You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/305471924

Program Kepimpinan Pengawas – Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane


dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Article · November 2015

CITATIONS READS

0 5,039

4 authors, including:

Aznan Che Ahmad Salizawati Omar


Universiti Sains Malaysia
5 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   
35 PUBLICATIONS   64 CITATIONS   
SEE PROFILE
SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

research for PhD View project

All content following this page was uploaded by Aznan Che Ahmad on 21 July 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Program Kepimpinan Pengawas – Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane
dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Aznan Che Ahmad¹, Syed Mohamad Syed Abdullah¹, Salizawati Omar², Mona Lim²
¹ Univerisiti Sains Malaysia
²Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane

Abstrak

Penulisan ini adalah mengenai jalinan kerjasama di antara industri iaitu Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dan masyarakat iaitu Sekolah
Kebangsaan Convent Green Lane dalam menjayakan program kepimpinan pengawas
sekolah. Dalam artikel ini, penulis berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan bagi menanam ciri-ciri positif diri peserta yang terdiri daripada murid-
murid sekolah yang telah dipilih sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat
sumber dalam aspek kepimpinan, ketrampilan, keyakinan diri, kemahiran
menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan
semasa program ini juga dibincangkan dalam artikel ini sebagai perkongsian
maklumat dengan masyarakat, khasnya sekolah-sekolah yang ingin merancang
program seumpamanya. Artikel ini juga membincangkan mengenai maklum balas
daripada guru sekolah berkenaan mengenai kesan program ini kepada pengawas
sekolah dan juga pengawas pusat sumber.

Kata kunci: kepimpinan pengawas, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber,


kepimpinan

Pengenalan

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu
atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan
menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan
kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin”
(Kamus Dewan, 2007). Koontz (1984) pula telah mendefinisikan kepimpinan sebagai
pengaruh atau proses mempengaruhi manusia yang lain supaya mereka dapat
berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama. Kepimpinan juga
boleh didefinisikan kemahiran untuk mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap
dan tingkah laku subordinat iaitu murid-murid lain bagai mencapai matlamat sekolah
(Yahya Don, 2005).

Setiap sekolah pasti mempunyai pengawas yang mereka telah kenal pasti
dalam kalangan murid-murid di sekolah mereka yang berpotensi. Pemilihan
pengawas ini bukanlah suatu tugas yang mudah sebab jawatan kuasa pemilihan perlu
teliti dan melihat daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan bersetuju
memilih atau tidak seseorang murid untuk dilantik sebagai pengawas sekolah atau
pun pengawas pusat sumber atau pengawas dalam bidang lain.

Pengawas sekolah merupakan murid yang telah terpilih berdasarkan kriteria


tertentu untuk diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya
dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin murid ke tahap yang lebih baik. Biasanya
pengawas ini dianggap sebagai mata dan telinga pihak sekolah. Pengawas ini

1
merupakan murid yang dikategorikan sebagai kanak-kanak, oleh itu mereka amat
memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan
berketerampilan dalam menguatkuasakan peraturan sekolah serta membantu
mengawal disiplin murid lain yang juga merupakan rakan sebaya mereka, atau rakan
yang lebih berumur atau lebih muda daripada mereka. Bagi merealisasikan tujuan ini,
pengawas ini perlu diberikan bimbingan, panduan, dan motivasi.

Untuk memperolehi tahap keyakinan diri yang tinggi dan kemampuan


melaksanakan tugas dengan cemerlang, pengawas-pengawas yang dilantik ini
perlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk
ajar kepada mereka. Percambahan minda juga merupakan salah satu cara yang
berupaya memantapkan keyakinan terhadap tugas yang diamanahkan kepada
mereka.

Berdasarkan perbincangan di atas mengenai pentingnya untuk menyemai


kemahiran kepimpinan yang baik, ketrampilan diri yang boleh dicontohi oleh murid
yang lain, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran bersosial, maka
Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane telah menjalinkan kerjasama dengan
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan untuk mengadakan program ini selama dua hari satu
malam. Program ini juga telah diadakan di dalam kawasan Univerisiti Sains Malaysia.
Semasa program ini berjalan, semua peserta telah bermalam di dalam khemah yang
telah dirikan sendiri iaitu dalam kumpulan.

Objektif Program

Program ini telah dilaksanakan dengan objektif untuk membantu melahirkan murid
pengawas yang mempunyai kebolehan untuk memimpin, bertanggungjawab dan
mempunyai nilai-nilai diri yang positif serta mampu menghadapi cabaran dari semasa
ke semasa. dan juga untuk menerapkan kemahiran kepimpinan organisasi dalam
membentuk individu yang lebih memberi perhatian serta perihatin terhadap tugas dan
tanggungjawab mereka terhadap badan yang diteraju.

Secara lebih terperinci, program ini bertujuan:

i. Mengenali diri sendiri sebagai seorang pengawas dan tanggungjawab


sebagai seorang pengawas.
ii. Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan,
ketrampilkan diri, dan kemahiran kepimpinan.
iii.Berupaya mengendalikan perbincangan secara efektif.
iv. Mewujudkan semangat kerja berpasukan tanpa mempunyai sikap
pentingkan diri sendiri.
v. Membina keyakinan diri untuk berucap di hadapan rakan-rakan dan
orang ramai.
vi. Berupaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dan bertindak secara
bijak.
vii.Menyedari kepentingan tugas mereka di sekolah.
viii.Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
ix.Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan.
x. Mempunyai sahsiah yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa
dan negara.

2
xi. Membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan
berkesan.
xii.Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan.
xiii. Menanam sikap yang bertanggungjawab dan suka terhadap
persekitaran dan dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi.
xiv. Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi “Role Model” kepada murid-
murid yang lain.
xv. Memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta
tanggungjawab sebagai pengawas.

Metodologi Kajian

Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kualitatif di mana data bagi kajian ini telah
dikumpul berdasarkan kaedah temu bual. Data bagi kajian ini telah diperolehi
menerusi kaedah temu bual. Pengkaji telah menggunakan soalan temu bual
berstruktur untuk memudahkan urusan pengumpulan data. Seramai dua orang guru
yang telah terlibat secara langsung dalam Projek Kepimpinan Pengawas ini serta lima
orang murid pengawas yang telah terlibat sebagai peserta dalam program ini telah
ditemubual untuk mendapatkan maklum balas mengenai program yang telah
dijalankan ini. Responden yang terdiri daripada peserta program ini telah dipilih
menerusi persampelan rawak mudah di mana setiap peserta mempunyai peluang
yang sama untuk terpilih sebagai responden untuk ditemubual.

Dapatan Kajian dan Perbincangan

Slot 1 “Kenapa Anda di Sini”

Slot “Kenapa Anda di Sini” ini telah


dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi
semangat, motivasi, dan kesedaran awal
kepada para peserta mengenai kenapa
mereka berada di Universiti Sains Malaysia
untuk program selama dua hari ini. Slot ini
telah melibatkan aktiviti ceramah kesedaran,
motivasi diri serta ‘brain storming’ mengenai
kenapa mereka telah terpilih untuk sebagai
pengawas berbanding rakan-rakan mereka
yang lain. Para peserta telah diminta berkongsi
pandangan mereka mengenai kelebihan diri
masing-masing yang mereka rasakan telah
menyebabkan mereka telah terpilih untuk
mengikuti program ini, sama ada sebagai
pengawas sekolah atau pun pengawas pusat
sumber.

Slot “Kenapa Anda di Sini” juga telah dilaksanakan untuk memberi kesedaran
kepada para peserta bahawa mereka harus bersyukur sebab mereka telah terpilih

3
untuk menjadi pengawas sekolah atau pun pengawas pusat sumber berbanding
rakan-rakan mereka yang lain yang juga telah turut menghantar permohonan untuk
menjadi pengawas tetapi tidak berjaya terpilih. Pemilihan pengawas di sekolah ini
adalah di bawah tanggungjawab jawatan kuasa pemilihan pengawas yang menilai
setiap murid yang memohon untuk menjadi pengawas daripada pelbagai sudut seperti
akademik, kokurikulum, kemahiran sosial, penerimaan rakan sebaya dan murid lain,
kemampuan memimpin, kepetahan bercakap, dan dalam aspek yang difikirkan
penting untuk dimiliki oleh seseorang pengawas serta rujukan guru sekiranya perlu.

Slot 2 “Siapa Saya”

Slot “Siapa Saya” memerlukan keberanian


peserta untuk berada di tengah-tengah
kumpulan semua peserta dan berkongsi
cerita mengenai diri sendiri. Peserta diberi
kebebasan untuk berkongsi sebarang cerita
mengenai diri sendiri dengan peserta yang
lain. Peserta yang secara sukarela untuk
berkongsi cerita mengenai diri sendiri perlu
pergi ke tengah-tengah kumpulan besar
pelajar lain. Walaupun setiap peserta perlu
bercerita megenai diri sendiri, namun tidak
ditetapkan atau dipanggil nama pelajar
berkenaan, sebaliknya mereka bebas untuk
keluar bercerita apabila mereka telah
bersedia. Aktiviti ini memerlukan keberanian
diri dan keyakinan diri untuk keluar dan
berada di tengah-tengah kumpulan kawan-
kawan. Aktiviti ini juga berupaya membina keyakinan diri dalam diri peserta kerana
mudah mudah untuk seseorang berada di tengah-tengah kumpulan peserta yang lain
dan bercakap tanpa menggunakan teks. Walau pun aktiviti ini tidak menampakkan
bahawa semua peserta mesti ke hadpaan, namun fasilitator telah Berjaya
memotivasikan semua peserta untuk memberanikan diri bercakap di tengah-tengah
kumpulan peserta yang lain. Akhirnya, aktiviti ini telah Berjaya mencapai matlamatnya
di mana semua peserta telah bercerita mengenai diri masing-masing.

4
Slot 3 Menyelesaikan Masalah

Dalam slot 3 ini, peserta telah diberi beberapa


kenyataan yang berupaya masalah iaitu situasi yang
berlaku di sekolah. Kesemua pernyataan masalah
yang diberikan memerlukan peserta bertindak
sebagai seorang pengawas, sama ada pengawas
sekolah atau pun pengawas pusat sumber sekolah.
Peserta perlu berbincang dalam kumpulan masing-
masing dan mencadangkan penyelesaian yang
mereka rasakan terbaik dan berkesan untuk diambil
bagi menyelesaikan masalah yang diberikan itu.
Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil
ahli kumpulan ke hadapan untuk menjelaskan
mengenai hasil perbincangan mereka. Hasil
perbincangan mampu menampakkan potensi-potensi
kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan
kreativi dalam menyelesaikan masalah yang di miliki
oleh peserta. Kreativiti dalam menyelesaikan masalah ini akan membantu membina
kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid-murid pengawas ini
apabila mereka berhadapan dengan masalah kelak.

Slot 4 Kreativiti Milik Anda

Slot 4 ini diberi nama “Kreativiti Milik Anda”


memerlukan kerjasama dan kreativiti
dalam merancang strategi bagi
memperagakan pakaian dengan hanya
menggunakan bahan-bahan yang
disediakan. Aktiviti ini amat menuntut
kerjasama semua ahli dalam kumpulan
kerana mereka perlu menghasilkan
kreativiti mereka dalam tempoh masa yang
terhad yang telah diberikan oleh fasilitator.
Percanggahan pendapat ataupun kurang
kerjasama daripada ahli kumpulan akan
memberi impak negatif kepada hasil
produk.

Hasil aktiviti telah menampakkan kreativiti serta sikap kepimpinan dalam diri
sesetengah peserta yang mana menurut guru, murid ini biasanya kurang menyerlah
ketika berada di sekolah.

5
Slot 5 Memasang Khemah

Slot 5 ini pula memerlukan murid “lihat,


faham, buat” di mana semua peserta telah
ditunjukkan demonstrasi mengenai
langkah-langkah memasang khemah
dengan betul. Fasilitator telah
menggunakan kaedah “Analisis Tugasan’
dalam mendemonstrasi langkah-langkah
memasang khemah. Dalam ‘Analisis
Tugasan” ini, fasilitator telah menunjukkan
cara memasang khemah langkah demi
langkah. Kemudian, semua murid perlu
memasang khemah mengikut kumpulan
masing-masing mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan. Dalam aktiviti ini,
sekiranya murid tidak memberi perhatian semasa fasilitator memberi penerangan dan
mendemonstrasikan langkah-langkah pemasangan, maka mereka akan menghadapi
masalah untuk memasang khemah mereka dengan betul dan dalam tempoh masa
yang telah diberikan.

Menerusi aktiviti ini, fasilitator mampu mengenal pasti sikap peserta dalam
memberi perhatian, menerima arahan, dan kemampuan bekerja dalam kumpulan,
yang mana kesemua kemahiran ini amat diperlukan oleh seseorang pengawas.

Slot 6 “Apa Sudah Jadi”

Slot ini merupakan slot terakhir dalam


Program Kepimpinan Pengawas ini, di
mana peserta perlu menunjukkan
barang yang diamanahkan untuk
mereka menjaganya sepanjang
tempoh program ini berjalan.
Menerusi aktiviti ini, kreativiti
seseorang peserta dalam mamatuhi
arahan dapat dilihat.

Di awal program ini, setiap


peserta telah diberikan sesuatu
barang untuk mereka menjaganya.
Barang tersebut tidak boleh dihilangan
atau dirosakkan. Peserta telah diberi kebebasan untuk menjaga barang tersebut
mengikut pemikiran masing-masing.

Di akhir program, hanya tujuh orang peserta telah gagal untuk menjaga barang
yang telah diamanahkan kepada mereka. Semua peserta tersebut perlu ke hadapan
dan menjelaskan kepada rakan-rakan yang lain apakah factor yang menyebabkan
mereka gagal menjaga barang yang telah diamanahkan kepada mereka. Aktiviti ini

6
menuntut kejujuran diri untuk berkongsi kelemahan diri dan mencadangkan apakah
tindakan yang sepatutnya mereka lakukan untuk tidak gagal menjaga barang yang
telah diamanah kepada mereka untuk menjaganya.

Dapatan Kajian Temu Bual

Setelah Program Kepimpinan Pengawas ini berlalu selama tiga bulan, pengkaji telah
menemu bual guru dan pengawas yang telah terlibat dalam program ini bagi mengenal
pasti kesan program ini terhadap pengawas-pengawas berkenaan. Responden yang
telah ditemubual adalah terdiri daripada dua orang guru pengiring dan lima orang
murid peserta.

Guru

Guru yang telah ditemubual adalah dua orang guru yang telah terlibat secara langsung
dengan program ini dan mempunyai hubungan terus dengan pengawas sekolah dan
pengawas pusat sumber sekolah. Responden Guru 1 telah menyatakan bahawa
terdapat peserta program ini yang telah menunjukkan perubahan positif dalam aspek
menjalankan tugas, lebih bertanggungjawab, lebih yakin diri dalam melaksanakan
tugas diamanahkan dan lebih berkeupayaan dalam mengawal emosi diri.

Responden Guru 2 pula menambah bahawa setelah menamatkan program ini,


peserta program ini lebih berkeyakinan untuk bercakap di hadapan rakan sebaya,
murid ynag lebih berumur, dan murid-muird yang lebih muda. Menurut Responden
Guru 2 lagi, Ketua Pengawas Sekolah lebih menampakkan sifat kepimpinan beliau
setelah mengikuti program ini.

Responden Guru 1 juga menyatakan bahawa hasil pemerhatian beliau, beliau


mendapati pengawas-pengawas lebih menampakkan sikap sebagai pemimpin dalam
melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka. Pengawas-pengawas juga
didapati lebih berkeyakinan untuk bercakap di hadapan rakan-rakan mereka yang lain,
yang mana keberanian ini kurang terdapat dalam diri mereka sebelum ini.

Peserta Kategori Murid

Bagi responden murid pula, mereka telah disoal mengenai perasaan mereka setelah
mengikuti program ini iaitu mengenai perubahan besar yang telah berlaku dalam diri
mereka setelah mereka menamatkan program ini. Semua responden menyatakan
bahawa dia lebih berkeyakinan untuk berucap di hadapan kawan-kawannya
berbanding sebelum ini. Menurut Responden 1, sebelum mengikuti program ini, dia
dia berasa takut, gementar, tidak yakin, dan malu untuk berucap di hadapan rakan-
rakan yang lain. Responden 1 juga menyatakan bahawa dia telah berani untuk
menegur kesalahan yang dilakukan oleh rakan-rakannya di sekolah. Responden 2
pula menyatakan bahawa program ini telah banyak membantunya menjadi seorang
pengawas yang lebih berdisiplin, lebih bertanggungjawab, dan lebih berkeyakinan.
Responden 3 menyatakan bahawa dia lebih yakin untuk mencatat kesalahan rakan-
rakannya. Sebelum ini dia menyatakan bahawa dia takut-takut untuk mencatat
kesalahan rakan-rakannya sebab risau akan dipulaukan oleh rakan-rakannya.

7
Responden 4 pula menyatakan bahawa dia amat bersemangat untuk melaksanakan
tugas sebagai pengawas sebaik sahaja tamat program ini. Aktiviti yang dilalui telah
banyak membantunya untuk lebih yakin menjalankan tugas sebagai pengawas. Akhir
sekali, Responden 5 menayatakan bahawa dia yang sebelum ini merasakan dirinya
tidak cukup kuat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas, telah lebih
yakin dan bersemangat.
Kesemua responden juga telah menyatakan bahawa aktiviti yang telah
dirancang dan dilaksanakan dalam Program Kepimpinan Pengawas ini telah
mendatangkan banyak manfaat kepada mereka sebagai murid dan juga sebagai
pengawas.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Program Kepimpinan Pengawas selama dua hari dan satu
malam mini telah Berjaya mencapai objektif perancangannya iaitu bagi membina ciri-
ciri positif dalam diri para peserta program ini iaitu murid-murid yang telah terpilih
sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah. Kolaborasi ini akan
berterusan di masa hadapan bagi memastikan kelestarian berkongsi ilmu dan
kemahiran ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat amnya, dan murid-murid
sekolah khasnya.

Rujukan

_____________ (2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Koontz, H. O'donnell, C. Weihrich, H. 1984. Management. New York: Mc-Graw Hill.

Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: PTS


Profefessional Publishing Sdn Bhd.

View publication stats

You might also like