You are on page 1of 11

SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (1103/2)


Bahagian C
Soalan 9:Rumusan
(30 markah]
Panduan Umum Rumusan
1. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan atau lebih
daripada sumber yang berbeza.
2. Bahan rumusan ialah petikan, bahan puisi, petikan prosa, grafik, iklan, brosur,
kenpen, statistik, jadual dan sebagainya.
3. Sumber bahan rumusan berbeza sama ada daripada bahan bercetak seperti
makalah, majalah, jurnal, surat khabar atau bahan daripada internet.
4. Walaupun bahan rumusan dan sumbernya berbeza, tetapi mempunyai tema
yang sama.
5. Petikan rumusan berdasarkan bahan sumber yang mempunyai tidak kurang
daripada DUA fokus atau lebih.
6. Tugasan rumusan tidak dinyatakan dalam arahan soalan. Tugasan rumusan
bergantung kepada fokus yang dinyatakan dalam bahan.
7. Calon perlu mengenal pasti SEMUA fokus yang terdapat dalam semua bahan
(Bahan 1 dan Bahan 2).
8. Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap (isi wajib diambil daripada setiap
bahan dan menyentuh setiap fokus).
9. Rumusan tidak boleh melebihi 120 patah perkataan.
10.Kesimpulan rumusan perlu berdasarkan tema bahan.
11.Jawapan dalam bentuk esei (tidak ditetapkan jumlah perenggan)
12.Pembinaan item/soalan berdasarkan DSKP

Standard Kandungan
3.2 Menulis untuk mengemukakan maklumat tentang sesuatu perkara.
3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk
penulisan
dan grafik.
Standard Pembelajaran
3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasiberdasarkan penilaian sesuatu perkara
dengan menggunakan ayat gramatis.
3.5.1 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada
pelbagai bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan
dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai.
3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada
pelbagai
sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan
menggunakan
ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Agihan Markah lsi


DESKRIPSI MARKAH
Pendahuluan 02 markah
Isi (8 isi) 16 markah
SOALAN9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

Kesimpulan 02 markah
Jumlah 20 markah

Panduan pemarkahan/pengiraan isi - 2FOKUS


Bilangan isi dalam Bilangan isi calon Bilangan isi diterima
bahan
Bahan 1: Petikan
Fokus 1 (Punca-7 6 4/6
isi)
Fokus 2 (Kesan -4 4 3/4
isi)
Bahan 2: Grafik
Fokus 1 (Punca - 4 2 1/2
isi)
Jumlah isi 8

Panduan pemarkahan/pengiraan isi - 3FOKUS


Bilangan isi dalam Bilangan isi calon Bilangan isi diterima
bahan
Bahan 1 :Petikan
Fokus 1 (Punca -7 isi) 6 4/5
Fokus 2(Kesan - 4isi) 1 1
Bahan 2: Grafik
Fokus 1(Punca - 4isi) 1 1
Bahan 3 : Poster
Fokus 3 (Langkah - 2 2 2/1
is)
Jumlah isi
Agihan Markah Bahasa
1. Secara umumnya, markah bahasa dinilai secara holistik iaitu berdasarkan
penggunaan bahasa oleh pelajar/calon dan tidak bergantung kepada markah isi
yang diperoleh calon.
2. Jumlah markah bahasa, maksimum 10 markah.
3. Kaedah pemarkahan bahasa berdasarkan jadual:
PERINGKAT MARKAH
CEMERLANG 08-10 markah
BAIK 05-07 markah
SEDERHANA 03-04 markah
LEMAH 01- 02 markah
SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

CONTOH SOALAN RUMUSAN SPM KSSM

BAHAN 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Setiap tahun Malaysia meraikan HariKebangsaan. Diam tidak diam, sudah lebih
separuh abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin
tahunan, menjelang sahaja bulan Ogos atau juga dikenali sebagai bulan kebangsaan,
agensi atau kementerian yang berkenaan akan mula menjalankan Kempen Kibarkan
Jalur Gemilang sebagai usaha untuk meningkatkan semangat patriotik. Program
program yang bercorak kenegaraan seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik dan
pementasan teater drama juga dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), pihak
sekolah dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara
sampai kepada golongan sasaran. Namun, program-program tersebut kurang berjaya
dalam mencapai matlamatnya kerana kurangnya penghayatan para remaja dalam
aktiviti bercorak kemerdekaan tersebut.
Perkara yang menjadi kebimbangan banyak pihak ialah generasi muda tidak
mengambil endah tentang hari kebangsaan. Mereka sewajarnya menghayati erti
kemerdekaan dengan mendalam. Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab,
mereka berperanan untuk membina kejayaan negara iaitu sanggup bekerja keras demi
negara. Mereka juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini
demikian kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha
membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju menjelang 2020.
Tanggungjawab lain yang perlu dilakukan oleh generasi muda ialah mereka
perlu membantu pihak kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
Hal ini dikatakan demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara daripada
serangan musuh sama ada berbentuk fizikal atau psikologi. Tambahan pula, tugas
generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep
keadilan dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati kemakmuran
dan kemajuan bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan mengisi
perjuangan kemerdekaan hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus
diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa
kedua 58 tahun kemerdekaan memerlukan komitmen semua pihak terutamanya
generasi muda.
Dipetik dan diubah suai daripada
'Di manakah Semangat Patriotisme Kita'
Dewan Siswa, Ogos 2015
SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

BAHAN 2

KEBANGSA A"
2019
06OS Sayangi
anca an Bulan Katbangsaan
2019| Dalaran Paiama
HA KEBANGSAAN 2019
WAkutu Malaysiaku
Meiaka
MalaysiaBersih
#sayangimalaysiaku #malaysiabersih #kemakmuranbersama #kitamalaysia
G69 wwwooMGOVMY f KEMENTERIANKDMUNIKASIDAMULTIMEDA 8KkmoV

CS Scanned nith CamScanner

Jadual 1 : Kaedah menyusun isi berdasarkan baharn


Bahan 1: Petikan
Fokus 1 Fokus 2
Usaha meningkatkan semangat Tanggungjawab /peranan / tugas
generasi muda
patriotisme generasi muda

1. Kempen kibarkan Jalur Gemilang 1. Membina kejayaan negara

2. Program yang bercorak 2. Mementingkan kecemerlangan


kenegaraan seperti pertandingan dalam pendidikan
nyanyian lagu patriotik dan
pementasan teater drama juga 3. Membantu pihak kerajaan bagi
SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

dianjurkan oleh badan bukan mengekalkan keamanan dan


kerajaan (NGO), pihak sekolah kestabilan negara
dan agensi-agensikerajaan
4. Memastikan Malaysia akan terus
berpegang pada konsep keadilan
dan kesaksamaan.

5. Mengisi perjuangan
kemerdekaan

6. Memastikan prisip demokrasi


akan terus diamalkan oleh setiap
rakyat di negara ini.
Bahan 2: Grafik/Poster
Fokus
Usaha meningkatkan semangat patriotisme generasi muda
Hanya ada 1fokus sahaja
1. Pelan caran Bulan Kebangsaan

2. Menyambut Hari Kebangsaan


3. Menyambut Hari Malaysia
4. Menghayati tema Hari Kebangsaan

Teknik Menulis Rumusan

A: Teknik menghasilkan pendahuluan


1. Pendahuluan 2 fokus : Rumusan membincangkan fokus 1dan fokus 2+tema
2. Pendahuluan 3 fokus : Rumusan membincangkan fokus1 fokus 2dan fokus 3
+ tema

B: Teknik menghasilkan perenggan isi


1. lsi 2 fokus : Mulakan dengan [fokus 1 + tema + isi bahan 1 dan/atau isi bahan 2]
+ [fokus 2 + tema+ isi bahan 1 dan/atau bahan 2)
2. Isi3 fokus: Mulakan dengan [fokus 1 + tema + isi bahan 1 + dan/atau bahan 2 +t
dan/atau bahan 3] + (fokus 2 + tema + bahan 1+ dan/atau bahan 2 + dan/atau
bahan 3]

C: Teknik menghasilkan perenggan kesimpulan


SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

1. Terdiri daripada tema, cadangan, kesan.


2. 1 ayat sahaja

D: Penulisan rumusan yang lengkap.


Contoh 1:

Rumusan membincangkan usaha-usaha meningkatkan semangat patriotisme


generasi muda dan tanggungjawab generasi muda untuk meningkatkannya.
Usaha meningkatkan semangat patriotisme generasi muda ialah agensi atau
kementerian yang berkenaan akan mula menjalankan Kempen Kibarkan Jalur
Gemilang. Selain itu, program-program yang bercorak kenegaraan juga dianjurkan oleh
badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan agensi-agensi kerajaan. Antara usaha
lain adalah dengan menyambut Hari Malaysia dan menghayati tema Hari Kebangsaan.
Tanggungjawab generasi muda adalah dengan menghayati erti kemerdekaan
dengan mendalam. Selain itu, mereka berperanan untuk nmembina kejayaan negara dan
juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Seterusnya, mereka perlu
membantupihak kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
Kesimpulannya, semangat patriotisme perlu diberikan perhatian oleh semua
pihak terutarmanya generasi muda agar perpaduan rakyat terus dapat diperkukuh.
(116 patah perkataan)

Contoh 2:

Rumusan membincangkan usaha-usaha meningkatkan semangat patriotisme


generasi muda dan tanggungjawab generasi muda.
Usaha meningkatkan semangat patriotisme generasi muda ialah agensi atau
kementerian yang berkenaan akan mula menjalankan Kempen Kibarkan Jalur
Gemilang. Selain itu, program-progranm yang bercorak kenegaraan juga dianjurkan oleh
badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan agensiagensi kerajaan. Usaha lain
meningkatkan semangat patriotisme generasi muda adalah dengan Pelancaran Bulan
Kebangsaan dan menyambut Hari Malaysia di samping sambutan Hari Kebangs aan
serta menghayati tema Hari Kebangsaan.
Tanggungjawab generasi muda adalah dengan menghayati erti kemerdekaan
dengan mendalam. Selain itu, mereka berperanan untuk membina kejayaan negara dan
juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan.
SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

Kesimpulannya, semua pihak terutamanya generasi muda perlu menyemai


semangat patriotik agar perpaduan rakyat terus dapat diperkukuh
(117 patah perkataan)

Contoh ayat kesimpulan yang diterima


1. Kesimpulannya, generasi muda haruslah menyemai semangat patriotisme
dalam diri agar dapat melahirkan pemimpin yang mengutamakan keamanan
n e g a r a

2. Kesimpulannya, semangat patriotisme dalam diri generasi muda perlu


diperkukuh supaya perpaduan negara lebih terjamin
3. Kesimpulannya, semua pihak perlulah berganding bahu memupuk semangat
patriotisme dalam diri generasi muda agar perpaduan berkekalan.
LATIHAN 1- Tema Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
BAHAN 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Patriotisme bukan sekadar semangat tetapi sesuatu yang melibatkan soal
keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri, dan
kedaulatan. Sejak dahulu lagi, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memupuk
semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Antaranya termasuklah mengingatkan
muda-mudi tentang detik bersejarah yang dilalui oleh negara sejak prakemerdekaan
dan pascakemerdekaan hingga sekarang. Pejuang tanah air sanggup menggadaikan
harta benda dan jiwa raga mereka semata-mata mahu memastikan tanah air bebas
daripada cengkaman penjajah. Mereka telah mengaut hasil bumi Tanah Melayu
selama 446 tahun. Maka, sewajarnyalah generasi pelapis disedarkan tentang erti
kemerdekaan yang sebenarnya, menikmati nilai kemerdekaan, dan menjiwai
pengorbanan pejuang kemerdekaan.
Penjajahan kuasa-kuasa asing di negara kita berlangsung dalam tempoh yang
panjang. Keadaan ini disebabkan tiada wira yang benar-benar berketerampilan untuk
menuntut kemerdekaan tanah air pada ketika itu. Perpecahan dalam kalangan
pembesar Melayu dan perebutan kuasa juga memberikan ruang kepada penjajah untuk
terus menunjukkan taring di negara ita. Kemerdekaan negara yang dicapai pada
tarikh keramat, 31 Ogos 1957 juga dilalui dengan penuh dugaan. Antara dugaan
terhebat dalam perjalanan ke arah pembebasan tanah air termasuklah peristiwa
darurat kesan daripada pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap
pentadbiran British diTanah Melayu. Darurat hampir meragut peluang negara ini untuk
mengecapi kemerdekaan. Usaha membentuk perpaduan kaum benar-benar teruji
semasa revolusi bersenjata PKM ini berlangsung. Banyak penderitaan dan kerugian
harta benda yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Pada awal kemerdekaan negara, perpaduan antara kaum terlalu lemah. Hal ini
berpunca daripada sistem pentadbiran pihak penjajah. Rakyat pula diasingkan
mengikut bidang pekerjaan, pelajaran, dan taraf hidup sehingga menimbulkan isu
perkauman. Selepas mencapai kemerdekaan, cabaran pemerintahan negara terletak
SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

sepenuhnya di tangan pemimpin dan rakyat. Segala-galanya dilakukan dalam serba


kekurangan sementelah ekonomi dan sistem pemerintahan masih dikuasaioleh bekas
penjajah. Kekayaan hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi, dan arang pula
diagihkan tidak sama rata antara kaum. Jelaslah bahawa semangat patriotik
merupakan nadi kepada kebebasan, kemerdekaan, kestabilan, dan kemajuan sesebuah
negara.

Dipetik dan diubah suai daripada


"Kemerdekaan Negara Tempuh
Pelbagai Cabaran Utusan Borneo
Online, 6 Ogos 2018

Bahan 2

57
TANGA

Peranan Media Massa Peranan Ibu Bapa

USAHA MEMUPUK
SEMANGAT PATRIOTIK

UTAN HHARI K MERDERAAN

SMK Pandan
5MK Panaan HARI KESANGSAAN 2020
Taah:1Sentember 2024
MA00 pagi
Dataran Harmoni
SELAMAT
MENYAMBUT
HARIKEMERDEKAAN
Peranan Sekolah Peranan Kerajaan

Jadual 1 :Kaedah menyusun isi berdasarkan bahan


Bahan 1 ::Petikan
Fokus 1 Fokus 2
Usaha memupuk semangat patriotik Cabaran yang dihadapi untuk mencapai
dalam kalangan rakyat kemerdekaan
SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

1 1
2
3. 2.

5.

Bahan 2: Grafik
Fokus 1
Usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat
Hanya ada 1 fokus sahaja
1.

LATIHAN2- Sains, Teknologi dan Inovasi


BAHAN 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Isu kebocoran data menunjukkan peningkatan mendadak pada setiap tahun.
Situasi yang sedang membimbangkan ini memerlukan kesedaran awam terhadap
kepentingan aspek keselamatan siber. Orang ramai perlu bijak melindungi data
peribadi supaya 'nasi tidak menjadi bubur' dan akan mengganggu gugat kehidupan
mereka kelak. Selain itu, pengguna Internet dinasihatkan agar menukar kata laluan
dengan segera jika mengesyaki kata laluan telah diketahui atau akaun telah diceroboh.
Kata laluan merupakan hak milik individu yang tidak didedahkan kepada pihak lain
dengan sengaja atau tanpa sengaja. Pastikan kata laluan yang berbeza digunakan
untuk sistem yang berlainan. Contohnya, tidak menggunakan kata laluan yang sama
untuk akaun e-mel dan perbankan Internet.
SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

Ketika Internet menjadi medium utama untuk tujuan hiburan, kewangan, dan
pendidikan kebarangkalian untuk berdepan dengan pencerobohan rahsia juga amat
tinggi. Kelemahan sistem keselamatan data ini akan memudahkan penjenayah siber
untuk membuat pintasan terhadap rangkaian komputer dan seterusnya mencuri
maklumat peribadi yang berharga. Kecurian identiti boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja tanpa mengira faktor usia dan jantina. Sesetengah laman web pula
mengkehendaki pengguna mengisi butiran diri sebelum dibenarkan menggunakan
perkhidmatan mereka. Antaranya termasuklah nama, alamat rumah, nombor telefon,
alamat e-mel, aras gaji, minat, dan sebagainya. Malangnya data tersebut sampai ke
tangan penceroboh. Penjenayah siber akan melakukan kegiatan penyamaran sebagai
individu tertentu untuk mengaut keuntungan atas angin.
Pemalsuan dan penyamaran identiti yang banyak dilakukan dalam
penghantaran mesej melalui e-mel termasuk penyalahgunaan identiti, pencurian
maklumat, dan penipuan. Lebih malang lagi apabila penjenayah siber membangunkan
sesuatu identiti untuk melakukan pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi sama ada
secara sah atau secara tidak sah di sisi perundangan Malaysia. Apabila butiran
peribadi pengguna dieksploitasikan akibat kecurian identiti, situasi ini dapat
menjejaskan hidup mangsa sehingga menyebabkannya mengalami tekanan perasaan.
Atas faktor kelemahan itu, penjenayah siber memiliki kebebasan untuk melakukan
aktiviti licik mereka sepertimenyebarkan virus, menggodam, dan mencuri data untuk
tujuan risikan perniagaan atau urus tadbir kerajaan. kesimpulannya, Internet haruslah
digunakan secara selamat supaya masyarakat tidak menjadi mangsa penjenayah sibe.
Dipetik dan diubah suai daripada
Jenayah Siber di Malaysia Bagaikan
Belum Reda' oleh Dr. Abu Hanifah Ayob,
Berita Harian, 24 Janiuari 2019

Bahan 2
SOALAN 9: RUMUSAN (BAHAGIAN C) KSS SPM

ISU KEBOCORAN DATA


R
MEMBIMBANGKAN
Menurut data Pusat Bantuan Cyber999, CyberSecurity Malaysia,
kes kebocoran data melibatkan pengguna Internet kian meningkat
AINLAN KES

LANGKAHLANGKAH KESELAMATAN DATA


178
PENYULITAN E-MEL
DUA PENGESAHAN
BANK
KATA LALUAN
63 Menoemas kini dan
engemas membaikd plug-in yang
Menogunakan pertindungan antvirus dan
antipencerobohan
Memastkan konfiqurasi sistemkomputer
sentiasa dkemaskinikan mengikut keadaan
keselamatan semasa

Jadual 1:Kaedah menyusun isi berdasarkan bahan


Bahan 1 : Petikan

1 1
2
3 2

6.

Bahan 2:Grafik

1.

You might also like