You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN MELODI

PETI SURAT 2024, 91045, TAWAU, SABAH


Tel/Fax : /013-5599838 Kod :XBA3074
email :riahrahim@yahoo.com.my

No.Tel : 089-914315
Portal : jpnsabah.moe.gov.my
e-mel : xba3074@gmail.com
_________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKML/700-4/9(07)
Tarikh : 11 Mac 2024

Kepada :

Encik Arshad bin Awang Tengah


Kg Tanjung Batu Laut
91000 Tawau
Sabah

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN MURID-MURID ASNAF SK MELODI TAWAU
SEMPENA BULAN RAMADAN 2024.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak nanti, pihak sekolah melalui Unit Kebajikan SK
Melodi dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan bagi mengumpul dana untuk
diagihkan kepada murid-murid yang terdiri daripada anak yatim dan asnaf. Sumbangan ini bagi meringankan beban
keluarga murid yang tidak berkemampuan memandangkan latar belakang murid-murid di SK Melodi kebanyakannya
daripada keluarga yang miskin dan serba kekurangan.

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, kami menerima sebarang sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit
mahupun barang keperluan. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan ke nombor akaun 10025010041654 atas nama
PIBG SEK KEB MELODI TAWAU atau serahan secara tunai kepada pihak sekolah mahupun penerima bantuan.
Sebarang pertanyaan berkaitan penyaluran sumbangan boleh berhubung terus dengan Puan Fahimah Mohd Sadar
selaku Penyelaras unit Kebajikan SK Melodi di talian 0138226251. Pihak tuan/puan juga boleh berhubung dengan Guru
Besar SK Melodi iaitu Puan Surtinah binti Amran di talian 0198006749 sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

4. Semua sumbangan akan diagihkan kepada anggaran 43 orang murid-murid yang terlibat pada Majlis
Pemberian Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf Sk Melodi yang dirancang akan diadakan pada 5 April 2024 bersamaan
25 Ramadan 1445H bertempat di Surau SK Melodi. Sehubungan itu, kami berbesar hati agar pihak tuan/puan dapat
menyalurkan sumbangan sebelum tarikh tersebut.

Kerjasama, keprihatinan dan keihklasan pihak tuan/puan dalam perkara ini diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian,

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah.

………………………………
(TAHANG@ABDUR RAHMAN BIN SALLEH)
Yang Dipertua PIBG,
SK. Melodi, Tawau.
Tawau.

sk : Fail Unit Kebajikan SK Melodi

You might also like