You are on page 1of 3

Nenas

Nanas atau nenas (Jawi: ‫نانس‬, ‫ ننس‬atau ‫ ;ناناس‬nama saintifik: Ananas comosus) ialah
sejenis tumbuhan tropika

yang tumbuh asal di kawasan merangkumi sebahagian Brazil, Bolivia, dan Paraguay.
Tumbuhan ini berada

dalam kumpulan bromeliad (yakni keluarga Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah


saka bak herba (herbaceous

perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang
tebal. Buah nanas tergolong

dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok.

Buah nanas merupakan antara buah tropika paling giat ditanam dan didagangkan:
hasil tanaman nanas pada

tahun 2019 mencecah 28.2 juta tan metrik oleh Costa Rica, Filipina, Brazil, dan
Indonesia sebagai negara-

negara pengeluar terbesar.

Pada tahun 2016, Costa Rica, Brazil dan Filipina menyumbang hampir satu pertiga
daripada pengeluaran nanas

di seluruh dunia.

Khasiat
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk
melembutkan daging). Ia juga mengadungi

asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Perubatan
Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan
buang air kecil, merangsang penghadaman,
sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan
untuk rawatan pelbagai penyakit

paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai
untuk ibu yang mengandung.

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. [perlu rujukan] Dua molekul daripada
nanas menunjukkan hasil yang baik

bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah
berkenaan dengan kandungan bromelain

dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah.[28]Salah satu molekul yang
dikenali sebagai CCS menghalang protin

yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan
sistem imuniti badan pesakit bagi

melawan sel barah.[perlu rujukan] Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan
C yang tinggi.

Kegunaan lain
Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid
askorbik, asid malik dan asid sitrik.

Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas
pula yang diperoleh dari daun nanas

boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi
masalah kekeringan di bahagian bibir

dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah
kencing tidak lawas. Enzim yang

terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya
tahan badan serta hapuskan fibrin

yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan
perjalanan haid serta berkesan dalam
mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

You might also like