You are on page 1of 1

LATIHAN SEJARAH TAHUN 5

ARAHAN: BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL.

1) Maksud waadat ialah.....


A pelaksanaan
B pengorbanan
C perjanjian
D persefahaman

2) Jika rakyat berjanji untuk memberikan taat setia, Raja pula berjanji untuk.....
A memerintah dengan adil dan saksama
B memerintah dengan kejam dan tidak bertimbangrasa
C memerintah dengan mengikut adat istiadat
D memerintah dengan campur tangan pihak lain

3) Prinsip Rukun Negara yang sama dengan konsep waadat ialah..


A Kepercayaan kepada Tuhan
B Kesetiaan kepada Raja dan Negara
C Keluhuran perlembagaan
D Kedaulatan undang-undang

4) Apakah maksud daulat?


A Lambang kekuasaan tertinggi raja atau sultan terhadap keluarganya
B Lambang kekuasaan tertinggi raja atau sultan terhadap hartanya
C Lambang kekuasaan tertinggi raja atau sultan terhadap dirinya
D Lambang kekuasaan tertinggi raja atau sultan terhadap kerajaannya

5) Sultan yang berdaulat mempunyai sifat berikut kecuali


A Berwibawa
B Peribadi yang unggul
C Bijaksana dalam memerintah
D Mengutamakan kepentingan diri

6) Berdasarkan contoh berikut, yang manakah menerangkan maksud derhaka terhadap


sultan?
A Tidak mahu pergi berperang melawan musuh walaupun telah diperintah oleh sultan
B Membayar cukai kepada negara untuk membangunkan negara
C Berkhidmat dengan ikhlas untuk membangunkan ekonomi negara
D Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh sultan dan pembesar istana

7) Apakah balasan yang bakal diterima oleh rakyat yang menderhaka kepada perintah
sultan?
A Dianugerahkan darjah kebesaran
B Dikurniakan wang saguhati
C Diberikan jawatan yang tinggi
D Dikenakan hukuman yang setimpal

8) Apakah kepentingan raja yang berdaulat?


A Keadaan negara tidak aman
B Kesejahteraan negara terpelihara
C Rakyat sentiasa ditindas
D Kekayaan negara tidak dibahagi sama rata

You might also like