You are on page 1of 1

Lampiran 4

BORANG RESENSI BUKU


ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2022

NAMA : MUHAMMAD SAIFUL HARITH BIN SAIFUL RIDZUAN


SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BUKIT BADING
KATEGORI : BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK BUKU NAMA PENGARANG NO ISBN JUMLAH


MUKA SURAT

SINOPSIS BUKU
Novel Imam berpaksikan tentang perjuangan seorang imam yang cuba membawa
pembaharuan di kampungnya sendiri. Pembaharuan yang ingin dibawa olehnya mendapat
tentangan dan halangan yang hebat daripada penduduk kampung yang beragama islam
serta kaum keluarganya sendiri . Imam tersebut ialah Haji Mihad yang asalnya merupakan
keturunan golongan yang berpengaruh serta berpendidikan tinggi dalam bidang agama.
Haji Mihad yang kembali ke kampung setelah 10 tahun menghilangkan diri apabila
mengikuti angkatan tentera di Sarawak. Sebaliknya, Haji Mihad diawasi oleh pihak tentera
di sana dan beliau menetap di Indonesia bagi menuntut ilmu agama. Namun,
kepulangannya ke kampung halaman dan lantikannya sebagai imam menyebabkan
sesetengah orang iri hati terhadap peluang yang diperolehi oleh beliau. Setiap perbuatan
serta pembaharuan baru yang dibawa kepada penduduk kampung menjadi sesuatu yang
agak asing dan mendapat perhatian dari pihak Majlis Agama. Tuduhan serta fitnah yang
dilemparkan kepadanya menyebabkan timbul dakwaan yang mengatakan bahawa ajaran
tersebut sesat. Haji Mihad selaku watak utama disiasat oleh pihak Majlis Agama.

You might also like