You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Bahasa adalah ungkapan melalui pertuturan seseorang untuk menyampaikan


maksud dan diaplikasikan oleh satu komuniti masyarakat iaitu khasnya masyarakat
Melayu untuk berkomunikasi. Manakala tulisan wujud setelah manusia meneliti
kaedah untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui sebuah bentuk coretan
kepada bahasa yang difahami oleh diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, lahirlah
ejaan yang dapat menjadi pelengkap sesebuah komunikasi. Terdapat dua jenis
tulisan bahasa Melayu yang telah wujud iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi.

2.0 SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI

Jika dikaji, tulisan atau ejaan rumi telah tersebar di kepulauan Melayu semenjak
kedatangan orang Eropah. Masyarakat Tanah Melayu pada masa itu telah
mempunyai sistem ejaan Jawi yang lengkap. Walau demikian, kedatangan kuasa
Barat seperti Portugis, Inggeris dan Belanda telah berusaha memperkenalkan
sistem ejaan rumi kepada masyarakat. Perkembangan sistem ejaan bahasa
Melayu telah menyebabkan lahirnya leksikografi yang berupa daftar kata, glosari
dan kamus Melayu asing. Penyusunan terhadap satu sistem ejaan dan tulisan rumi
yang seragam serta mudah sangat dituntut untuk menggantikan sistem ejaan dan
tulisan Jawi.

2.1 Tulisan Rumi yang Pertama : Ejaan Rumi Kaedah Itali (1522)

Perbendaharaan perkataan Melayu-Itali yang dikemukakan oleh Antonio


Pigafetta pada tahun 1522 merupakan bukti kukuh yang pertama terhadap
bahasa Melayu menggunakan aksara Latin. Selain daripada itu, ia juga
merupakan hasil daripada minat pertama orang-orang Eropah terhadap
pembelajaran atau pengajian bahasa Melayu. Ejaan rumi yang digunakan oleh
Pigafetta pada zaman itu berdasarkan ejaan bahasa Itali yang tidak tetap
(Bausani, 230). Oleh itu, fonem Melayu telah dirakamkan dengan pelbagai

1
grafem dan sebagainya. Grafem tersebut pula melambangkan pelbagai fonem
yang difikirkan sesuai dengan pendengaran serta mudah untuk dilafazkan
menurut cara sebutan bahasa Vicentine.

2.2 Ejaan Rumi atau Latin Pigafetta

Perkataan Melayu yang terkandung dalam catatan Pigafetta adalah lebih


kurang 426 perkataan termasuk beberapa perkataan bahasa tempatan yang
lain. Terdapat banyak perkataan yang tersenarai dalam Pigafetta tidak dikutip
secara langsung daripada Maluku tetapi berasal daripada seorang Melayu
Sumatera yang bergelar Hendrick (Bausani, 232). Sistem ejaan Pigafetta
dikatakan berdasarkan sistem ejaan bahasa Itali daripada dialek Vicentine, iaitu
tempat asalnya (ibid). Senarai perkataan itu dinamakan sebagai kosa kata
yang digunakan oleh orang Moorish atau Muslim dan berikut merupakan
senarai kosa kata yang dipetik daripada Bausani (1960).

SENARAI KOSA KATA MELAYU DARIPADA PIGAFETTA BERTARIKH 1521 M

Senarai Figafetta Bahasa Inggeris Ejaan Rumi


(terjemahan daripada bahasa Bahasa
Melayu
Itali dalam senarai asal) Sekarang
1. Allah God Allah
2. Islam Muslim Moor Islam
3. Mischit Mosque Masjid
4. Bapa Father Bapa
5. Mama, ambui Mother Mama, ibu
6. anach Son Anak
7. Saudala, sapopu Brother Saudara,
Rajah 1.0

2
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI ABAD KE-17

Kewujudan manuskrip Melayu sejak abad ke-16 telah membuktikan kepada masyarakat
Melayu bahawa mereka telah terlibat secara meluas dalam aktiviti penulisan dan
bahasa. Kedatangan orang Eropah iaitu bermula dari orang Portugis pada tahun 1511
ke Tanah Melayu dan diikuti oleh orang Belanda dan Inggeris pada abad ke-16 dan ke-
17 telah meningkatkan lagi usaha terhadap penyusunan dan pengumpulan kosa kata
bahasa Melayu.

3.1 Ejaan Rumi Kaedah Belanda-Latin : Kamus Melayu-Latin-Melayu (1631)

Ejaan Rumi kaedah Belanda-Latin merupakan penulisan bahasa Melayu yang


dapat menarik perhatian kita. Ejaan ini tercatat dalam kamus-tatabahasa
Dictionarium Malaico-Latinum et Latino-Malaicum yang diterjemah oleh Davidis
Haex daripada bahasa Belanda dan telah diterbitkan di Rome pada tahun
1631. Namun, kata-kata Melayu yang terdapat dalam kamus terjemahan
Davidis Haex tidak dapat dipastikan bahawa kata-kata tersebut merupakan
kutipan sepenuhnya tanpa sebarang perubahan bentuk dan ejaan mahupun
penyesuaian semula dengan ejaan Latin atau seumpamanya. Menurut
penelitian terhadap kata-kata Melayu dalam kamus Haex yang berjumlah lebih
daripada 1795 kata masukan bahasa Melayu telah menyerlahkan perlakuan
ejaan ruminya dari segi aspek grafem vocal, grafem diftong, sistem
keharmonian huruf vokal, grafem konsonan, penulisan kata, penggunaan tanda
sempang dan penulisan imbuhan. Jika dirumuskan, ejaan rumi dalam kamus
Haex dilihat lebih sempurna dan kemas, khususnya dari aspek vokal apabila
dibandingkan dengan glosari Pigafetta atau pembendaharaan kata Cornelis
yang mengandungi banyak variasi serta panggunaan grafem yang tidak kukuh.

3
4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI ABAD KE-18

Pada awal abad ke-18, kepentingan dan penyebaran bahasa Melayu sebagai
bahasa Dagang, lingua franca, bahasa pemerintah serta bahasa ilmu pengetahuan
menjadi sebab utama orang-orang Eropah berminat untuk mempelajari dan
memahami bahasa tersebut untuk kepentingan tertentu khususnya dalam hal
ekonomi dan perdagangan mereka yang telah bertapak kukuh di Tanah Melayu.

4.1 Ejaan Rumi Thomas Bowrey (1701)

Karya besar pertama yang telah dihasilkan ialah merupakan Kamus-


Tatabahasa Bowrey. Kamus ini dihasilkan dengan tujuan-tujuan tertentu dan
dianggap mempunyai jasa yang besar oleh Masden (1812). Bowrey dikatakan
telah menggubal kamus-tatabahasa daripada pemerhatian dan
pemahamannya sendiri kerana dia tidak mempunyai pengetahuan tentang
karya-karya sebelumnya serta tidak merujuk bahasa Melayu tulisan Jawi yang
telah wujud sejak awal abad ke-17. Oleh itu, sistem bunyi bahasa Melayu yang
dihasilkan dengan huruf Latin irtu dikatakan terhasil daripada pemahaman
Bowrey terhadap bunyi-bunyi Melayu yang sesuai dengan sebutannya sendiri.
Dapat dirumuskan bahawa sistem ejaan Rumi Bowrey merupakan proses
mengeja yang berdasarkan pada bunyi perkataan Melayu seperti yang
dituturkan oleh orang Inggeris lalu dieja mengikut sistem ejaan bahasa Inggeris
yang digunakan pada masa itu.

4.2 Ejaan Rumi J. Howison (1800-1801)

Pada abad ke-19, pengajian bahasa Melayu mengalami zaman reorientasi


kegiatan-kegiatan tatabahasa dan leksikologi bahasa Melayu yang sangat
produktif. Antara ciri yang diperlihatkan ialah bahasa Melayu merupakan satu
media massa yang bernilai dan utama di Nusantara. Perkara ini diberi

4
perhatian penuh agar dapat diperkembangkan dengan lebih luas khususnya
kepada dunia Eropah tentang pendekatan ilmu pengetahuan dan metodologi
yang ilmiah. Bowrey mula menghasilkan kamus-tatabahasanya setelah hampir
seabad berlalu dan menyebabkan bahasa Melayu kembali diminati oleh orang-
orang Inggeris. Abad ke-19 dimulai dengan usaha J. Howison yang
menerbitkan sebuah buku tatabahasa pada tahun 1800 dan kamus pada tahun
1801. Howison telah membuat penambahan terhadap tulisan Jawi kepada
kata-kata Melayu dalam bentuk ejaan rumi. Malangnya, orang-orang yang
ditugaskan untuk tujuan tersebut kurang menguasai bahasa Melayu dengan
baik (Marsden, 1812).

5.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI ABAD ke-19 SEHINGGA


MERDEKA

Pada abad ke-20, sistem ejaan rumi dilihat menjadi penting disebabkan ejaan Jawi
tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu dengan tepat
terutamanya bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Proses pengkajian
terhadap sistem bunyi bahasa Melayu selalu dikelirukan dengan pengkajian
tentang sistem tulisan dan ejaan. Bermula pada tahun 1904, rancangan
pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah mula dilaksanakan dan telah
disempurnakan pada tahun 1972. Berikut merupakan sistem ejaan rumi yang
pernah wujud pada ketika itu:

i. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)

ii. Sistem Ejaan Za’ba (1949)

iii. Sistem Ejaan Fajar Asia

iv. Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956)

v. Sistem Ejaan Rumi PBMUM (1959)

vi. Sistem Ejaan Rumi Baru (1972)

5
5.1 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)

Sistem ejaan ini digunakan di semua sekolah umum dan sistem ini sama serta
seragam dengan yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an.
Sistem ejaan ini dikatakan merupakan hasil penambahbaikan daripada sistem
ejaan yang digunakan dalam kamus Maxwell. Kamus Maxwell tersebut
menerapkan kaedah tulisan rumi Shellabear, kaedah baba peranakan serta
kaedah tulisan rumi Melayu-Belanda. Menurut penelitian, sistem ejaan
Wilkinson menerapkan huruf-huruf vocal a, e (taling), e (pepet), I, o dan u.
Ejaan Wilkinson juga menggunakan rangkap konsonan ch untuk
menggambarkan bunyi c, sh sebagai bunyi sy (ejaan sekarang), kh, ng, ny,
th,dh dan dz.

5.2 Sistem Ejaan Za’ba (1933)

Sistem ejaan Za’ba merupakan ringkasan daripada nama Zainal Abidin bin
Ahmad dan sistem ini juga dikenali sebagai ejaan sekolah. Sistem ini dikatakan
terhasil daripada penambahbaikan daripada sistem ejaan Wilkinson. Menurut
Za’ba, ejaan rumi tersebut terhasil mengikut kaedah yang sering disebut di
Malaya atau lebih dikenali sebagai “ejaan sekolah”. Terdapat huruf-huruf saksi
a, e, i, o dan u serta rangkap konsonan sama seperti yang digunakan oleh
Wilkinson.

5.3 Sistem Ejaan Fajar Asia

Pemerintah tentera Jepun telah memperkenalkan sistem ejaan ini melalui


majalah Fajar Asia. Tujuan sistem ejaan ini diperkenalkan adalah untuk
menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu pada ketika Sumatera dan
Malaya bersatu di bawah satu pemerintahan. Penggunaan konsonan-konsonan

6
Wilkinson atau Za’ba dikekalkan tetapi juga menggunakan vokal Ophuysen
kecuali oe diganti dengan u.

5.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956)

Ejaan Kongres ialah sistem ejaan rumi bagi bahasa Melayu yang telah
dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada
tahun 1956. Sistem ejaan kongres ini menerapkan tiga diftong iaitu aw, ay dan
oy sebagai menggantikan diftong au, ai dan oi.

5.5 Sistem Ejaan Rumi PBMUM (1959)

Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga tahun 1956, ejaan
Rumi PBMUM telah digunakan dalam kalangan akademik. Kaedah PBMUM
bukan satu kaedah ejaan rasmi yang telah diperakukan namun merupakan
percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan rumi bahasa Melayu dengan
bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir sama dengan ejaan Fajar Asia dan
Ejaan Soewandi. Walaubagaimanapun, ejaan bersama (Ejaan Malindo tahun
1959) ini tidak berhasil dilaksanakan.

5.6 Sistem Ejaan Baru (1972)

Setelah melalui beberapa kali rundingan, ejaan bersama Indonesia-Malaysia


atau dikenali sebagai Sistem Ejaan Baru telah digunakan secara rasmi pada 16
Ogos 1972. Sistem ejaan ini merupakan sistem yang disebut berdasarkan
ejaan walaupun ejaan-ejaan yang sebelumnya haruslah disesuaikan dengan
sebutan terutamanya dari segi pemakaian istilah.

6.0 Penutup

7
Kesimpulannya, dapat kita katakan bahawa setiap perubahan yang berlaku dalam
sistem ejaan rumi ini telah memberi impak yang agak besar terhadap ejaan rumi
kita pada hari ini. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia selaku pengguna ejaan
rumi perlu bekerjasama menjaga keaslian ejaan rumi agar dapat kekal sehingga ke
generasi yang akan datang.

8
9

You might also like