You are on page 1of 1

‫ٍ سوراو المهاجرين‬

JALAN ANGGERIK 5 / 7, ZON ANGGERIK, AMANJAYA


08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN

Ruj. Kami : Dlm. SAZA / Jld.2 ( )


Tarikh : 15 Mac 2023

Kepada,

Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda,


Pejabat Rela Daerah Kuala Muda
41,Jalan Ibrahim,08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman.

Tuan,

Mohon Perkhidmatan Rela Untuk Pengawalan Waktu Solat Jumaat

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa pihak AJK Surau Al – Muhajirin telah
bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan Rela untuk mengawal lalu lintas dan keselamatan
kenderaan yang datang untuk solat jumaat di surau ini.

3. Kawalan ini bermula jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Kawalan ini adalah
untuk mengelak kesesakan jemaah yang membawa kenderaan untuk solat Jumaat. Semua
bayaran elaun akan dibayar oleh pihak surau.

4. Pertimbangan dan kerjasama dari pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih

Sekian, terima kasih.

” BERSAMA MENGIMARAHKAN SURAU ”


"‫"برسام مغامارهكن سوراو‬
Yang menjalankan tugas,

..............................................
MD BAKRI BIN ABDULLAH
Setiausaha
Surau AlMuhajirin Zon Anggerik
Amanjaya 08000 Sungai Petani,
Kedah Darulaman

You might also like