You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU EMPAT (1) JALAN IPOH

51200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT (PEMUAFAKATAN) JAWATANKUASA KEBERSIHAN


BIL. 01/2014

Tarikh : 17 Februari 2014 (Isnin)


Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Pn. Azlinda Sham Binti Abdullah Sani
Kehadiran : 15/17 orang

1. Pn. Azlinda Sham Binti Abdullah Sani (Guru Besar)


2. En. Dzulkifli Bin Abd Jalil (GPK Tadbir & Kurikulum)
3. Pn. Anizai Binti Tun Wahab (GPK Hal Ehwal Murid)
4. En. Abdullah Bin Shuib (GPK Kokurikulum)
5. Pn. Norunnisa Binti Abdullah (GPK PPKI)
6. En. Md. Yusof Bin Mammu (GPK T&K SKBE 2)
7. En. Roslee Bin Yahaya (GPK HEM SKBE 2)
8. Pn. Che Noryati Che Aman (GPK Koko SKBE 2)
9. Pn. Thanaletchumy a/p Sinniah (Wakil Kontraktor Kebersihan)
10. Pn. Suriza Binti Yusof
11. Pn. Rosliza Binti Mohamed Yusoff (Setiausaha)

Turut Hadir :
1. En. Azman Bin Saud@Zainol (Penyelaras JK Keselamatan)
2. Pn. Suriani Binti Ibrahim (Setiausaha JK Keselamatan)
3. Pn. Rosmaniza Bt Sulung (Pengawal Keselamatan)
4. En. Mohamad Bebe

Tidak Hadir :
1. Pn. Lee (Cuti Sakit)
2. Pn. Noraini Binti Abd Salim (Cuti Bersalin)

Agenda 1.0 : Kata Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran barisan


pentadbir SK Batu Empat (2), wakil dari syarikat kontraktor keselamatan dan pembersihan
serta ahli jawatankuasa mesyuarat semuanya.
Tindakan : Makluman

1.2 Beliau menyatakan rasa kesal kerana sepatutnya mesyuarat pemuafakatan ini perlu
dilakukan lebih awal sebagai langkah persediaan mengelak perkara yang tidak diingini
dari berlaku dan untuk sama-sama berbincang penambahbaikan yang harus dibuat agar
semua manfaat dapat dirasai bersama.
Tindakan : Makluman

1.3 En Roslee menyampaikan rasa terharu Guru Besar SK Batu Empat (2) yang sedang
bercuti sakit dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang SK Batu Empat (1)
berikan. Beliau menyatakan harapan agar dapat memperbaiki segala kekurangan dan
meneruskan apa yang baik daripada tahun-tahun sebelum ini.
Tindakan : Makluman

1
1.4 Pn. Azlinda Sham mendoakan agar Pn. Lee (Guru Besar SK Batu Empat 2) segera
sembuh dan dapat kembali bertugas seperti sedia kala.
Tindakan : Makluman

Agenda 2.0 : Kebersihan Sekolah

2.1 Parkir Motor


En. Roslee memaklumkan bahawa kawasan berhampiran kolam dan Pondok Ilmu SK
Batu Empat (2) akan dibersihkan untuk dijadikan kawasan parkir motosikal mereka.

Tindakan : Makluman

2.2 Alat Pemadam Api


SK Batu Empat (1) akan menyediakan 7 tong alat pemadam api yang akan ditempatkan
masing-masing 2 tong di Blok A dan D, 1 tong di Makmal Sains, 1 tong di Bilik Kemahiran
Hidup, dan 1 tong di kelas Prasekolah. Manakala SK Batu Empat (2) akan membeli 6
tong alat pemadam api iaitu 2 tong akan diletakkan di setiap blok B dan C, 1 tong di
Makmal Komputer dan 1 tong di Bilik Kemahiran Hidup.
Tindakan : Makluman

2.3 Fail Aset


En. Abdullah menyatakan sebarang pembelian peralatan yang melibatkan pengeluaran
invois perlu dimasukkan dalam fail aset. Pn. Anizai memaklumkan bahawa alat pemadam
api yang dibeli memang melibatkan invois. Justeru alat pemadam api ini akan difailkan
sebagai aset sekolah.
Tindakan : Makluman

2.4 Saman dari Pejabat Kesihatan Jinjang


Pn Azlinda Sham memaklumkan bahawa tuntutan bayaran Syarikat Kontraktor
Pembersihan bagi bulan Januari akan dipotong memandangkan sekolah perlu membayar
saman akibat penemuan jentik-jentik pada takungan air di pecahan pasu bunga. Justeru,
selepas ini pekerja pembersihan perlu membuang sebarang buangan dari kawasan
sekolah untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
Tindakan : Makluman

2.5 Longkang Belakang Prasekolah


En. Roslee mencadangkan satu hari dipilih untuk mengadakan gotong-royong bagi
mencuci longkang di belakang kelas prasekolah dengan bantuan pekerja pembersihan.
Aliran longkang ini telah tersumbat beberapa lama menyebabkan penghasilan bau yang
kurang menyenangkan di samping kehadiran nyamuk aedes yang membahayakan murid-
murid prasekolah.
Tindakan : Pn. Anizai Bt Tun Wahab

2.6 Tingkap kelas berhabuk


Pn. Azlinda Sham memaklumkan bahawa tingkap-tingkap kelas amat berhabuk dan kotor.
Memandangkan sekolah akan menerima pelawat dari luar pada minggu depan, beliau
amat berharap agar tingkap-tingkap ini segera dilap dan sentiasa dipastikan
kebersihannya setiap masa.
Tindakan : Makluman

2.7 Lantai Laman Teduh Kotor


Guru Besar juga meminta agar lantai Laman Teduh dimop pada awal pagi Isnin setiap
minggu kerana kotor dan hitam sedangkan pada pagi tersebut perhimpunan mingguan
akan diadakan.
Tindakan : Makluman

2
2.8 Pemeriksaan Rutin Pagi Isnin
Pekerja Pembersihan juga perlu memastikan pada setiap pagi hari Isnin beberapa
kawasan ini dipastikan bersih iaitu :

2.8.1 Pintu Pagar Utama (daun-daun kering)


2.8.2 Longkang antara blok A dan B
2.8.3 Tandas dan pejabat
2.8.4 Laman Teduh

Tindakan : Makluman

2.9 Jadual Perancangan Kerja Pembersihan


En. Roslee meminta agar satu salinan Jadual Perancangan Kerja Pembersihan Mingguan
yang disediakan syarikat dapat diserahkan kepada setiap sekolah agar sekolah dapat
memantau kerja-kerja pembersihan yang dilakukan.
Tindakan : Makluman

2.10 Kebersihan Bilik-bilik Khas


Guru boleh meminta bantuan pekerja pembersihan untuk membersihkan bilik-bilik khas.
Pekerja pembersihan pula perlu melaporkan kepada pihak sekolah jika terdapat sesuatu
yang janggal berlaku di dalam blik khas yang dibersihkan. SK Batu Empat (2) telah
kehilangan satu unit televisyen dan pencurinya tidak dapat dikesan akibat sikap tidak
berrtanggungjawab ini.
Tindakan : Makluman

2.11 Bilik Rehat Pekerja Pembersihan


En. Roslee telah mengesan sebuah kipas di dalam bilik rehat pekerja pembersihan.
Apabila ditanya mereka mengaku bahawa kipas ini telah diambil oleh pekerja dari bilik j-
QAF SK Batu Empat (2) tanpa kebenaran. Pihak sekolah amat kesal dengan sikap tidak
bertanggungjwab ini dan akan bertindak lebih tegas kerana sekolah tidak lagi meletakkan
sepenuh kepercayaan kepada pekerja pembersihan selepas ini.

Tindakan : Makluman

2.12 Tong Sampah Hitam


Pihak sekolah meminta agar syarikat kontraktor pembersihan dapat memperbanyakkan
tong sampah hitam di luar bangunan. Manakala bakul sampah pula disediakan oleh
sekolah.
Tindakan : Makluman

Agenda 3.0 : Hal-hal Lain

3.1 Pihak sekolah meminta agar grill ditutup selepas habis waktu persekolahan terakhir iaitu
pada pukul 6:20 petang atau selepas kelas malam oleh pengawal bertugas sekiranya ada
kelas malam.
Tindakan : Makluman

3.2 Murid yang hadir pada kelas malam tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
terutama pada waktu rehat pada pukul 9:00 malam.
Tindakan : Makluman

3.3 SK Batu Empat (2) bercadang untuk mengadakan langsir kelas dan berkongsi kosnya
dengan SK Batu Empat (1) bagi kelas yang digunakan bersama. Sekiranya pihak SK Batu
Empat (1) bersetuju, pihak SK Batu Empat (2) akan mengambil tindakan seterusnya.

Tindakan : Pn. Anizai Bt Tun Wahab

3
Agenda 4.0 : Ucapan Penangguhan/Penutup

Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana memberi perhatian dan memohon semua pihak
agar mengambil tindakan proaktif bagi memastikan keselamatan dan kebersihan sekolah
terjamin dan terjaga sentiasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 petang.

Disediakan Oleh,

Pencatat Minit: Pn. Rosliza Bt Mohamed Yusoff ………………………………

Disemak oleh:

________________________________
(AZLINDA SHAM BT ABDULLAH SANI)
Guru Besar,
SK Batu Empat (1), Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur.

You might also like