You are on page 1of 48

PBL 1033

DIALEKTOLOGI

UNIT 2: ILMU PENYEBARAN


DIALEK
1
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
 Unit ini akan memfokus kepada;

1. Sejarah penyebaran dialek


2. Kaedah ilmu penyebaran dialek.

2
HASIL PEMBELAJARAN
 Pada akhir unit ini pelajar berupaya:

1. Mengetahui tentang ilmu penyebaran dialek


khususnya dari segi sejarah penyebarannya.
2. Mengetahui kaedah-kaedah atau metodologi
yang digunakan dalam memaparkan penyebaran
dialek.

3
SEJARAH PENYEBARAN DIALEK
 Di Perancis pembahagian utama dialek yang
membezakan kawasan utara dan selatan negara itu
telah dibayangkan semenjak tahun 1284 lagi oleh
seorang penyair, Bernat d’ Auriac yang telah
mencipta istilah langue d’oil dan langue d’oc, iaitu
daripada perkataan untuk ‘ya’ yang digunakan di
utara dan selatan Perancis.
 Di England pada tahun 1387 Trevisa telah membuat
kenyataan (dalam bentuk bahasa lebih moden)
‘orang-orang di timur dan barat yang tinggal di
tengah-tengah England iaitu Mercia (border
people) kerana mereka tinggal di antara sempadan
utara dan selatan, dapat memahami bahasa-bahasa
orang yang tinggal di sempadan utara dan selatan,
lebih daripada pemahaman antara orang-orang yang
tinggal di utara atau di selatan. 4
PETA KEDUDUKAN - MERCIA

Sumber: independentmercia.org
6
PETA KELANTAN

7
SAMB.
 Pendapat Trevisa tentang kontinum
dialek telah disokong oleh kajian-kajian
sistematis yang telah dimulakan lebih
lima abad selepas Trevisa membuat
kenyataan ini.
 Kajian pertama yang dapat dianggap
sebagai kajian dialek geografi ialah kajian
yang dilakukan oleh Georg Wenker di
Jerman pada tahun 1876 (rujuk unit 1 –
slaid 25) yang telah menghasilkan atlas
bahasa Sprachatlas des Deutschen Reichs.
Setelah kejayaannya, Wenker
meneruskan projek dialektologi ini yang
mengambil masa 40 tahun untuk
menerbitkan jilid pertama atlas bahasa
Jerman (Deutsher Sprachatlas).
Penyuntingan jilid ini dikelolakan oleh
Ferdinand Wrede berasaskan sebahagian
besar maklumat-maklumat yang 8
dikumpul oleh Wenker.
SAMB.
 Pada tahun 1934 W. Mitzka telah menambah
data Wenker (yang dikatakan sedikit) dengan
mengirimkan satu senarai yang mengandungi
lebih kurang 200 item leksikal dalam bahasa
Jerman standard kepada 50 ribu buah sekolah
dan meminta guru-guru memberikan padanan-
padanan dalam dialek tempatan.
 Di Denmark, perkembangan dialek ini
diteruskan oleh Marius Kristensen, hasil-hasil
kajiannya telah diterbitkan dalam 15 tahun
selepas projek ini dimulakan iaitu bermula
tahun 1898 dan selesai 1912. 9
10
SAMB.
 Perkembangan dialektologi ini memperlihatkan
perubahan daripada amalan menghantar soal selidik
secara pos kepada menghantar pemerhati-pemerhati
terlatih ke lapangan. Pemerhati-pemerhati ini
menjalankan temu bual dan merakamkan data-data
dalam bentuk catatan fonetik yang tekal.
 Satu kajian terkenal yang menggunakan kaedah soal
selidik pos ialah kajian Dialek Scots. Kajian ini
dimulakan pada tahun 1952 bawah arahan Angus
Mc Intosh. Fasa pertama soal selidik dihantar
secara pos ke semua sekolah di Scotland. Pada
peringkat awal kaedah pos amat signifikan dan
peruntukan menggunakan kaedah-kaedah lain untuk
menyempurnakan lagi penyelidikan ini telah
dirancang semenjak projek ini berada pada tahap
permulaan. 11
12
SAMB.
 Penggunaan petugas lapangan yang terlatih untuk
mengumpulkan data bermula dalam satu kajian
bahasa yang dilakukan di Perancis pada tahun 1896.
 Penyunting kajian ini Jules Gillieron, secara sedar
telah berusaha membaiki kaedah yang diperkenalkan
oleh Wenker. Beliau telah menyediakan soal selidik
yang memisahkan terlebih dahulu item-item yang
hendak dikutip mengandungi lebih kurang seribu
lima ratus perkataan.
 Gillieron kemudiannya memilih seorang petugas
lapangan iaitu Edmond Edmont untuk mencatat
jawapan soal selidik yang ditemu bual. Edmond
Edmont ini menjadi terkenal dalam kalangan ahli
dialektologi. 13
SAMB.
 Edmond seorang pekedai runcit dipilih
kerana ketajaman pendengarannya.
Beliau dilatih menggunakan catatan
fonetik secara tekal.
 Tahun 1886 hingga 1900 Edmond telah
berbasikal ke seluruh Perancis, memilih
informan dan menjalankan temu bual.
Apabila selesai Edmond telah berjaya
mencatatkan hasil tidak kurang daripada
700 temu bual di 639 tempat berlainan.
Informan yang dipilih tidak dapat
dipastikan sama ada merupakan satu
kumpulan sosial yang agak homogen
secara sengaja atau tidak.
 Melalui 700 orang informan yang ditemu
bual, hanya 60 orang terdiri daripada
wanita dan 200 orang boleh dikatakan
berpendidikan lebih daripada tahap
pendidikan yang lazim dalam masyarakat 14
desa di Perancis ketika itu.
SAMB.
 Data-data yang dikumpul oleh Edmond telah
dihantar kepada Gillieron dan pembantu-
pembantunya dari semasa ke semasa dan telah
dimasukkan dalam analisis mereka. Dengan
menggunakan kaedah ini hasil penyelidikan
mereka dapat diterbitkan dengan segera.
 Naskhah yang pertama telah diterbitkan pada
tahun 1902 dan yang terakhir iaitu yang ke-13
pada tahun 1910.
 Kajian lapangan oleh Gillieron untuk bahasa
Perancis telah menghasilkan mutu yang tinggi
disebabkan oleh kecermatan projek ini
dikendalikan. 15
SAMB.
 Pengaruh Gillieron telah diikuti oleh dua orang
bekas pelajarnya iaitu Karl Jaberg dan Jakob
Jud untuk dialek-dialek Itali di Itali dan Selatan
Switzerland.
 Pada tahun 1931, iaitu apabila beberapa jilid
awal yang berjudul Sprachund Sachatlas des
Italiens und der Sudschweiz baru sahaja
diterbitkan (jilid terakhir diterbitkan pada tahun
1940) Jakob Jud dan Paul Scheurmeier iaitu
salah seorang petugas lapangan projek Itali ini
telah tiba di Amerika Syarikat untuk melatih
petugas lapangan yang hendak menjalankan
Peta Bahasa untuk Amerika Syarikat dan 16
Kanada yang baru dimulakan ketika itu.
17
SAMB.
 Hubungan yang sama, dalam bentuk peribadi dan
perundingan profesional secara langsung atau tidak
langsung telah menghubungkan Gillieron dengan
kajian dialek kebangsaan yang telah dilakukan di
Sepanyol, Romania dan England termasuk beberapa
wilayah di Eropah.
 Projek peta dialek Amerika Syarikat dan Kanada
telah mendapat dana pada tahun 1930 dan pada
tahun berikutnya projek mula dijalankan dengan
melatih petugas lapangan.
 Amerika Utara mempunyai kawasan yang luas untuk
menyenangkan kerja-kerja lapangan kawasan ini
dibahagikan kepada unit-unit wilayah. Kajian ini
disifatkan sebagai satu projek yang tersendiri dan
masing-masing mempunyai pengarah dan petugas
lapangannya. 18
SAMB.
 Sebuah pusat telah ditubuhkan menyelaras
setiap kajian di setiap wilayah bagi memastikan
hasil kajian lapangan dapat dibandingkan.
 Kerja-kerja menyelaras dikendalikan oleh Hans
Kurath yang juga dilantik menjadi pengarah
bagi wilayah pertama dikaji iaitu New England.
 Hasil daripada projek ini terhasil Peta Bahasa
New England yang diterbitkan antara tahun
1939-43 yang terdiri daripada tiga jilid tebal
yang mengandungi peta-peta dialek, di samping
sebuah buku penerangan yang memuatkan
perbincangan dan penjelasan tentang peta-peta
dialek yang dihasilkan itu. 19
SAMB.
 Kajian lapangan kedua dilakukan di negeri-negeri
sepanjang pantai Atlantik, di bahagian Selatan New
England iaitu satu kawasan kependudukan yang
sudah stabil walaupun kurang padat.
 Kajian lapangan ini telah dimulakan sebaik-baik
sahaja kerja lapangan diselesaikan di New England
dan telah berjalan lancar walaupun terganggu
disebabkan Perang Dunia Kedua dan juga kematian
petugas lapangan yang terpenting iaitu Guy S.
Loman, Jr. yang juga petugas lapangan terpenting
bagi projek di New England.
 Hasil projek telah diterbitkan dalam tiga buah jilid
dan jadual penerbitan yang panjang ini merakamkan
masalah praktis dan kewangan dan juga persoalan 20
kemerosotan semangat asal yang telah berlaku.
21
PETA NEW ENGLAND

22
SAMB.
 Sebuah penerbitan yang berjudul Word Geography of the
Eastern United States telah dihasilkan oleh Kurath telah
diterbitkan pada tahun 1949 dan tidak lama selepas itu, pada
tahun 1953, E. Bagby Atwood telah menerbitkan A Survey of
Verb Forms in the Eastern United States.
 Seterusnya pada tahun 1961 jilid seterusnya oleh Kurath dan
Raven I. Mc David, Jr iaitu Pronunciation of English in the
Atlantic States telah diterbitkan.
 Di wilayah-wilayah lain kajian-kajian yang dilaksanakan
dahulu tidak dapat diselesaikan dan ditinggalkan sahaja.
Temu bual telah dijalankan hampir di kesemua kawasan
(hasil-hasil kajian lapangan ini kini tersimpan di Universiti
Michigan). Kerja-kerja menganalisis data-data ini masih
diteruskan, setengah-setengah data digunakan untuk rencana
dalam jurnal atau tesis akademik tetapi penerbitan-
penerbitan daripada projek asal yang besar itu tidak lagi
diterbitkan kecuali satu usaha besar iaitu The Linguistic
Atlas of the Upper Midwest yang diterbitkan pada tahun 1973-
1976 dalam tiga jilid. 23
SAMB.
 Hasil penerbitan ini memperlihatkan tahap usaha
dan kesungguhan menentukan kejayaan sesebuah
penyelidikan. Terhasilnya penerbitan ini berikutan
hasil usaha berterusan oleh Harold B. Allen iaitu
pengarah projek lapangan pada peringkat awal
projek di Amerika dan Kanada itu dimulakan tahun
1930.
 Harold telah menjalankan hampir separuh daripada
temu bual di bahagian utara Midwest yang
dianalisis dan disusunnya dengan rapi. Beliau
jugalah yang menguruskan penerbitan hasil-hasil
kajian tersebut melalui universitinya.
 Masalah yang paling serius semasa projek dijalankan
ialah minat generasi muda tidak mendalam terhadap 24
ilmu penyebaran dialek tradisi.
PETA MIDWEST

25
SAMB.
 Satu projek telah berjaya diusahakan dalam tempoh
projek di Amerika dimulakan iaitu The Survey of
English Dialect (SED) telah dirancang oleh Eugen
Dieth dari Zurich dan Harold Orton dari Leeds.
 Projek ini dilancarkan pada tahun 1948 dan
diterbitkan pada tahun 1962 dan 1978 dalam
beberapa jilid iaitu Basic Material (Bahan Asas)
dihasilkan dalam empat jilid, The Phonological Atlas
of the Northern Region (1964) dihasilkan oleh
Edouard Kolb (yang mengambil alih tugas Dieth
selepas kematiannya), A Word Geography of England
(1974) oleh Nathalia Wright, The Linguistic Atlas of
England (1978) oleh Orton, Stewart Sanderson dan 26
John Widdowson.
SAMB.
 Kegiatan-kegiatan ilmu penyebaran dialek
mengalami kemerosotan semenjak pertengahan abad
ke-20.
 Namun, terdapat dua projek yang telah berkembang
menghasilkan terbitan bermakna masa kini salah
satunya The American Survey (dalam tahap
pelaksanaan) dan The Survey of Scottish Dialects
yang dimulakan pada tahun 1952.
 Perkembangan bidang dialek mula berkembang dan
mengalami perubahan dan tumpuan ke arah aspek
yang baharu iaitu dialektologi bandar (urban
dialectology) dan bukan lagi tertumpu kepada
penyebaran dialek di kawasan pedalaman. 27
KAEDAH/METODOLOGI DIALEK
GEOGRAFI
 Kaedah kerja lapangan kajian dialek geografi
lebih tertumpu kepada soal selidik, pemilihan
informan dan pemetaan (Chambers & Trudgill,
1990).
 Kajian lapangan yang dilaksanakan perlu
menitikberatkan aspek pengkaji dan informan
agar sesuatu kajian lapangan itu berjaya
memperoleh data bahasa yang boleh dipercayai
dan bersifat deskriptif.
 Kajian deskriptif ialah kajian yang
memaparkan atau menghuraikan data bahasa
seadanya yang diperoleh secara langsung
daripada informan yang dikaji. 28
SAMB.
 Kajian preskriptif/normatif ialah kajian yang
bersifat menentukan data bahasa sebagaimana
seharusnya.
 Dalam kajian lapangan terdapat prosedur atau
langkah yang perlu diperhalusi agar sesuatu
kajian yang dijalankan berjaya mencapai objektif
yang telah ditetapkan.

29
PROSES KAJIAN DIALEK GEOGRAFI
Proses Langkah

1. Menyatakan tujuan kajian Menyenaraikan tujuan kajian dan seterusnya membina


soalan kajian yang berkaitan
2. Kenal pasti sumber yang diperlukan Sumber untuk pembinaan instrumen, pengumpulan data
dan analisis data dikenal pasti, sumber kewangan juga
diambil kira
3. Kenal pasti populasi sasaran Kenal pasti ciri-ciri populasi dan seterusnya memilih
sampel
4. Menentukan saiz sampel Menentukan bilangan subjek sampel kajian

5. Menentukan kaedah kajian tinjauan Pilih kaedah yang sesuai mengikut kemampuan, kaedah
tinjauan termasuk penggunaan soal selidik, rakaman,
temu bual
*sampel bilangan besar penggunaan soal selidik dan
rakaman lebih sesuai
6. Menyediakan instrumen kajian Instrumen kajian dibina berdasarkan soalan kajian

7. Menganalisis data kajian Data kajian perlu dianalisis dengan ujian statistik yang
sesuai
8. Mengeneralisasikan hasil kajian Keputusan/dapatan/hasil kajian digeneralisasikan ke 30
atas populasi kajian.

SUMBER: ASMAH HJ OMAR (2001)


KAEDAH-KAEDAH ILMU
PENYEBARAN DIALEK
 Soal Selidik
 Temu bual dengan informan dilakukan oleh
petugas lapangan bagi sesuatu kajian mengikut
garis-garis panduan yang ditentukan oleh bentuk
soal selidik itu sendiri.
 Maka, soal selidik dapat dijalankan oleh petugas
lapangan yang lain dalam keadaan yang
berbeza-beza, tetapi tetap mengutip data asas
yang hampir umum sifatnya. Kelebihan yang
diperoleh dalam menggunakan kaedah soal
selidik ialah ia dapat meyakinkan kita bahawa
hasil soal selidik itu sama sahaja keadaannya. 31
SAMB.
 Soal selidik boleh dilakukan sama ada secara
langsung atau tidak langsung.
 (a)Kaedah soal selidik secara langsung ialah
kajian yang dilakukan oleh Edmond Edmont dengan
menggunakan soal selidik yang dibina oleh Gillieron
yang hanya mengandungi lebih kurang 1500 item.
Antara soalan yang dikemukakan ialah “Apakah
perkataan yang kamu gunakan untuk ‘cawan’?” atau
“Bagaimana kamu menyebut lima puluh?”.
 (b)Kaedah tanya terus ialah informan disoal dalam
bahasa sasaran dan diminta untuk memberikan
ragam-ragam tempatan bagi perkataan-perkataan
tertentu dalam bahasa yang dikaji. Contoh: Pintu
dalam Dialek Melayu Sarawak (DMS) apa?. Contoh
lain ialah soal selidik oleh Wenker yang dikendalikan
secara pos, responsnya ditulis oleh informan dan 32
bukannya dibuat secara lisan.
SAMB.
 (c)Kaedah pertanyaan tidak langsung
merupakan cara untuk menggalakkan informan
menghasilkan respons natural atau spontan.
Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Jaberg dan
Jud dalam kajian mereka di kawasan-kawasan
penduduknya berbahasa Itali. Contoh kaedah ini
ialah sambil memegang sebiji cawan petugas
lapangan akan bertanya “Apakah ini?”. Kaedah
ini telah digunakan dengan meluas dalam semua
kajian lapangan.
 (d)Kaedah soal selidik formal ialah petugas
lapangan menggunakan kaedah pertanyaan
tidak langsung dengan menggunakan soalan-
soalan yang bentuknya ditentukan terlebih
dahulu. Contoh: Apakah perbuatan ini (sambil
menunjukkan sesuatu perlakuan spt sepak) 33
SAMB.
 (e)Kaedah soal selidik tidak formal ialah
petugas lapangan bebas merangka soalan-soalan
sesuka hati mereka asalkan mereka dapat
mengutip respons yang dikehendaki.
 Kesan daripada kaedah soal selidik ini ialah
Eugen Dieth dan Harold Orton telah
menghasilkan lima jenis bentuk ayat tanya.
Walaupun demikian, menurut Chambers dan
Trudgill (1999 ) ayat tanya ini merupakan dua
jenis ayat tanya dengan subjenisnya.
 Dua jenis yang utama ialah soalan
Menamakan (naming question) sesuatu dan
soalan memerlukan informan Melengkapkan 34
ayat-ayat (completing question) – rujuk jadual.
SAMB.
Jenis Ayat Tanya

Soalan Menamakan (Naming question) – Soalan Secara Berbual (Talking


melibatkan usaha mengutip respons question) – soalan yang akan
daripada informan dengan menyoal menghasilkan jawapan yang terdiri lebih
mereka daripada satu perkataan
“Apakah yang ada dalam poket saya” – “Apakah benda yang diperbuat daripada
dengan menunjukkan poket yang kosong susu?”

Soalan Kebalikan (Reverse question) –


soalan yang cuba mengutip perkataan-
perkataan yang khusus daripada informan
dengan cara diminta bercerita atau
menerangkan sesuatu dalam beberapa
perkataan.
“Apakah gunakan bangsal itu, dan di
manakah letaknya?”
Soalan Melengkapkan Ayat (completing Soalan Mengubah Alih (converting
question) – memerlukan informan question) – soalan yang memerlukan
melengkapkan ayat informan mengisi tempat kosong dalam
“Kita memaniskan air teh dengan …?” satu siri ayat
“Tukang jahit ialah orang yang …baju” 35
“Anda pergi berjumpa dengan tukang jahit
dan memintanya …sepasang baju”
SAMB.
 Daripada kelima-lima jenis soalan ini, jenis soalan
yang digunakan dengan meluas dalam kajian Dialek
di England ialah soalan jenis menamakan dan soalan
melengkapkan ayat. Manakala jenis-jenis yang lain
kurang digunakan terutama soalan kebalikan.
 Kelebihan kaedah pertanyaan tidak langsung
agak nyata tetapi mempunyai kelemahan iaitu
pelaksanaannya yang memakan masa yang panjang
jika dibandingkan dengan temu bual yang
menggunakan kaedah langsung. Contohnya kajian
yang dilakukan oleh Edmond Edmont yang
mengambil masa kurang daripada 4 tahun untuk
menyelesaikan 700 temu bual yang dijalankan di 639
buah kampung dengan purata sesuatu temu bual
36
memakan masa satu hari.
SAMB.
 Selesai temu bual, respons bagi item tertentu
dijadualkan, hasilnya disediakan untuk
penerbitan. Penerbitannya berbentuk satu set
peta, satu bagi setiap item menunjukkan variasi
dialek.
 Peta bahasa boleh terdiri daripada peta pameran
atau peta tafsiran. Peta pameran semata-mata
memindahkan respons yang telah dijadualkan
dalam bentuk perspektif geografi.
 Peta tafsiran berusaha membuat penyataan
yang lebih umum dengan menunjukkan taburan
kelainan yang penting dari satu kawasan ke
kawasan yang lain. 37
38
SAMB.
 Peta pameran contohnya digunakan dalam
Atlas Linguistique de La France oleh Gillieron,
Linguistic Atlas of New England oleh Kurath,
Phonological Atlas of the Northern Region oleh
Kolb.
 Projek utama dalam ilmu penyebaran dialek,
satu-satunya penerbitan yang menggunakan
peta tafsiran ialah penerbitan Orton dan
Wright iaitu ‘A Word Geography of England’.

39
SAMB.
 Memilih informan – merupakan ciri yang paling
umum dalam ilmu penyebaran dialek iaitu ciri
jenis informan yang harus dipilih.
 NORM – menetap kekal di sesuatu kawasan
(nonmobile), berusia lanjut (older), kawasan luar
bandar/pedalaman (rural), lelaki (male).
 Kajian lapangan di Perancis oleh Edmont,
daripada 700 informan hanya 60 informan terdiri
daripada kaum wanita dan golongan terpelajar
ialah seramai 200 dan yang lainnya dianggap
sebagai buta huruf. Kesemua informan tinggal di
kampung-kampung kecil. 40
SOALAN
Kenapa kaedah NORM
digunakan untuk kajian dialek
khususnya dialek geografi?
Apakah kelebihan kaedah
NORM ini?

41
PEMILIHAN INFORMAN
 Non-mobile (Menetap kekal)
 Seseorang informan yang menetap kekal di
sesuatu kawasan merupakan antara calon
informan yang terbaik. Hal ini disebabkan
matlamat utama dialek geografi ialah
memperoleh data yang seboleh mungkin bersifat
asli (tanpa wujud pengaruh bahasa/dialek luar)
daripada sesuatu kaum yang dikaji.

42
SAMB.
 Older – (Berusia lanjut)
 Informan yang dipilih perlulah berusia lanjut
bagi mendapatkan lebih banyak data yang asli.
Walaupun demikian, informan yang berusia
lanjut ini perlu dipastikan tidak nyanyuk. Umur
yang bersesuaian antara 40-60 tahun (Asmah Hj.
Omar, 2001).
 Pemilihan ini juga perlulah mengambil kira
faktor kesihatan dan juga organ pertuturannya
juga dalam keadaan baik.
 Selain itu, informan juga perlu mempunyai
penguasaan bahasa/dialek yang dikaji dengan
baik. 43
SAMB.
 Rural – (Mendiami kawasan pedalaman)
 Oleh sebab, matlamat kajian dialek geografi
memerlukan data autentik maka pemilihan
informan dari kawasan pedalaman amat
diperlukan agar keaslian data bahasa itu
terpelihara dan tidak dipengaruhi oleh unsur-
unsur bahasa/dialek luar.
 Semakin jauh kawasan tersebut daripada
pembangunan/bandar semakin tinggi
kebarangkalian untuk mendapatkan
bahasa/dialek yang asli.
44
SAMB.
 Male – (Jantina lelaki/perempuan)
 Di barat kaum lelaki lebih cenderung
menuturkan bahasa yang lebih jati daripada
kaum perempuan.
 Di Malaysia khususnya, kaum perempuan
dikatakan mempunyai pertuturan yang lebih asli
berbanding kaum lelaki kerana kaum
perempuan kurang terdedah dengan
persekitaran luar seperti tempat kerja dsbnya.
 Walaupun demikian, semasa pemilihan jantina
dilakukan pengkaji boleh memilih mana-mana
jantina yang dirasakan kurang/tidak
terpengaruh dengan bahasa/dialek luar. 45
KESIMPULAN
 Penyebaran dialek mempunyai sejarah
perkembangan yang berabad lamanya. Kajian
dialek mulai berkembang seiring dengan
perkembangan berbahasa dalam sesuatu
masyarakat.
 Kaedah-kaedah penyelidikan yang pelbagai
dalam ilmu penyebaran dialek dipelopori dan
dikembangkan oleh pengkaji bahasa mengikut
keperluan dan matlamat kajian lapangan yang
berusaha untuk menghasilkan peta
bahasa/dialek.
46
RUJUKAN
 Asmah Hj. Omar. (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Chambers, J. K. & Trudgill, P. (1999). Dialektologi. Terj. Annuar Ayub.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Farid M. Onn & Ajid Che Kob. (1993). Simposium Dialek : Penyelidikan
dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Idris Aman & Mohammed Azlan Mis. (2014). Variasi Bahasa. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
 Noriah Mohamed & Rohani Mohd Yusof. (2004). Persamaan dan
Kemiripan Bahasa: Perbandingan Kosa Kata Dasar 10 Bahasa
Austronesia di Sarawak. Jurnal Bahasa. Jil.4 Bil 2, 278-359.

47
SEKIAN

TERIMA KASIH
48

You might also like