You are on page 1of 5

PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL

KRS/TKRS KUBANG PASU 2022

SYARAT DAN PERATURAN

1. KATEGORI UMUR
Kategori Jantina Umur
Sekolah Rendah Lelaki Perempuan 10 – 12 tahun
Sekolah Menengah Lelaki Perempuan 13 – 18 Tahun

2. JARAK PANAHAN

Kategori “Target Shooting”


Sekolah Rendah 8 meter
Sekolah Menengah 10 meter

3. PESERTA

3.1 Peserta adalah terbuka di kalangan pelajar-pelajar sekolah di dalam daerah Kubang Pasu.

3.2 Jumlah penyertaan daripada setiap sekolah adalah sebanyak 2 orang lelaki dan 2 orang
perempuan SAHAJA.

4. PAPAN SASARAN PANAHAN

4.1 Papan sasaran yang digunakan ialah bersaiz Antara 60cm x 60cm hingga 90 cm x 90cm yang
diperbuat daripada bahan ‘PE foam’ (polyethylene) atau EVA atau campuran kedua-duanya.

4.2 Papan sasaran akan diletakkan pada kedudukan tetap. Para pemanah yang akan bergerak ke
jarak yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing.

4.3 Pertandingan akan menggunakan muka sasaran jenis “WA 80cm 10 ring target face”.

1
5. ACARA PANAHAN STATIK (TARGET SHOOTING)

5.1 Dalam acara ini, para pemanah akan memanah 6 anak panah pada jarak dan sasaran yang telah
ditetapkan.

5.2 Acara ini mempunyai 3 end. Ini bermaksud pemanah akan memanah sebanyak 6 batang anak
panah pada setiap pusingan. Keseluruhan anak panah ialah 18 batang.

5.3 Masa yang diberikan bagi setiap pusingan ialah sebanyak 1 minit. Amaran akan diberikan pada
masa 30 saat terakhir.

5.4 Hanya 6 batang anak panah sahaja yang dibenarkan untuk dibawa ke garisan memanah.
Sebarang anak panah tambahan hendaklah diletakkan di garisan menunggu.

5.5 Pemanah dikehendaki memanah dalam posisi berdiri pada belakang garisan memanah. Satu kaki
dibenarkan berada melebihi dari garisan memanah.

6. ACARA PANAHAN DINAMIK

6.1 Tiada acara panahan pantas ditawarkan untuk pertandingan kali keempat ini.

7. SPESIFIKASI BUSUR

7.1 Hanya busur tradisional yang disediakan pihak penganjur sahaja dibenarkan.

8. SPESIFIKASI ANAK PANAH

8.1 Hanya anak panah tradisional yang disediakan pihak penganjur sahaja dibenarkan.

9. PEMARKAHAN

9.1 Para pemanah hendaklah melengkapkan semua informasi pada borang pemarkahan. Juri tidak
akan bertanggungjawab atas sebarang keciciran informasi.

9.2 Pemanah hendaklah memastikan semua markah bagi setiap anak panah direkodkan oleh juri
pada borang markah sebelum menarik keluar anak panah dari papan sasaran.

9.3 Pemanah dikehendaki menurunkan tanda tangan pada borang markah bagi mengesahkan
markah yang diperolehi selepas selesai pusingan memanah bagi acara tersebut.

2
9.4 Hanya markah anak panah yang mengenai target face sahaja yang akan direkodkan markahnya.
Anak panah yang tersasar akan direkodkan sebagai ‘M’ (miss) pada borang markah.

9.5 Jika didapati bilangan anak panah seseorang pemanah pada papan sasaran melebihi syarat yang
dibenarkan, markah tertinggi anak panah pada pusingan tersebut tidak akan diambil kira. Jika
berlaku berulangan, penyertaan pemanah tersebut akan dibatalkan.

9.6 Markah anak panah akan dikira berdasarkan posisi di mana anak panah tersebut mengenai
papan sasaran. Jika anak panah mengenai garisan pembahagi dua zon markah, markah tertinggi
akan diambil kira.

9.7 Hanya markah anak panah yang mengenai dan melekat pada target face sahaja yang dikira. Jika
anak panah tidak melekat selepas mengenai target face, ianya tidak akan diambil kira. Tetapi jika
anak panah tersebut mengenai dan menembusi target face, markah terendah yang akan diambil
kira oleh juri/DOS.

9.8 Jika seseorang pemanah itu didapati menipu dan memanipulasi markah, penyertaannya akan
dibatalkan daripada pertandingan dan tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan pada siri
akan datang.

9.9 Markah bagi acara ‘target shooting’ akan dijumlahkan bagi mendapatkan keputusan markah
keseluruhan individu.

10. PAKAIAN

10.1 Tatacara pakaian akan ditentukan oleh Sekretariat KRS Kubang Pasu.

10.2 Peserta wajib memakai kasut.

11. JURI/HAKIM

11.1 Semua keputusan yang dikeluarkan hakim adalah muktamad.

11.2 Pemanah diberikan masa sebanyak 10 minit untuk menyemak semula markah keseluruhan
masing-masing selepas keputusan dikeluarkan.

11.3 Yuran sebanyak RM100 akan dikenakankan bagi sebarang bantahan terhadap markah
keseluruhan yang dikeluarkan Hakim selepas tempoh pemeriksaan semula tamat.

3
12. PERATURAN KESELAMATAN

12.1 Pemanah dikehendaki memastikan keselamatan peralatan, barangan peribadi dan sekitar
sepanjang pertandingan berlangsung.

12.2 Pemanah hendaklah mengikuti semua peraturan dan arahan daripada pegawai pertandingan
dan pegawai keselamatan.

12.3 Semua peserta tidak dibenarkan memasuki kawasan pertandingan / garisan memanah tanpa
kebenaran / keizinan daripada ‘DOS’ atau pegawai pertandingan.

12.4 Orang yang tiada kaitan dengan pemanah tidak dibenarkan berada bersama disekitar pemanah
semasa markah sedang diambil di papan sasaran. Hanya pemanah dan juri sahaja dibenarkan.

12.5 Pemanah, jurulatih atau pelawat tidak dibenarkan bergurau senda, berlari-larian atau
melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada orang-orang disekitarnya.

12.6 Pemanah tidak dibenarkan untuk melakukan teknik ‘Sky draw’, teknik ‘Side draw’ dan/atau
“not in sequence act” semasa sedang memanah sebagai langkah pencegahan bagi memastikan
anak panah tidak terlepas jauh daripada zon penampan atau membahayakan orang lain.

12.7 Sebarang cara memanah dinamik seperti melompat, berguling atau sebarang teknik memanah
yang merbahaya adalah dilarang demi keselamatan sekeliling.

12.8 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab kepada sebarang kecederaan, kehilangan atau
kemalangan yang terjadi ketika berlaku pelanggaran sebarang peraturan atau arahan yang telah
ditetapkan. Pegawai keselamatan dan pegawai perubatan disediakan jika ada sebarang masalah.

13. KEBIASAAN LAPANG SASAR

13.1 Para pemanah dikehendaki bersedia dengan sebarang arahan daripada ‘Director of Shooting
(DOS)’

13.2 ‘DOS’ akan meniupkan wisel sebagai tanda mula memanah dan berhenti memanah. Jika terjadi
sebarang masalah, tunggu arahan seterusnya daripada ‘DOS’.

13.3 Semasa berada di garisan memanah, pemanah dilarang untuk menarik tali busur sehinggalah
arahan (signal) untuk memulakan panahan diberikan.

13.4 Tiada anak panah yang dibenarkan untuk dilepaskan sebelum atau selepas ‘signal’ dibunyikan.
Jika situasi tersebut berlaku, markah tertinggi pada anak panah pusingan tersebut tidak akan
direkodkan dalam borang markah.

13.5 Pemanah yang gagal menghadirkan diri di garisan memanah atau tanpa pengetahuan ‘DOS’
semasa dipanggil tidak dibenarkan untuk mengulangi pusingan tersebut.

4
13.6. Jika anak panah terjatuh atau terlepas daripada busur dalam jangkauan 3 meter dari garisan
memanah, pemanah tersebut boleh mengutip semula jika keadaan mengizinkan dan memanah
anak panah tersebut.

13.7 Pemanah tidak dibenarkan untuk menukar kedudukan lorong memanah, giliran memanah,
kumpulan memanah dan nombor pendaftaran tanpa pengetahuan ‘DOS’. Jika berlaku seperti
itu, markah penuh pemanah akan ditolak sebanyak 10 markah.

13.8 JIka berlaku kegagalan peralatan berfungsi semasa memanah, pemanah hendaklah bergerak ke
belakang di antara garisan memanah dan garisan menunggu serta memaklumkan kepada juri
lorong untuk sebarang perubahan. Perubahan hendaklah diselesaikan sebelum tempoh
memanah tamat.

13.9 Peserta atau pelawat tidak dibenarkan untuk menyentuh peralatan pemanah-pemanah lain
tanpa keizinan pemiliknya. Sebarang kerosakan adalah tanggungjawab pelaku tersebut.

13.10 Sesi latihan rasmi akan diberikan oleh penganjur sebelum bermulanya acara sebenar.

13.11 Semasa menunggu giliran memanah, tiada siapa dibenarkan untuk melakukan latihan memanah
dimana-mana kawasan sebagai langkah keselamatan.

13.12 Pemanah dan pelawat dikehendaki mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan


menunjukkan tingkah laku yang baik sepanjang berada di kawasan pertandingan.

13.13 Merokok adalah dilarang sama sekali di kawasan pertandingan, sekolah, kantin atau kawasan
asrama. Ini kerana kawasan pertandingan ini adalah kawasan bangunan milik kerajaan.

14. KUASA PEGAWAI PERTANDINGAN

14.1 Ketua Hakim (Chief of Judge) dan DOS (Director of Shooting) merupakan pegawai pertandingan
yang diberi kuasa untuk, menghalang daripada meneruskan pertandingan dan/atau
menyingkirkan daripada pertandingan, mana-mana pemanah yang didapati melanggar mana-
mana peruntukan dalam syarat dan peraturan di atas setelah mereka berpuas hati pemanah
didapati berbuat demikian sehingga layak dikenakan tindakan tersebut.

Disediakan oleh :-

Panel Hakim & DOS Memanah Tradisonal,


Unit Pertandingan,
Kelab Memanah Darulaman.
1 Julai 2022

You might also like