You are on page 1of 2

Sejarah Awal Perkamusan Malaysia

Dewasa ini, penggunaan kamus kurang mendapat perhatian generasi muda, malahan dianggap
sebagai “quran buruk”. Fenomena ini berlaku kerana kepesatan pengaruh modenisasi dan
globalisasi. Penerbitan bahan-bahan picisan, novel sensasi, permainan video dan pengenalan
komputer dianggap sebagai sebahagian daripada faktor kurangnya kecenderungan fenomena
ini lahirnya masyarakat yang cetak bahasa.

Apa makna kamus? Perkataan kamus berasal daripada bahasa Arab. Dalam bahasa
Malaysia, kamus maksud kitab yang berisi keterangan tentang makna perkataan. Kamus juga
merupakan naskah 文件 penting tentang sesuatu bahasa.

Kajian terhadap peranan kamus sering dijalankan oleh sarjana tempatan atau luar
negara. Terdapat tiga jenis kamus yang dihasilkan dalam kajian ini. Kamus-kamus awal hanya
dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah-istilah tertentu. Kebanyakan kamus awal
dihasilkan untuk memudahkan golongan pedagang, pentadbir, dan paderi untuk
berkomunikasi. Seterusnya, kamus-kamus yang disusun bersama deskripsi tatabahasa
Malaysia. Penyusun terakhir membabitkan kamus-kamus moden telah mengabaikan deskripsi
tatabahasanya.

Senarai kata yang pertama ialah senarai Melayu-Cina yang terkarang pada kurun ke-
15. Senarai kata itu ditulis dalam bahasa Cina. Senarai kata yang kedua Melayu-Latin yang
ditulis oleh Pigafetta dalam huruf Rumi, manakala senarai kata yang ketiga, Melayu-Belanda
pula ditulis oleh Frederick de Houtman dalam bahasa Belanda. Penghasilan senarai kata ini
telah banyak menarik sarjana Eropah menghasilkan kamus terutama sarjana Inggeris,
Belanda, Jerman, dan Perancis.

Pada abad ke-19, terdapat banyak kamus yang dihasilkan tertumpu kepada aspek
nahu dan tatabahasa. Malangnya, sebahagian daripadanya tidak membekalkan maklumat yang
tepat. Hal ini berpunca daripada kedangkalan sarjana-sarjana ini tentang peradaban budaya
masyarakat Melayu. Pada tahun 1812, William Marsden telah menghasilkan kamus pertama
yang dianggap sempurna. Marsden telah menjalankan kajiannya dengan cara saintifik. Kajian
ini juga mengakhiri zaman penulisan kamus oleh ahli-ahli pedagang dan paderi. Beliau
menghasilkan buku The Grammar of Malayan Language dalam kedua-dua sistem ejaan Rumi
dan Jawi.

R.J. Wikinson telah berjaya menghasilkan sumbangan bermutu dalam perkamusan


Melayu. Kamusnya bertajuk Malay-English Dictionary dihasilkan pada tahun 1901. Beliau
juga merupakan orang pertama mengalih bahasa huruf Arab ke Rumi.

Selepas tahun 1930, lahirlah pula ahli-ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin
Mohd Yunus (1935), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan Abdullah Samad (1975). Kesemua
pengarang kamus ini tidak membawa sebarang pembaharuan dalam penulisan Wilkinson dan
Winstedt.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengambil alih peranan menyusun kamus
sejak ditubuhkan pada tahun 1956. Setakat mutakhir ini, DBP telah menyusun tiga jenis
kamus, iaitu kamu ekabahasa, kamu dwibahasa dan kamus istilah. Edisi Kamus Dewan
mutakhir yang diterbitkan pada tahun 2005 mempunyai lebihan 80,000 kata masukan.

You might also like