You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG TIGER

PETI SURAT 60584 , 91015 TAWAU


TEL : 089 – 902558
e-Mail : xca3053@moe.gov.my

Ruj : XCA3053/700-10/04
Tarikh :12/01/2022

Ibu/ Bapa/ Penjaga,


Sekolah Kebangsaan Ladang Tiger,
91015 Tawau, Sabah.

Tuan,
UJIAN SARINGAN COVID-19 BAGI SEKOLAH RENDAH

Merujuk kepada kenyataan Media KPM yang bertarikh 11 Januari 2022 memaklumkan bahawa
pelaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi murid sekolah rendah akan dilaksanakan sendiri oleh
murid di rumah dengan bimbingan ibu/bapa/penjaga.

2. Sehubungan dengan itu, murid yang terpilih akan dibekalkan Kit Ujian Kendiri berserta
pengesahan pelaksanaan ujian covid-19 yang perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh
ibu/bapa/penjaga. Slip pengesahan ini perlu dikembalikan oleh guru kelas anak tuan/puan pada
13 Januari 2022.

3. Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah diharapkan. Sebarang
pertanyaan boleh berhubung terus kepada guru kelas anak masing-masing.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...................................................................................
(HJ. MOHD MAKSID BIN HAJ MASRIE)
GURU BESAR

SK Fail

Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami

You might also like