You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

KUCHING, SARAWAK

LAPORAN

AKTIVITI BULAN RAMADHAN


LAJNAH TA’MIR 2021/2023

TARIKH:

SEPANJANG RAMADAN

HARI:

SETIAP HARI

MASA:

SELEPAS ASAR

TEMPAT:

MASJID AL-MUALLIMIN

ANJURAN:

LAJNAH TA’MIR 2021/2023

PENGERUSI:

ABANG MOHAMMAD IKRAM BIN ABANG HASHIM


AKTIVITI 1: MEDAN SYAJA’AH

1.0 PENGENALAN

Medan Syajaah merupakan satu aktiviti perkongsian ilmu. Aktiviti ini telah mula
dilaksanakan bermula pada tahun lepas dan diteruskan ke tahun ini dengan
memperkenalkan beberapa elemen baru untuk memastikan program ini terus
menyajikan perkongsian ilmu yang berkualiti. Aktiviti ini diharapkan dapat mencapai
objektif BADAR.

2.0 OBJEKTIF AKTIVITI


1. Dapat berkongsi ilmu
2. Dapat menggalakkan siswa guru supaya lebih berani melangkah ke
hadapan
3. Dapat mengeratkan ukhwah sesama siswa guru
3.0 LATAR BELAKANG AKTIVITI
1. 3 orang siswa guru akan tampil ke hadapan setiap bulan untuk berkongsi
ilmu dalam bentuk forum
2. Ahli forum memilih satu tajuk yang berkaitan tentang agama
3. Mereka perlu menyerahkan tajuk perkongsian yang telah mereka pilih
kepada wakil ajk Medan Syajaah
4. Forum akan berlangsung selama 30 minit (maximum)
4.0 HARI, TEMPAT, TARIKH DAN MASA
Hari: Rabu
Tempat: TEMPAT KEDIAMAN MASING-MASING (GOOGLE MEET)
Tarikh:
Masa: Selepas Asar
5.0 KUMPULAN SASARAN
1. Semua siswa guru muslim terutamanya siswa guru dari kumpulan
PISMP Ambilan Jun 2020, Ambilan 2020, PISMP Ambilan Jun 2021,
PISMP JUN 2022 dan PPISMP Jun 2022.
2. Siswa guru non-muslim digalakkan menyertai sebagai penonton.
AKTIVITI 2: TADARUS AL-QURAN

Tarikh : bermula 1 Ramadan sehingga 29 Ramadan

Hari : Sepanjang Ramadhan

Tempat : Masjid Al-Mu’allimin IPGKBL atau Secara Atas Talian

Masa : Bila-bila masa

Objektif :
- Menimbulkan kesedaran kepada siswa guru Islam IPGKBL mengenai kepentingan
membaca al-Quran

Kumpulan Sasaran :
Wajib kepada pelajar Pengajian Agama dan terbuka kepada semua pelajar muslim IPGKBL.

Laporan Program :
Program Tadarus al-Quran ini diadakan bermula pada 1 Ramadan. Tadarus Al-quran
ini merupakan sebuah program yang wajib bagi semua pelajar pengajian agama dan terbuka
untuk semua pelajar muslim IPGKBL. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik
siswa guru mengenai kepentingan membaca al-Quran dalam kehidupan khususnya pada
bulan Ramadhan yang mulia ini.

• Ringkasan Program Yang Dilaksanakan


- Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seorang naqib naqibah
akan dilantik untuk mengetuai bacaan tadarus.
- Naqib naqibah yang dilantik perlu menubuhkan satu group Whatsapp untuk setiap
kumpulan.
- 30 juzuk al-quran akan dipecahkan dan setiap kumpulan akan diberikan juzuk yang
berlainan dan perlu menghabiskan juzuk tersebut sebelum tamat bulan ramadhan.
- Naqib naqibah akan mengambil gambar semasa tadarus dilaksanakan sebagai bukti
pelaksanaan tadarus dan dihantar kepada Ketua atau Penolong Lajnah Tamir.
- Aktivti tadarus boleh dilaksanakan secara Google Meet (GM) atau bersemuka di
Masjid Al-Mualimin mengikut kesesuaian naqib naqibah.
- Secara keseluruhannya, setiap kumpulan telah berjaya menamatkan semua juzuk
yang diberikan dalam bulan ramadhan.
AKTIVITI 3: MAJLIS TAKLIM (BACAAN HADITH)

Tarikh : 1 Ramadan – 29 Ramadan

Hari : Sepanjang Ramadan

Tempat : Masjid Al-Muallimin

Masa : Selepas Solat 5 waktu

Objektif :
- Berkongsi kepada siswa guru Islam IPGKBL mengenai potongan hadith yang dapat
dihafal atau dibaca
Kumpulan Sasaran :
Semua pelajar muslim Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Gambaran pelaksanaan:
Program MAJLIS TAKLIM (BACAAN HADITH) ini bermula pada 1 Ramadan 2023 dan
dilaksanakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan selepas solat lima waktu. Program ini
telah dianjurkan oleh Lajnah Tamir dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
IPGKBL sesi 21/23. Program ini melibatkan kesemua pelajar muslim IPGKBL. Program ini
juga adalah bertujuan untuk berkongsi kepada siswa guru Islam IPGKBL mengenai potongan
hadith yang dapat dihayati maknanya dan isinya sepanjang bulan Ramadan supaya dapat
meningkatkan rasa cinta kepada Rasul di samping menambahkan rasa Taqarrub kepada
Allah.
• Ringkasan Program Yang Dilaksanakan
- Para Imam yang bertugas untuk setiap solat Fardhu akan membaca mana-
mana potongan Hadith berdasarkan Kitab Muntakhab Al-Ahadith.
AKTIVITI 4: KULIAH SUBUH

Tarikh: Setiap hari sabtu


Hari: Sabtu
Tempat: Masjid Al-Muallimin, IPG Kampus Batu Lintang
Masa: 6:00 pagi (selepas subuh)
Objektif:
- meningkatkan kefahaman antara siswa-siswa guru Islam dalam bidang Hadith
terutama Hadith 40 Imam Nawawi.
Kumpulan sasaran: semua siswa guru Islam IPGKBL
Penceramah: Ustaz Mohd Daud bin Muhamad (Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral)
Gambaran pelaksanaan: Kuliah Subuh merupakan sebuah program yang bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman antara siswa-siswa guru Islam dalam bidang Hadith terutama
Hadith 40 Imam Nawawi. Selain penumpuan kepada bidang al-Quran, bidang Hadith turut
tidak terkecuali untuk diberikan penekanan dalam diri siswa guru Islam.

You might also like