You are on page 1of 3

JURNAL

TAJUK MURID BISING SEMASA KELAS (MINGGU 1)


TARIKH 08/01/2023

PERISTIWA DIFOKUSKAN

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya yang lepas, saya telah menghadapi beberapa
masalah seperti murid bersembang semasa saya mengajar. Selain itu saya juga menghadapi
masalah murid tidak mahu menerima teguran daripada saya walaupun teguran dibuat secara
berhemah dan bukan dalam bentuk dendaan fizikal. Tambahan lagi setiap kali murid bersikap
sedemikian, pengajaran saya akan terganggu selain terpaksa mengulang semula pengajaran
tersebut. Di samping itu, saya mendapati bahawa beberapa orang murid di bahagian belakang
kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya terpaksa berhenti mengajar
kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga mereka
tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Saya percaya, unsur kenakalan pasti ada
dan sifat ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.
BISIKAN HATI

Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara apabila ada murid yang cuba memulakan dahulu
perbualan dan mendapat respon daripada murid yang lain. Saya ingin melakukan perubahan dalam
kelas ini agar masalah ini dapat diatasi. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah
menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlulah dielakkan. Murid-
murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid
yang lain juga turut terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain. . Saya
percaya, unsur kenakalan pasti ada dan sifat ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejaskan
pengajaran dan pembelajaran.

PERSEPSI DAN FALSAFAH DIRI KE ATAS PERISTIWA

Guru mengatasi masalah ini dengan merampas permainan tersebut daripada murid dan
memulangkannya semasa mereka balik. Hal ini bertujuan sebagai pengajaran kepada murid yang
lain bahawa mengikut peraturan itu amatlah penting lebih lebih lagi melibatkan pelbagai jenis
permainan. Saya juga percaya bahawa tindakan ini memberi kesan pada mereka di hari yang akan
datang.
KEFAHAMAN / KESEDERAN BARU

Saya terlebih dahulu menyiasat punca-punca masalah yang menyebabkan sebilangan murid
membuat bising. Beberapa persoalan berlegar dalam minda saya:

 Apakah faktor yang menyebabkan murid-murid bising?


 Adakah pengajaran saya tidak menarik?
 Apakah yang menyebabkan mereka berasa bosan?
 Adakah saya menjadi punca berlakunya masalah ini?

Melalui pemerhatian yang berterusan, saya berpendapat bahawa masalah ini berpunca daripada
sikap murid-murid itu sendiri di mana terdapat beberapa orang murid yang suka berbual atau
bersembang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Punca permasalahan ini
juga mungkin disebabkan daripada penggunaan pendekatan yang kurang menarik dengan sifat
semulajadi murid. Ini menyebabkan timbul rasa bosan dan seterusnya menyebabkan murid
menunjukkan sikap kurang sopan atau tidak menghormati guru semasa berada di dalam kelas.

CADANGAN MEMPERBAIKI KEADAAN

Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising dan dapat memberikan tumpuan semasa
belajar, saya akan memanggil murid yang membuat bising duduk di bahagian hadapan atau
berkongsi cerita bersama-sama rakan yang lain. Selain itu, saya juga akan memberi motivasi
dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan
oleh murid. Selepas itu, memberikan peneguhan kepada murid yang berkelakuan baik akan
diberikan bintang setiap hari juga antara salah satu cadangan yang terlintas dalam fikiran saya.

TINDAKAN AKAN DATANG

Saya akan bertindak lebih tegas terhadap murid-murid yang kerap bising dengan mengambil
tindakan-tindakan seperti menggunakan suara yang tegas serta berlakunya kontak mata yang
garang kepada murid yang bising tersebut. Saya juga akan mengenalpasti sebab atau punca
berlakunya dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai supaya emosi sebagai seorang
guru dapat dikawal dengan baik. Seterusnya saya juga akan cuba belajar menggunakan teknik
memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau lebih sehingga murid-murid mematuhi
arahan guru.
Disediakan : Disemak oleh :

…………………………………………….. ………………………………...............

(MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN ZAIDI) (PUAN FARIDAH BINTI SURATMAN)


Guru praktikum, Pensyarah penyelia praktikum
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

You might also like