You are on page 1of 5

NOTIS PERMOHONAN PLAINTIF

ATURAN 14 KKM2012

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR

DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA

GUAMAN SIVIL NO: ___________________

ANTARA

ABC
(No.123) …PLAINTIF

DAN

EFG
(NO. K/P: ) …DEFENDAN

NOTIS PERMOHONAN
(Di bawah Aturan 14 Kaedah 1 dan/atau 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)

BENARKAN SEMUA PIHAK YANG BERKENAAN hadir di hadapan Hakim

(atau Pendaftar) dalam Kamar/Mahkamah Terbuka pada hari

haribulan 2021, pada pukul pagi/petang untuk mendengar

permohonan pihak Plaintif di bawah Aturan 14 Kaedah 1 dan/atau 2 Kaedah-Kaedah

Mahkamah 2012 (“KKM2012”) dan/atau dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 (“KKM2012”)

dan/atau di bawah bidang kuasa Mahkamah yang sedia ada bahawa Plaintif diberi

kebebasan untuk memasukkan Penghakiman Terus terhadap Defendan seperti

berikut:-
(i) Bahawa Defendan menyerahkan milikan kosong premis yang dikenali sebagai

dan mempunyai alamat di MANA kepada Plaintif dalam tempoh 7 hari daripada

penyerahan perintah Mahkamah;

(ii) Bahawa Defendan membayar jumlah sebanyak RM_____, iaitu Sewa

Tertunggak tersebut setakat BILA kepada Plaintif;

(iii) Bahawa Defendan membayar sewa dua kali ganda sebanyak RM____ sebulan

daripada BILA sehingga tarikh pemberian milikan kosong kepada Plaintif;

(iv) Bahawa Defendan membayar faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah

penghakiman yang dikira dari tarikh pemfailan Writ ini sehingga tarikh

penyelesaian penuh kepada Plaintif;

(v) Bahawa Defendan membayar kos tindakan ini atas dasar peguamcara dan

anak guam; dan

(vi) Apa-apa relif lain dan selanjutnya yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Yang

Mulia ini.

Alasan-alasan ringkas bagi permohonan ini adalah seperti berikut:-

(i) Pada TAIRKH, Defendan telah memasuki suatu Perjanjian Sewa dengan Plaintif

untuk menyewa Premis tersebut.


(ii) Selepas itu, Plaintif dan Defendan telah bersetuju dan/atau memasuki perjanjian

tambahan (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Sewa Tambahan tersebut”)

untuk melanjutkan tempoh penyewaan tempoh penyewaan Premis tersebut

sehingga BILAdengan sewa sebanyak BERAPA sebulan.

(iii) Namun, Defendan gagal menyerahkan milikan kosong Premis tersebut kepada

Plaintif pada tarikh tamat Perjanjian Sewa Tambahan tersebut dan terus

menduduki Premis tersebut. Oleh itu, selepas BILA, Defendan telah berada di

Premis tersebut sebagai penyewa bulan ke bulan.

(iv) Namun, Defendan telah gagal membayar kadar sewa yang dipersetujui, iaitu

RM_____ sebulan dan telah membuat pembayaran sewenang-wenangnya.

Setakat BILA, Defendan telah gagal membayar sewa tertunggak sebanyak

BERAPA kepada Plaintif walaupun telah diminta, dituntut dan/atau diingatkan

oleh Plaintif pelbagai kali.

(v) Justeru itu, Plaintif melalui surat tuntutan peguamcara Plaintif, iaitu Tetuan

HEBAT, yang bertarikh BILA telah:-

(a) menuntut daripada Defendan untuk membayar sewa tertunggak

sebanyak BERAPA setakat BILA;

(b) memberi notis menamatkan penyewaan Defendan walaupun telah diberi

sebelum ini, serta menuntut pemberian milikan kosong Premis tersebut

dalam tempoh masa satu (1) bulan iaitu, pada atau sebelum BILA;

dan/atau
(c) memberi notis menyatakan bahawa Plaintif akan menuntut sewa dua

kali ganda (‘double rental’) sebanyak BERAPA sebulan selepas BILA,

iaitu bermula dari BILA.

(vi) Selanjutnya, Plaintif melalui surat peguamcara Plaintif, Tetuan HEBAT yang

bertarikh BILA telah memberi peringatan terakhir sekali lagi kepada Defendan.

(vii) Selepas permulaan tindakan ini, pada BILA, peguamcara Defendan, iaitu Tetuan

MANA telah memaklumkan kepada peguamcara Plaintif, Tetuan HEBAT

bahawa Defendan akan pindah keluar dari Premis tersebut dan/atau

menyerahkan milikan kosong pada akhir bulan BILA.

(viii) Namun demikian, sehingga ke hari ini, Defendan masih lagi gagal dan/atau

enggan dan/atau abai untuk membayar sebarang tunggakan sewa yang masih

terakru dan berterusan sehingga kini dan juga menyerahkan milikan kosong

Premis tersebut kepada Plaintif tanpa sebarang alasan yang munasabah

dan/atau walaupun pelbagai peringatan telah diberikan kepada peguamcara

Defendan dan/atau Defendan.

(ix) Defendan tiada pembelaan yang bermerit.

Alasan-alasan selanjutnya dan/atau terperinci bagi permohonan ini adalah

sepertimana yang dinyatakan di dalam Afidavit ABC yang telah diikrarkan pada BILA

dan difailkan bersama-sama di sini.


Bertarikh pada haribulan 2023

……………………………….
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur

NOTIS PERMOHONAN ini difailkan oleh TETUAN HEBAT HEBAT

You might also like