalam kajian ini wajar dirumuskan
bersumberkan data perbandingan.
(2 markah)
2/10
IIX2001
5. Latar belakang dalam kertas cadangan penyelidikan membentangkan: A.
Konteks yang membolehkan pembaca faham soalan kajian. B. Situasi
timbulnya masalah yang menyukarkan kajian.
C. Betapa pentingnya penelitian yang mendalam.
D. Hakikat sebenar masalah yang menyusahkan pengkaji.
E. Latar permukaan yang berada di belakang masalah.
(1 markah)

6. Dalam penyelidikan Islam, pernyataan masalah boleh dipersembahkan dengan:


A. Menukilkan laporan berita mengenai masalah yang berlaku dalam
masyarakat sehingga berlaku kematian.
B. Menyenaraikan soalan yang tidak boleh dijawab oleh para ulama.
C. Merujuk kritikan orientalis terhadap ajaran Islam.
D. Menunjukkan ketidakselarasan antara kefahaman atau amalan Muslim
dengan ajaran Islam.
E. Mengemukakan ayat al-Qur’an dan al-Hadith Rasulullah yang bersifat ẓannī
dilālah mengakibatkan kepelbagaian tafsiran ulama.
(1 markah)

7. 1. Apakah tiga prinsip muamalat yang paling banyak diaplikasikan dalam


produk pembiayaan kenderaan Islamik di Malaysia?
2. Apakah tahap kefahaman warga Akademi Pengajian Islam terhadap
tiga prinsip muamalat yang paling banyak diaplikasikan dalam
produk pembiayaan kenderaan Islamik di Malaysia?
3. Apakah cara untuk menyempurnakan lagi kefahaman warga
Akademi Pengajian Islam terhadap tiga prinsip muamalat yang
paling banyak diaplikasikan dalam produk pembiayaan kenderaan
Islamik di Malaysia?
Berdasarkan soalan kajian yang tersenarai di atas, pilih tajuk kajian yang paling
sesuai daripada senarai di bawah.
A. Cara Penyempurnaan Kefahaman Warga Akademi Pengajian Islam
Terhadap Tiga Prinsip Muamalat yang Paling Banyak Diaplikasikan dalam
Produk Pembiayaan Kenderaan Islamik di Malaysia
B. Kefahaman Warga Akademi Pengajian Islam Terhadap Tiga Prinsip
Muamalat yang Paling Banyak Diaplikasikan dalam Produk Pembiayaan
Kenderaan Islamik di Malaysia
C. Tahap Kefahaman Warga Akademi Pengajian Islam Terhadap Tiga Prinsip
Muamalat yang Paling Banyak Diaplikasikan dalam Produk Pembiayaan
Kenderaan Islamik di Malaysia
D. Prinsip Muamalat dalam Produk Pembiayaan Kenderaan
E. Tiga Prinsip Muamalat yang Paling Banyak Diaplikasikan dalam Produk
‫‪Pembiayaan Kenderaan Islamik di Malaysia‬‬
‫)‪(1 markah‬‬

‫‪3/10‬‬
‫‪IIX2001‬‬
‫‪8. Kesan Kerjasama Politik PPBM, UMNO dan PAS kepada‬‬
‫‪Keharmonian Masyarakat Majmuk di Malaysia‬‬
‫‪Tajuk kajian di atas boleh diselaraskan dengan salah satu maqāsid al-ta’līf‬‬
‫‪menurut ‘Abd al-Raḥmān ibn Khaldūn berikut:‬‬

‫وتقسيم‪ .A‬استنباط العلم ع مسائله‪ ،‬أو استنباط مسائل ومباحث تعرض‬


‫ّ‬ ‫مبوضوعه‬
‫أبوابه‬
‫وفصوله‬
‫وتتب ّق‬
‫وحير‬
‫ص على‬
‫إيصاله‬
‫بغريه‪.‬لل‬
‫عامل‬
‫احملق‬
‫ّ‬
‫املطلع على‬ ‫الواحد قد نقصت منه مسائل أو فصول حبسب انقسام موضوعة فيقصد‬
‫م ما نقص من‪.B‬‬
‫ّ‬ ‫أن يكون الفن‬
‫تلك املسائل‬
‫ّ‍ذلك أن يتم‬ ‫‪.‬‬
‫أن يكون الشيء من التأليف اليت هي أمهات للفنون مطوال مسهبا‪ ،‬فيقصد ابلتأليف‬

‫ابالختصار ‪، .C‬تلخيص ذلك‬


‫ّ‬
‫‪.‬واإلجياز وحذف املتكرر‬

‫أن‪ .D‬لني وأتليفهم فيجدها مستغلقة على األفهام ويفتح هلال له يف فهمها فيحرص‬
‫ّ‬
‫يقف علىكالم األو‬
‫على إابنة ذلك‬
‫‪.‬لغريه‬
‫ن اشتهر فضله وبع‬
‫ أن يعثر املتأخر على‬.E ‫ّ‍دمني ممغلط أو خطإ يفكالم املتق ّد‬
‫ ويستوثق يف ذلك ابلربهان‬،‫يف اإلفادة صيته‬
‫ّ‍ذي ال مدخل للش‬
‫ فيه‬. ‫ّك‬ ‫الواضح ا‍ل‬
(1 markah)

9. Dalam Soalan 8 di atas:


A. Pilihan jawapan C salah kerana kajian kesan kerjasama politik PPBM,
UMNO dan PAS tidak melibatkan karya turath yang boleh dianggap
sebagai teras ilmu politik.
B. Pilihan jawapan D betul kerana kajian terhadap kesan kerjasama politik
PPBM, UMNO dan PAS memang telah dilakukan tetapi tiada kenyataan
yang sukar difahami dalam laporan kajian tersebut.
C. Pilihan jawapan A betul kerana kerjasama politik PPBM, UMNO dan PAS
memang perkara baru yang boleh diistinbatkan ilmu baru daripada
pelbagai aspek perbincangannya termasuk aspek kesan.
D. Pilihan jawapan E betul kerana kajian terhadap kesan kerjasama politik
PPBM, UMNO dan PAS melibatkan penelitian terhadap pelbagai
kesalahan dan kesilapan kata-kata ahli politik dan ilmuwan terdahulu.
E. Pilihan jawapan B salah kerana kajian kerjasama politik bukan suatu bidang
baru.
(2 markah)

4/10
IIX2001
10. Perintah Kawalan Pergerakan daripada Perspektif Islam Soalan yang
disenaraikan di bawah menggambarkan masalah yang terkandung dalam tajuk
kajian di atas kecuali:
A. Apakah perspektif Islam terhadap Perintah Kawalan Pergerakan? B. Apakah
panduan Islam dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh
Kerajaan Malaysia?
C. Apakah penyakit berjangkit yang hendak ditangani dengan Perintah
Kawalan Pergerakan?
D. Apakah panduan Islam dalam menangani pandemik penyakit berjangkit?
E. Apakah Perintah Kawalan Pergerakan?
(1 markah)
11. Apakah perspektif Islam terhadap Perintah Kawalan Pergerakan? Pernyataan
masalah yang memperlihatkan hakikat sebenar isu dalam soalan di atas dan
betapa ia penting untuk diteliti dan didalami ialah:
A. Parti pembangkang mengkritik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
kerana membantutkan ekonomi negara.
B. Tindakan kerajaan ini mungkin bercanggah dengan beberapa panduan al
Qur’an dan al-Hadith yang bersifat qaṭ‘ī dilālah.
C. Semua mufti di negeri-negeri bersetuju dengan Perintah Kawalan
Pergerakan.
D. Ajaran Islam tidak mempunyai panduan yang khusus dan terperinci
mengenai pendekatan menangani wabak penyakit berjangkit.
E. Perintah Kawalan Pergerakan melarang beberapa amalan agama
dilaksanakan.
(1 markah)

12. Apakah hukum golongan LGBT mengambil anak angkat? Pilih ulasan yang wajar
diberikan mengenai soalan kajian di atas daripada senarai di bawah:
A. Data mengenai golongan LGBT mengambil anak angkat sukar diperoleh. B.
Soalan kajian ini tidak relevan kerana golongan LGBT tiada hak mengambil
anak angkat.
C. Hukumnya telah diketahui iaitu haram.
D. Perkataan golongan seeloknya digantikan dengan perkataan pasangan. E.
Soalan kajian ini tidak akan diterima oleh mana-mana penyelia. (1 markah)

5/10
IIX2001
13. Berdasarkan Soalan 12 di atas, pilih justifikasi pilihan jawapan yang salah. A.
Pilihan jawapan D salah kerana ulasan tersebut hanya bersifat semantik. B. Pilihan
jawapan C salah kerana soalan ini bersifat umum termasuk
contohnya seorang isteri yang lesbian tetapi tidak diketahui suaminya. C.
Pilihan jawapan E salah kerana penerimaan atau penolakan sesuatu soalan
bergantung kepada pernyataan masalah.
D. Pilihan jawapan B salah kerana fokus soalan ini ialah hukum yang boleh
sahaja bersifat teoretikal.
E. Pilihan jawapan A salah kerana fokus soalan ini ialah hukum yang boleh
sahaja bersifat teoretikal.
(2 markah)
14. Menganalisis sumber dan kaedah pendalilan bagi larangan solat
berjemaah di masjid dalam Lembah
Klang ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Objektif kajian di atas wajar diberikan komentar berikut untuk memperbaikinya,
kecuali:
A. Elok dinyatakan fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang khusus. B.
Larangan solat di masjid adalah umum, termasuk solat bersendirian dan
berjemaah.
C. Bukan Lembah Klang sahaja yang terlibat dengan larangan tersebut. D.
Sumber dan kaedah pendalilan mesti dinilai bukan dianalisis. E. Perkataan
sumber tidak diperlukan kerana telah termasuk dalam konsep kaedah
pendalilan.
(1 markah)

15. Dalam Soalan 14 di atas,


A. Komentar A tidak wajar kerana tempoh kajian tidak wajar dihadkan pada
fasa tertentu sahaja.
B. Komentar B tidak wajar kerana sampel kajian tidak wajar dihadkan bagi
jemaah tertentu sahaja.
C. Komentar C tidak wajar kerana tempat kajian tidak wajar dihadkan di
kawasan tertentu sahaja.
D. Komentar D tidak wajar kerana objek kajian tidak wajar dihadkan kepada
tahap taksonomi kognitif tertentu sahaja.
E. Komentar E tidak wajar kerana objek kajian tidak boleh dikhususkan kepada
konsep tertentu sahaja.
(2 markah)

6/10
IIX2001
16. Ulasan kepustakaan dalam kertas cadangan penyelidikan perlu sekurang
kurangnya:
A. Menunjukkan bahawa soalan kajian belum dijawab sepenuhnya. B.
Membina jaringan antara penyelidikan dengan penyelidik lain. C. Mengulas
tesis, disertasi, buku dan artikel jurnal akademik yang ada di perpustakaan.
D. Menunjukkan bahawa pernyataan masalah mempunyai rujukan. E.
Membina jaringan antara kajian yang hendak dijalankan dengan kajian sedia
ada.
(1 markah)
17. Kelompongan ilmiah dalam khazanah penulisan sedia ada boleh ditunjukkan
melalui pernyataan berikut:
A. Setakat pencarian yang dibuat, belum ditemui kelompongan ilmiah dalam
khazanah penulisan sedia ada.
B. Khazanah penulisan sedia ada menunjukkan bahawa kelompongan ilmiah
boleh dinyatakan melalui pernyataan tertentu.
C. Tiada tesis, disertasi, buku atau artikel jurnal akademik yang tajuknya sama
dengan tajuk kajian yang hendak dicadangkan ini.
D. Perpustakaan yang ada di Malaysia masih belum dipenuhkan dengan kitab
turath Islam.
E. Kepustakaan dalam bidang ini diakui banyak, namun isu khusus ini
nampaknya baru muncul.
(1 markah)

18. Dalam sesebuah penyelidikan Islam, perlu seboleh-bolehnya ada perspektif


normatif dan preskriptif Islam terhadap masalah, persoalan, isu atau kontroversi
yang dikaji, kerana:
A. Islam adalah norma dan preskripsi daripada Tuhan kepada manusia. B.
Dalam penyelidikan Islam, pengkajinya mestilah seorang Muslim yang beriman
dan beramal dengan norma dan preskripsi Islam secara syumul termasuk
mengenai dunia dan akhirat.
C. Tanpa perspektif normatif dan preskriptif, sesuatu kajian hanya bersifat
tasawur terhadap masalah, persoalan, isu atau kontroversi yang dikaji,
tanpa mengemukakan idea penyelesaiannya, walaupun mungkin bersifat
saintifik.
D. Semua yang di atas.
E. Pilihan jawapan A dan C sahaja.
(1 markah)

7/10
IIX2001
19. Dalam Soalan 18 di atas,
A. Pilihan jawapan E salah kerana hanya pilihan jawapan C yang betul. B.
Pilihan jawapan B betul kerana perspektif normatif dan preskriptif Islam
terhadap masalah, persoalan, isu atau kontroversi yang dikaji hanya boleh
diketahui oleh pengkaji Muslim yang beriman dan beramal dengan norma dan
preskripsi Islam secara syumul termasuk mengenai dunia dan akhirat. C.
Pilihan jawapan A salah kerana Islam adalah agama yang merupakan ajaran
dan panduan yang syumul dan lengkap bagi keseluruhan kehidupan malah
kewujudan manusia sama ada di dunia atau di akhirat, dan bukan sekadar
norma dan preskripsi bagi menangani masalah dalam kehidupan dunia yang
timbul.
D. Pilihan jawapan C betul kerana penyelidikan Islam sepatutnya bukan sahaja
cuba memahami masalah, malah memahami norma dan preskripsi
daripada Tuhan kepada manusia.
E. Pilihan jawapan D salah kerana ia merujuk antara lain kepada justifikasi
bahawa Islam adalah norma dan preskripsi daripada Tuhan kepada
manusia, sedangkan Islam adalah al-dīn yang syumul.
(2 markah)

20. Perspektif normatif dan preskriptif Islam terhadap masalah, persoalan, isu atau
kontroversi yang dikaji boleh diterapkan secara konkrit dalam sesuatu
penyelidikan melalui:
A. Menggunakan kata kerja yang tersenarai dalam domain taksonomi kognitif
kelima iaitu domain menilai seperti mengkritik, membandingkan,
mengukur, membenarkan, menyemak dan menginterpretasi dalam objektif
kajian.
B. Menyenaraikan al-Qur’an dan kitab koleksi al-Hadith dalam bibliografi. C.
Pembentukan soalan kajian “Menilai...” yang ditambah dengan frasa “...
berdasarkan pemikiran Abū Ḥāmid Muḥammad al-Ghazālī?”
D. Menilai kitab turath dalam bidang ilmu utama Islam iaitu akidah, fiqah atau
tasawuf yang relevan dengan masalah, persoalan, isu atau kontroversi
yang dikaji ketika melakukan ulasan kepustakaan.
E. Menggunakan kata tanya yang menunjukkan penilaian seperti “Apakah
nilai... ?” dalam pernyataan masalah.
(1 markah)

21. Dalam amalan di Akademi Pengajian Islam, subtajuk kertas cadangan


penyelidikan berikut dibentangkan dalam bentuk senarai:
A. Kepentingan kajian.
B. Soalan kajian.
C. Ulasan kepustakaan.
D. Pernyataan masalah.
E. Dapatan kajian.
(1 markah)

8/10
IIX2001
22. Berikut adalah antara fungsi ulasan kepustakaan, kecuali:
A. Mengkritik tempoh penyelidikan sedia ada yang terlalu panjang
mengakibatkan data yang diperoleh bersifat mendatar.
B. Mengkritik pengkaji terdahulu yang tidak mendapatkan dana yang banyak
untuk menjalankan kajiannya.
C. Mengkritik tesis yang telah dihasilkan kerana tidak merujuk tesis lain. D.
Mengkritik kekhususan tempat yang dijadikan sampel dalam kajian terdahulu
sedang populasi kajian yang luas mengakibatkan generalisasi yang dilakukan
di akhir kajian tidak bersifat menyeluruh.
E. Menyenaraikan artikel jurnal yang membincangkan aspek yang relevan
dengan soalan kajian yang hendak dicadangkan.
(1 markah)

23. Kepentingan kajian yang dibentangkan dalam kertas cadangan penyelidikan


mungkin berubah pada akhir kajian kerana:
A. Sumbangan langsung dan praktikal kajian terhadap masyarakat berbeza
beza mengikut kategori dan kelas masyarakat.
B. Kefahaman yang telah dibetulkan tidak diketahui oleh orang awam.
C. Ia bergantung kepada hasil atau dapatan sebenar kajian.
D. Tidak semua kajian menghasilkan edisi kritikal teks-teks penting dan
terjemahannya.
E. Penjelasan tentang sesuatu hukum berubah-ubah menurut keadaan, tempat
dan masa.
(1 markah)

24. Berikut adalah ayat di bawah subtajuk kaedah pengumpulan data yang boleh
ditemukan dalam kertas cadangan penyelidikan, kecuali:
A. 7 institusi dicadangkan sebagai sampel untuk memperoleh data mengenai
isu yang dibincangkan.
B. 7 orang pakar dalam bidang ini ditemu bual pada peringkat pengumpulan
data bagi kajian ini.
C. 700 borang kaji selidik akan diedarkan secara rawak untuk mendapatkan
respons masyarakat setempat.
D. 7 manuskrip telah dikenal pasti mengandungi perkara yang hendak
dibandingkan.
E. 7 kali perbincangan meja bulat bakal dianjurkan supaya persepsi semua
pihak yang berkepentingan dapat dianalisis.
(1 markah)

9/10
IIX2001
25. Dalam kertas cadangan penyelidikan, penyelidikan perlu menjelaskan
perancangannya untuk menganalisis data dengan:
A. Menyatakan kaedah pengumpulan data yang memenuhi kriteria
kebolehpercayaan dan kesahihan.
B. Menyatakan dapatan kajian yang terhasil daripada data yang akan
dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif.
C. Menyatakan tahap taksonomi kognitif yang akan digunakan ke atas data,
sama ada mengetahui, memahami, mengaplikasikan, menganalisis,
menilai atau mencipta.
D. Menyatakan jenis dan reka bentuk penyelidikan yang hendak dilaksanakan.
E. Menyatakan program komputer yang akan digunakan untuk menganalisis
data.
(1 markah)

TAMAT

10/10

You might also like