You are on page 1of 24

SELATAN SEPANYOL ABAD KE 8-11M:

SUMBANGANNYA TERHADAP KEBANGKITAN


RENAISSANCE DI EROPAH

MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN

KOD PENYELIDIKAN : 08-07-0043-08

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2009

ii

PENGAKUAN
Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian saya Mohamad
Kamal Bin Kamaruddin kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya
jelaskan sumbernya.

30.04.2009
Mohamad Kamal Bin Kamaruddin

iii

PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Pendidikan
Sultan Idris kerana telah memberi sokongan moral dan kewangan bagi menjayakan
kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada Pusat Pengumsan Penyelidikan (Research
Management Centre), dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang banyak
membantu terutamanya dari segi pengumsan penyelidikan sehingga kajian ini berjaya
disiapkan. Penghargaan saya juga kepada Perpustakaan Tunku Bainun, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Tun
Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Islam
Antarabangsa dan Perpustakaan Utama ISTAC atas kerjasama membenarkan saya
membuat rujukan di institusi-institusi berkenaan. Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
penyelidikan ini.

IV

ABSTRAK
Selatan Sepanyol Abad Ke 8-11M: Sumbangannya Terhadap Kebangkitan
Renaissance Di Eropah
Kedatangan Islam ke Sepanyol telah memberi kesan yang mendalam terhadap
Peradaban Eropah. Peradaban Islam yang berpusat di Selatan Sepanyol memainkan
peranannya yang penting terhadap kemunculan Renaissance. Cendekiawan Islam
telah menterjemahkan karya-karya Greek dan Rome ke dalam bahasa Arab sehingga
menjadikan bahasa Arab bahasa popular dalam bidang sains dan kebudayaan di
Sepanyol. Peradaban Islam Selatan Sepanyol juga memartabatkan keilmuan Greek
dan Rome daripada musnah pada Zaman Gelap. Tanpa penghormatan yang diberikan
oleh cendekiawan Islam terhadap karya-karya tersebut, pasti ia lenyap begitu sahaja.
Proses penterjemahan yang dilakukan terhadap karya-karya klasik Greek dan Rome
oleh cendekiawan Islam berjaya menarik Eropah keluar dari Zaman Gelapnya
memasuki fasa baru iaitu Renaissance. Para cendekiawan Eropah telah mengkaji
semula dan menterjemahkan semula karya-karya klasik Greek dan Rome dan karyakarya cendekiawan Islam yang berpusat di Cordova dan Granada di Selatan Sepanyol
ke dalam bahasa Latin dan bahasa Eropah yang lain. Walaupun cendekiawan Islam
banyak dipengaruhi oleh keagungan Greek dan Rome, namun mereka pula
mempengaruhi kemunculan Renaissance di Eropah. Secara umumnya kebudayan
Islam Sepanyol berada di antara zaman kegemilangan Peradaban Klasik Greek dan
Rome dengan Renaissance di Eropah.

ABSTRACT
Southern Spain In 8th -11 th Century CE: Its Contribution To The Rise Of Renaissance
In Europe
The advent of Islam in Spain affected the European Civilization deeply. The Islamic
Civilization in Southern Spain played its leading part in the best way possible in
building world scientific Renaissance. The Muslim scholars translated Greco Roman
heritage which had preceded them in history into the Arabic language which was the
language of science and culture. The Islamic Civilization in Southern Spain also
preserved Greco Roman culture and safeguarded it from loss and destruction. The
translation process made by the Muslim scholars successfully helped the European
pullout of the dark Middle Ages into the modern enlightened age. Thus the European
scholars who lived in Cordova and Granada studied the works of their Muslim
counterparts in their books which were translated into Latin and European languages.
In general the Islamic Civilization in Southern Spain was at the center between the
Classical Greco Roman Civilization and the European Renaissance. The Muslim
Scholars were influenced by the Greco Roman heritage and in return influenced those
who followed them, namely the scholars of the European Renaissance.

VI

KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN

n
iii
iv
v
vi
ix
x

BAB 1: PENGENALAN
1.1

Pendahuluan

1.2

Patar belakang Kajian

1.3

Pernyataan Masalah

1.4

Tujuan Kajian

1.5

Persoalan Kajian

1.6

Kepentingan Kajian

1.7

Definisi Konsep

1.8

Batasan Kajian

11

BAB 2 : SOROTAN LITERATUR


2.1

Pendahuluan

13

2.2

Kedatangan Islam Ke Sepanyol

14

2.3

Peranan Dan Sumbangan Selatan Sepanyol

15

2.4

Kegiatan Perdagangan Dan Perkembangan Ekonomi Di

2.5

Eropah

17

Rumusan

18

Vll

BAB 3 : METODOLOGI
3.1

Pendahuluan

19

3.2

Metod Pengumpulan Data

20

3.3

Metod Analisis Data

21

3.4

Rumusan

23

BAB 4: SEJARAH KEMASUKAN ISLAM KE SEPANYOL


4.1

Pendahuluan

24

4.2

Sepanyol Sebelum Kedatangan Islam

25

4.3

Peranan Musa Ibn Nusayr

27

4.4

Peranan Tariq Ibn Ziyad

30

4.5

Perluasan Wilayah Islam

35

4.6

Selatam sepanyol Perintis Renaissance Di Eropah

40

4.9

Rumusan

42

BAB 5 : PERADABAN ISLAM MENGALIR KE EROPAH

5.1

Pendahuluan

44

5.2

Perkembangan Ilmu

48

5.3

Perkembangan Institusi Pendidikan Dan Perpustakaan

49

5.4

Aktiviti Penterjemahan

53

5.5

Kepelbagaian Disiplin Ilmu Pengetahuan Di Eropah

57

5.6

Rumusan

70

viii

BAB 6 : PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN IMPAKNYA TERHADAP


EROPAH
6.1

Pendahuluan

72

6.2

Jenis-jenisTeknologi

73

6.3

Rumusan

91

BAB 7 : PERKEMBANGAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN DAN


PENYEBARANNYA KE EROPAH
7.1

Pendahuluan

93

7.2

Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan

94

7.3

Sumbangan Ekonomi Perdagangan Kepada Sepanyol

96

7.4

Pemulihan Ekonomi Dan Perkembangan Perdagangan Di Eropah

109

7.5

Rumusan

113

BAB 8 : RUMUSAN
8.1

Pendahuluan

114

8.2

Rumusan

114

8.3

Cadangan-Cadangan

117

RUJUKAN

119

LAMPIRAN

126

IX

SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN I

Kedudukan Cordova sebagai salah satu daripada bandar


utama dunia pada abad ke-11 M

LAMPIRAN II

Peta dunia yang dicipta oleh al-Idrisi yang dihadiahkan


kepada pemerintah Sicily iaitu Raja Roger II

LAMPIRAN III

Kincir angin yang pertama di Eropah diperkenalkan oleh


orang Islam di Selatan Sepanyol. Ini adalah kincir angin
yang terdapat di La mancha, Sepanyol

LAMPIRAN IV

Illustrasi berkenaan dengan planeterium yang dibina


oleh ahli astronomi Sepanyol iaitu Ibn Firnas yang
menggambarkan putaran planet.

LAMPIRAN V

Reka Bentuk Masjid Agung Cordova

LAMPIRAN VI

Reka bentuk dalaman Masjid Agung Cordova

LAMPIRAN VII

Manuskrip yang ditulis pada zaman Renaissance oleh


orang Jerman yang masih menggunakan nombor dalam
bahasa arab.

LAMPIRAN VIII

Ensiklopedia perubatan yang ditulis pada abad ke-11 M


oleh al-Zahrawi (abulcasis) yang berjudul al-Tasrif.
Karya al-Tasrifymg telah diterjemahkan dalam bahasa
Latin berkenaan dengan alatan perubatan dan
pembedahan.

LAMPIRAN IX

Jam matahari yang digunakan oleh orang Islam di


Seville, Sepanyol.

SENARAI SINGKATAN
S.A.W
S.W.T

Sallallahhu alaihi wa sallam


Subhanu wa Ta'ala

BAB1

PENGENALAN

1.1.

PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan topik-topik yang merangkumi latar belakang kajian,
permasalahan kajian, tujuan kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, definisi konsep
dan operasional serta batasan kajian.

1.2.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Renaissance1 merupakan zaman yang sangat penting dalam perkembangan sejarah

Eropah. Renaissance (ren-eh-zahns) berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud


"rebirth"2 atau kelahiran semula. la bermula seawal abad ke-12M sehingga abad ke15M. Zaman sebelum wujudnya Renaissance, dikenali sebagai Zaman Pertengahan atau
'Renaissance merupakan zaman kebangkitan budaya ilmu dan intelektual. Dalam aspek sejarah,
Renaissance adalah satu gerakan yang meliputi suatu zaman di mana orang merasakan dirinya sebagai telah
dilahirkan semula. Rujuk, Dr Harun Hadiwijono (1980). Sari Sejarah Filsafat Barat 2. Yogyakarta:
Penerbit Kanisus, hal 11.
2
William J. Duiker, Jackson J. Spielvogel (2001). World History, USA: Wardsworth Thomson Learning,
hal. 374.

{Middle Ages)5 yang berlangsung di antara 500M hingga 1500M. la dikenali sebagai
Zaman Pertengahan kerana golongan cerdik pandai Renaissance menganggap bahawa
Zaman Pertengahan mempakan jangka masa yang terletak di antara Zaman Keagungan
Peradaban Klasik Greek dan Rom dengan Zaman Renaissance. Renaissance bermula di
Itali4 dan tersebar ke Perancis, Jerman dan England seterusnya ke seluruh Eropah. Proses
penyebaran ini mengambil waktu yang sangat lama dan kemuncak zaman Renaissance ini
adalah pada abad ke-15M.

Renaissance wujud akibat daripada kesedaran masyarakat Eropah mewujudkan


kembali kegemilangan Peradaban Eropah sebelumnya iaitu Peradaban Klasik Greek dan
Rom. Kedua-dua peradaban ini diklasifikasikan sebagai antara peradaban yang utama
dalam sejarah dunia. Namun, apabila berakhirnya Peradaban Rom di Itali pada 476M,
dunia Eropah berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga pengaruh kedua-dua
peradaban ini lenyap dibawa arus kejahilan masyarakat Eropah/' Zaman kejahilan inilah
yang dipanggil sebagai Zaman Pertengahan atau dikenali juga sebagai Zaman Gelap
(Dark Ages) . Pada waktu ini, Eropah berada dalam keadaan tidak teratur dan tidak
selamat. Pembunuhan, rompakan dan aktiviti jenayah berlaku dengan begitu berleluasa.
Golongan petani

dilayan

seperti

hamba.

Kemiskinan,

rasuah,

kejahilan dan

ketidakstabilan mempakan sebahagian daripada kehidupan harian.7 Pada waktu yang

Menurut Jo Ann H. Moran Cruz dan Richard Gerberding, istilah "Middle Ages" berasal daripada
perkataan Latin iaitu Medium Aevian di mana istilah ini pertama kali digunakan oleh Christopher Keller,
seorang professor berbangsa Jerman pada tahun 1688. la menggambarkan zaman Gothic antara zaman
klasik (ancient period) serta kemunculan idea klasik dalam zaman Renaissance. Untuk keterangan lanjut,
lihat Jo Ann H. Moran Cruz dan Richard Gerberding. (2004). Medieval Worlds: An Introduction To
European History 300-1492. Boston: Houghton Mifflin Company, hal.2.
4
Itali telah mengeksploitasi dengan baik kedudukan geografi sebagai persimpangan semula jadi untuk
pertukaran antara timur dan barat rujuk, Nordin Hussin (2001). Perubahan Masyarakat Eropah dan
Kesannya (dalam Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Wan Abdul Latif ). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hal. 184.
5
Azizan Baharudin (1988), Pengenalan Tamadun Islam, Kuala-Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.
73-77.
6
Istilah "Dark Ages" telah diperkenalkan oleh Francesco Petrarach (1304-1374), seorang tokoh pemikir
Itali di zaman Renaissance. Zaman ini dimulai dengan kejatuhan Rom pada tahun 476M sebagai zaman
tenebrate iaitu zaman 'gelap' dan 'berbayang'. la juga digainbarkan sebagai zaman "stupid sleep of
barbarian obstinacy" iaitu zaman yang wujud akibat ketiadaan apa-apa kebudayaan. Untuk maklumat
lanjut, lihat ibid. hal. 213.
7
Abdellatif Charafi, Once Upon a Time in Andalusia, <ireland.iol.ie/afifi/Articles/andaIusia.htm> ( 7 Mac
2009)

sama, wujud kezaliman yang dilakukan oleh golongan raja, bangsawan dan gereja
sehingga menyebabkan golongan bawahan tidak mempunyai kebebasan yang sepatutnya.
Mereka tiada hak untuk menguasai ekonomi dan tidak bebas untuk berfikir sama ada
untuk mengkritik raja atau gereja. Apabila kebebasan mereka disekat dan akal mereka
dibelenggu, pembangunan tidak dapat diteruskan. Akibatnya, kejahilan melanda seluruh
masyarakat Eropah. Dalam masa yang sama, kejahilan mereka ini menguntungkan raja
O

dan gereja.

Belenggu kejahilan mewujudkan kemiskinan di seluruh Eropah dan

kemiskinan ini melahirkan harapan para petani. Harapan ini diletakkan kepada raja dan
gereja. Di sinilah wujudnya penyalahgunaan dan manipulasi kuasa yang dilakukan oleh
kedua-dua institusi ini semasa Zaman Pertengahan.
Seribu tahun Eropah berada dalam Zaman Gelap9 dan ia bukannya suatu tempoh
yang singkat, bahkan merupakan satu jangka masa yang amat panjang mengikut
perhitungan manusia moden hari ini. Namun, timbul persoalan iaitu di saat Eropah berada
dalam Zaman

Kegelapan,

bagaimana mereka mampu membangunkan kembali

peradabannya yang tenggelam. Ketika ini, muncul pula Peradaban Islam di Timur
bermula di Kota Madinah, seterusnya Mekah kemudian berkembang pula di Damsyik
seterusnya Baghdad dan Cordova (Andalusia). Peradaban Islam mula mengambil alih
peranan Peradaban Rom di Eropah apabila Islam bertapak kukuh di selatan Sepanyol
sekitar 750M. Bermula di sini, Peradaban Islam membentuk semula Eropah secara
beransur-ansur.

Gereja Katholik merupakan gereja yang paling dominan semasa Zaman Pertengahan. Hukum dan
peraturan yang diperkenalkan oleh gereja sangat ketat dan mengongkong penganutnya. Lihat Muhd. Yusof
Ibrahim (1991). Aspek dan Perkembangan Falsafah Sejarah Dimia Barat Kuala-Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hal 52.
9
Hanya ada satu perkara yang dapat diterima oleh masyarakat Eropah pada zaman ini iaitu perperangan.
Lihat, All Abudullah Al-Daffa (1988), The Muslim Contribution To Mathematic. (Terjemahan) Amin
Senin, hal 90.

Realitinya, Peradaban Islam yang telah bertapak di Selatan Sepanyol10 hampir 800
tahun (bermula pada tahun 71 IM sehingga 1492M)11 telah mewujudkan satu revolusi
pemikiran bagi masyarakat setempat dan di sekitarnya. Di sini, peranan yang dimainkan
oleh Peradaban Islam yang berpusat di Selatan Sepanyol memang tidak boleh dinafikan
lagi. Ribuan pelajar dari seluruh Eropah memenuhi Selatan Sepanyol terutamanya di
Cordova bagi menuntut ilmu. Sikap toleransi pemerintah Islam yang melayan sama rata
penduduknya amat dihargai kerana sikap yang sebegini hampir tiada di seluruh Eropah,

Mengikut perhitungan kasar secara keseluruhannya, proses perkembangan


Peradaban Islam di Sepanyol berlangsung dalam empat tempoh sebagaimana peradaban
lain. Tempoh yang pertama adalah zaman perkembangan sekitar 750M. Peringkat kedua
pula merujuk pada zaman penterjemahan

dan peringkat seterusnya zaman keemasan

yang merujuk pada kegemilangan Islam di Sepanyol. Dalam tempoh ini, banyak
sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Islam dalam pelbagai aspek. Perkembangan di
zaman inilah yang akan diperbincangkan dengan lebih terperinci dalam bab berikutnya.13
Sementara peringkat terakhir pula zaman kejatuhan pada selepas 1100M. Masyarakat
Islam Selatan Sepanyol tersebut banyak memberi sumbangan besar terhadap Peradaban
Barat dan Dunia pada hari ini. Sumbangan ilmu pengetahuan akan menjadi fokus utama
kupasan sejarah tertinggal dalam pensejarahan Renaissance di Eropah.

Selatan Sepanyol terdiri daripada Seville, Granada, Cordova, Cadiz dan Malaga. Rttjuk, Negara Bangsa
jilid 6 (1999). Eropa. Jakarta: Grolier International Inc, hal. 112. Masyarakat Sepanyol merupakan
masyarakat majmuk yang terdiri daripada komuniti Arab (Utara dan Selatan), al-Muwalladun (orang-orang
Sepanyol yang memeluk Islam), Barbar (umat Islam yang berasal dari Afrika Selatan), al-Shaqalibah
(penduduk daerah di antara Constantinople dan Bulgaria yang menjadi tawanan Jerman dan dijual kepada
penguasa Islam untuk dijadikan tentera upahan), Yahudi, Kristian Mozareb yang berbudaya Arab, dan
Kristian yang masih menentang kehadiran Islam. Rujuk, Cliffrord Edmund Bosworth (2004). The New
Islamic Dynasties : A Chronological andgenalogical manual. Edinburgh: University Press, hal. 11-14.
11
Azam Bin Hamzah (1991). Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalusia (711-1492 M). Shah AJam: Hizbi
SdnBhd,hal. 1.
12
Kebanyakan ahli sejarah menyatakan bahawa penulisan oleh sarjana Islam telah berkembang dengan
pesatnya selepas proses penterjemahan oleh Ibn Hunanyn atau nama latinnya Gerard De Cremona. Rujuk,
Amyn B. Sajoo (2002). Civil Society In The Muslim World. Contemporary Perspectives. London: I. B.
Tauris & Co Ltd, hal. 225.
13
Kegemilangaan bidang sains ini berkembang seiring dengan kegemilangan kerajaan Islam terutaman
pada zaman kepimpinan Khalifah Abdul Rahman III dan AI-Hakam II. Rujuk, Maruwiah Amad (2003).
Sejarah Bani Umayyah di Andalus, hal. 57.

Renaissance ini adalah kesan penerimaan terus daripada pengetahuan saintifik


orang Islam secara amnya14. Pencerahan ilmu pengetahuan telah tersebar ke seluruh ruang
di Selatan Sepanyol seterusnya melangkaui seluruh Eropah.b Walau bagaimanapun.
Renaissance ini mungkin tidak akan berlaku jika tidak kerana peristiwa 71 IM. Peranan
dua orang tokoh Islam yang terkemuka iaitu Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn Nusayr sangat
penting kerana peranan kedua-dua tokoh tersebut bertanggunjawab membawa kepada
pembukaan peradaban Islam di Eropah.

L3.

PERNYATAAN MASALAH

Perbincangan mengenai Selatan Sepanyol dan sumbangannya terhadap Eropah memang


jarang dibincangkan dengan jujur oleh sarjana Barat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan
kemasukan Peradaban Islam ke Eropah. Kebanyakan buku-buku yang ditulis cenderung
untuk menceritakan penaklukan Islam ke Sepanyol bagi menggambarkan Islam itu
tersebar melalui pedang. Sumber-sumber yang ada kebanyakannya adalah berasal
daripada kajian sejarawan Barat yang cenderung untuk tidak menyatakan secara
keseluruhan kerajaan Islam di Selatan Sepanyol Hal ini telah menyukarkan proses
mencari maklumat dengan tepat disebabkan sangat sedikit sumbangan sarjana Islam di
Selatan Sepanyol yang dipaparkan. Walau bagaimanapun terdapat juga penulisan oleh
sarjana Barat yang ikhlas menyatakan sumbangan Peradaban Islam di Selatan Sepanyol
dengan tepat seperti George Sarton. Beliau banyak membantu mengetengahkan
sumbangan sarjana Islam bagi pihak Barat.

Disebabkan berlakunya penyembunyian fakta dalam penulisan sejarah Selatan


Sepanyol serta perkaitannya dengan Renaissance di Eropah, maka pengkaji terpaksa
menyelidik
14

faktor-faktor

yang

membawa

kepada

berlakunya Renaissance

dan

Anwar Chejne (1980). The Role of' al-Andalus in the Movement of Ideas Between Islam and the West,
(Edt. Kalil I. Seman). New York: Sate University of New York Press, hal. 118.
15
Dr. Amir Hasan Siddiqi (1967). Studies in Islamic history. Karachi: Jamiyatul Falah Publications, hal. 56.
16
Ada juga yang mengatakan mereka berdua merupakan tokoh utama yang menawan Sepanyol. Rujuk, J.B.
Trend. Spain and Portugal. Dalam Sir Thomas Arnold & Alfred Guiilaume (Ed.). The legacy of Islam.
Oxford: Oxford University Press, hal. 23-24.

kemudiannya mencari titik temu dengan peradaban Islam di Selatan Sepanyol antara abad
ke-8 hingga 11M.
1.4.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk :


1. Menganalisis sejauhmana kesedaran intelektual yang dicetuskan oleh sarjana Islam di
Selatan Sepanyol menyumbang kepada kebangkitan Renaissance di Eropah
kemudiannya.
2. Mengkaji peranan teknologi yang diperkenalkan semasa era pemerintahan Islam di
Selatan Sepanyol dalam mempercepat proses berlakunya Renaissance di Eropah.
3. Menilai peripentingnya bidang ekonomi temtamanya perdagangan di Selatan
Sepanyol kepada kebangkitan Renaissance di Eropah.

1.5.

PERSOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah Peradaban Islam di Selatan Sepanyol merangsang kepada kemunculan


Renaissance di Eropah?
2. Bagaimanakah Selatan Sepanyol memberikan sumbangannya terhadap kemunculan
Renaissance di Eropah?
3. Apakah bentuk sumbangan yang dihasilkan oleh Selatan Sepanyol sehingga lahirnya
Renaissance di Eropah?
4. Bagaimanakah peranan aktiviti perdagangan di antara Selatan Sepanyol dan Eropah
melahirkan golongan kelas pertengahan yang menggerakkan Renaissance di Eropah ?

1.6.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dirasakan perlu dijalankan kerana ia membawa kepada beberapa kepentingan :
1. Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat tentang pelbagai sumbangan
Peradaban Islam di Eropah.
2. Kajian ini diharapkan dapat menjelaskan dengan terperinci bahawa Peradaban Islam
yang terletak di Selatan Sepanyol memainkan peranan yang sangat penting ke arah
pembentukan semula Eropah.
3. Kajian ini dapat memberi inspirasi kepada umat Islam untuk mencontohi sumbangan
yang telah dilakukan oleh umat Islam di Eropah.
4. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran di kalangan umat Islam agar
mengembalikan semula peradaban.

1.7.
1.7.1

DEFINISI KONSEP
Selatan Sepanyol Abad ke-8 hingga 11 Masehi

Negara Sepanyol moden pada hari ini terletak di Semenanjung Iberia bersempadan
dengan Portugal di timur dan Perancis di utara. Pada abad ke-8 hingga 11M, Sepanyol
khususnya di bahagian selatan muncul sebagai tempat paling maju di Eropah dari segi
bidang ilmu pengetahuan. Antara bandar yang paling maju di selatan Sepanyol pada
waktu itu ialah Cordova Andalusia, Seville dan Granada. Kesemua bandar ini merupakan
bandar paling berkembang dari segi ilmu pengetahuan ketika Eropah berada dalam
Zaman Gelap (Dark Ages). Bandar Cordova dan Andalus ini "cahaya" kepada Peradaban
di Eropah yang mundur. Dalam tempoh masa abad ke-8 hingga 11M, selatan Sepanyol
didominasi oleh peradaban Islam. Kawasan Semenanjung Iberia pada waktu ini berada di
bawah kekuasaan Ummayah dan Dinasti Berber. Orang Arab di bawah pimpinan Tariq
Ibn Ziyad, memulakan penguasaan mereka ke atas selatan Sepanyol (Andalusia) pada

tahun 711 M. Tariq Ibn Ziyad menang apabila berjaya mengalahkan Raja Visigoth iaitu
Roderic selepas campur tangan dalam perang saudara pada 711 M.
Setahun kemudian agama Islam mendominasi Semenanjung Iberia. Pemerintah
selatan Sepanyol telah diberikan gelaran Emir oleh khalifah Ummayah iaitu Khalifah alWalid I di Damascus. Selepas Abbasiyah berkuasa di Timur Tengah, beberapa pemimpin
Ummayah lari ke Sepanyol dan menubuhkan pemerintahan di sana. Pada penghujung
abad ke-l0 M, pemerintah Abd al-Rahman mengambil alih gelaran Emir Cordova (912961M). Selepas itu, Ummayah mengukuhkan negara dengan ibu kotanya iaitu Cordova.
Al-Hakam II menggantikan Khalifah selepas kematian bapanya Abd ar-Rahman II pada
961M. Pada waktu ini, kawasan selatan Sepanyol berdamai dengan kerajaan di utara
Semenanjung Iberia. Pembangunan ekonomi berkembang maju pada waktu ini.
Pemerintahan Khalifah Ummayah tumbang pada 1031M akibat pembahagian politik dan
rusuhan awam semasa pemerintahan Hisham II yang disingkirkan kerana sikap malas
semasa pemerintahan beliau. Bermula abad ke-11 M juga, kerajaan Kristian Sepanyol
memulakan Reconquista dengan matlamat untuk menawan selatan Sepanyol.

1.7.2 Renaissance

Renaissance merupakan istilah yang digunakan oleh ahli sejarah untuk menggambarkan
kemajuan yang dicapai di Eropah bermula pertengahan abad ke-14 hingga pertengahan
abad ke-16M. Golongan humanis dan intelektual di Eropah pada Zaman Pertengahan
abad ke-14M hingga pertengahan abad ke-16M menganggap zaman tersebut sebagai
zaman kelahiran semula dan mereka percaya bahawa mereka telah mengembalikan
kegemilangan kesenian dan budaya kesusasteraan selepas "diabaikan" dan "mati" selama
beberapa kurun. Pandangan humanis pada tempoh masa abad ke-14 hingga ke-16M ini
merupakan kelahiran semula Peradaban Klasik Greek dan Rom dan hal ini menyebabkan
para sejarawan menggunakan istilah renaissance untuk menggambarkan zaman ini. Pada
masa kini, istilah Renaissance bermaksud "kelahiran semula". Itali merupakan tempat
terawal bermulanya Renaissance di Eropah. Semasa Zaman Gelap, Itali merupakan

tempat paling maju di Eropah pada waktu itu jika dibandingkan dengan tempat lain.
Beberapa orang yang hidup di Itali antara tahun 1350 dan 1550 percaya bahawa mereka
menyaksikan satu kelahiran semula zaman gemilang atau peradaban Graeco-Rom yang
menandakan zaman yang baru.17 Bagi mereka, masa seribu tahun antara kejatuhan
empayar Rom dengan zaman mereka merupakan zaman pertengahan {Middle Ages18)
yang dicirikan oleh kegelapan kerana kurangnya budaya klasik.
Ahli sejarah abad ke-19M kemudiannya menggunakan istilah yang sama untuk
menggambarkan tempoh masa ini di Itali. Jacob Burckhardt mencipta konsep
Renaissance dalam karyanya bertajuk Civilization of the Renaissance in Italy yang
diterbitkan pada tahun 1860. Dia menggambarkan Itali pada kurun ke-14M dan 15M
sebagai tempat kelahiran dunia moden dan menyaksikan kebangkitan semula zaman
kegemilangan"penyempurnaan individu" dan sekularisme sebagai ciri perbezaan
utama. Renaissance di Itali merupakan masyarakat bandar yang besar. Negara kota
khususnya di utara Itali menjadi pusat politik, ekonomi dan sosial Itali. Dalam masyarakat
bandar baru ini, semangat sekular timbul ketika kekayaan yang meningkat mencipta
kemungkinan baru untuk keseronokkan benda duniawi. Kesedaran yang menekankan
kepada kemampuan individu menjadi ciri kepada Renaissance di Itali. Penghargaan yang
tinggi terhadap maruah manusia, nilai dan kesedaran terhadap potensi individu mencipta
satu idea sosial tentang personaliti yang serba boleh atau manusia umum yang mampu
dalam pencapaian pelbagai aspek kehidupan. Ciri-ciri umum Renaissance Itali bukanlah
ciri-ciri untuk semua orang Itali tetapi lebih kepada pengekalan kelas golongan atasan
yang lebih tinggi dan terdiri daripada peratusan kecil daripada keseluruhan penduduk.
Pencapaian Renaissance Itali ialah produk golongan elit dan bukannya golongan
bawahan.19 Namun begitu, secara tidak langsung Renaissance Itali ini memberi impak ke
atas golongan bawahan.

17

Spielvogel, Jackson J. (2002). Western Civilization: A Brief History. California: Wadsworth Group, him.
236.
18
Wyse, L. dan Lucas, C. (2006). World History with Atlas. Scotland: Geddes & Grosset. hal. 117.
19
Ibid hal.237.

10

1.7.3

Eropah

Eropah mempakan benua kedua terkecil di dunia. Dari segi kedudukan geografi, Eropah
terletak di sebelah bahagian paling barat benua Asia dan disempadani oleh Banjaran Ural
yang memisahkan tanah besar Asia dengan Eropah. Jika diteliti dari aspek geografi,
Eropah ialah benua yang terdiri daripada tanah semenanjung yang besar. Namun dari segi
fakta, Semenanjung Eropah bukanlah 'benua' yang sebenar secara keseluruhannya:
Eropah tidak mengandungi tanah besar yang luas.

Dengan keluasan 10 juta kilometer

persegi (3.6 juta batu persegi), saiz Eropah kurang daripada sesuku keluasan benua Asia,
sepertiga daripada benua Eropah dan separuh daripada benua Amerika Utara dan
Amerika Selatan."

Dua semenanjung yang mendominasi negara Eropah ialah

Semenanjung Scandinavia di utara dan Semenanjung Iberia di bahagian barat. Terdapat


43 buah negara merdeka di Eropah hari ini termasuklah bahagian timur Rusia yang
berada dalam kawasan Eropah,22 Di bahagian timur Eropah, wujud negara Rusia, Estonia,
Latvia, Lithuania, Poland, Belarus, Ukraine dan Moldova. Di bahagian tenggara Eropah
pula terdapat negara seperti Slovenia, Croatia, Bosnia, Serbia, Montenegro,23 Romania,
Bulgaria, Albania, Greece dan Cyprus. Eropah tengah mengandungi negara seperti
Jerman, Republik Czech, Slovakia, Hungary, Austria, Switzerland dan Liechtenstein.24
Eropah selatan mengandungi negara Itali, San Marino,2:) Vatican City26 dan Malta.
Eropah barat terdiri daripada negara Ireland, United Kingdom, Portugal, Perancis,
Sepanyol, Belgium, Belanda, Luxembourg, Andorra dan Monaco. Eropah utara terdiri
97

daripada Norway, Sweden, Finland dan Iceland.

Di bahagian utara, kawasan Laut

Davies, Norman (1996). Europe: A History. New York: Oxford University Press, him. 47.
Ibid. hal. 47.
22
De Blij, H.J. dan Muller, P.O. (2008). Geography; Realms, Regions and Concepts. United States: John
Wiley and Sons, Inc., hal. 46-47.
23
Montenegro mempakan negara paling baru dalam dunia yang merdeka pada 2006 selepas mengundi
untuk berpisah dengan Serbia.
24
Liechtenstein ialah negara yang diapit oleh Switzerland dan Austria.
2D
San Marino ialah negara dalam negara kerana San Marino ialah negara yang wujud dalam negara Itali.
26
Vatican City mempakan negara merdeka terkecil di dunia dengan keluasan kurang satu kilometer persegi.
Vatican City terletak dalam kawasan Rome, ibu negara Itali.
27
Iceland ialah negara kepulauan yang terletak paling jauh dari Eropah di utara Lautan Atlantik tetapi
termasuk dalam benua Eropah. Secara fizikal, Iceland lebih dekat dengan Greenland iaitu pulau yang
bersempadan dengan benua Amerika Utara berbanding tanah besar Eropah.
21

11

Utara-Laut Baltic terentang sejauh 1500 batu (2500km) dari Atlantik ke Rusia.

Di

bahagian selatan, kawasan Laut Mediterranean-Laut Hitam terentang lebih 2400 batu
(4000km) dari Gibraltar ke Caucasus.29
Dari segi sejarah pula, benua Eropah mula didiami ketika selang masa Zaman Ais.
Pada waktu tersebut Semenanjung Eropah mula diterokai oleh manusia yang pertama.
Pertempatan manusia di Eropah agak lewat berbanding dengan pertempatan di Asia
Tengah khususnya Sumeria dan Mesir. Keturunan manusia Neanderthal dan orang gua
Cromagnon ialah manusia terawal yang mendiami benua Eropah. Rangka manusia
Neanderthal ini ditemui di kawasan lembah Neander berhampiran Dusseldorf yang
terletak di kawasan barat laut Jerman pada tahun 1856. Manusia Cromagnon pula wujud
di gua Cromagnon yang terletak di Dordogne, Perancis. Nama Eropah yang dipakai pada
zaman moden ini berasal daripada lagenda Greek kuno iaitu Europa. Europa ialah ibu
kepada Minos, Pemerintah Crete dan keturunan kepada cabang purba terawal peradaban
Mediterranean dan Europa ada disebut secara kebetulan oleh Homer. Peradaban terawal
yang wujud di Eropah ialah tamadun Minoan di pulau Crete yang terletak di kawasan
Aegean.30

1.8.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya memfokuskan kepada tiga perkara besar. Pertama, tempoh waktu yang
terhad hanya pada abad ke-8 sehingga 11M. Tempoh waktu yang lain tidak dibincangkan
secara terperinci melainkan menyokong tajuk yang dikaji.

Perkara kedua yang menjadi fokus kajian ini ialah tempat atau lokasi.
Perbincangan ini hanya menyentuh sumbangan Peradaban Islam yang terletak di Selatan
Sepanyol sahaja seperti Cordova, Granada, Seville, Algecira, Malaga dan kota-kota kecil
28

Davies, Norman (1996). Europe: A History. New York: Oxford University Press, hal. 48.
Davies, Norman (1996). Europe: A History, New York: Oxford University Press, hal. 48.
30
Spielvogel, Jackson J. (2002). Western Civilization: A Brief History. California: Wadsworth Group, hal.
45.
29

12

yang lain. Kota-kota utama yang juga menjadi pusat Peradaban Islam yang lain seperti
Toledo, Zaragoza, Badajoz serta kota-kota yang terletak di sebelah utara tidak
dibincangkan.

Perbincangan juga memfokuskan fasa awal berlakunya Renaissance di Eropah


kesan daripada aktiviti intelektual dan kebebasan berfikir yang telah disumbangkan oleh
Peradaban Islam di Selatan Sepanyol. Sumbangan Peradaban Islam Selatan Sepanyol
terhadap dunia lain seperti di Afrika, Asia Tengah dan Asia Barat tidak diperbahaskan.

13

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1.

PENDAHULUAN

Secara umumnya, sumbangan Peradaban Islam yang terletak di Selatan Sepanyol


terhadap pembentukan semula Peradaban Barat dan pengenalan kepada Renaissance
memang tidak boleh disangkal. Dunia Eropah yang ketandusan golongan ilmuan dan
pusat pembelajaran tidak mampu untuk bangkit semula tanpa pertolongan daripada
sarjana-sarjana yang menetap di Selatan Sepanyol. Aktiviti penterjemahan yang
dilakukan secara berterusan yang disalin daripada kajian ilmiah sarjana Islam di Selatan
Sepanyol telah merangsang kepada percambahan aktiviti intelektual di Eropah. Justeru,
mereka sedar betapa penting kebebasan berfikir dan mula meragui doktrin dan
kepercayaan yang dipaksakan terhadap mereka oleh gereja Kristian.31

5 Charles Burnett (1992) The Translating Activity in Medieval Spain. Dalam Salma Khadra Jayvussi (Ed )
The Legacy Of Spain, Leiden: E. J Brill, hal. 1036-1040.

14

2.2.

KEDATANGAN ISLAM KE SEPANYOL

Persoalan yang mengatakan adakah Islam datang menguasai Sepanyol sebagai penjajah
atau pembawa kebebasan

merupakan indikator yang penting menilai sumbangan

Peradaban Islam terhadap Eropah terutamanya aspek yang melibatkan kemunculan


Renaissance atau kebangkitan semula Peradaban Barat. Justeru adalah perlu untuk
dikemukakan agar dapat membuktikan pemahaman tentang fungsi sebenar Islam di
Eropah pada awal abad ke-8M. Tumpuan yang terpenting dalam mengesahkan fungsi
Islam ini adalah dengan melihat bukti awal yang membawa kepada bertapaknya Islam di
Eropah. Perkara ini termasuklah reaksi masyarakat Sepanyol sendiri meliputi pro dan
kontranya, tempoh jangka masa kepada pertapakan dan pengembangannya serta
bermacam lagi yang berkait secara langsung mahupun tidak langsung.

Menurut Kopanski dalam bukunya yang berjudul Religion & Warfare: The
Earliest Period of Spread of Islam in Europe, suasana hum hara yang berlaku selama
hampir tiga ratus tahun di Sepanyol menyebabkan penduduknya hilang harapan kepada
kedamaian dan keharmonian. Dalam masa yang sama, krisis perperangan ini menjadi
lebih sulit pada penghujung abad ke-7M apabila berlaku rampasan kuasa yang dilakukan
oleh Roderick terhadap Raja Witiza. Raja Roderick yang terkenal dengan sifat zalim dan
kejam menindas penduduk Sepanyol menyebabkan ramai penduduk di Selatan Sepanyol
berhijrah ke Afrika Utara. Afrika Utara pada ketika itu diperintah oleh gabenor Islam
yang bernama Musa Ibn Nusayr.32

Pelbagai rungutan dan aduan yang diterima oleh pemerintah Islam di Afrika Utara
mengenai situasi yang kronik di Sepanyol namun tidak diendahkan, Menurut Mahmoud
Makki33, peristiwa di mana anak wakil kerajaan Byzantine iaitu Julian yang menetap di
selatan Sepanyol dirogol oleh Roderick

menjadikan ketegangan yang sedia ada

bertambah kronik. Dendam Julian terhadap Roderick menyebabkan beliau berurusan


32

Kopanski A.B. (2002), Religion & Warfare: The Earliest Period of Spread of Islam in Europe, KualaLumpur: Muzium Kesenian Islam, hal. 23-30.
33
Mahmoud Makki (\992) Jhe Political History of al-Andalits. Dalam Salma Khadra Jayyussi (Ed.) The
Legacy Of Spain, hal. 3-15.

You might also like