You are on page 1of 4

GERAK KERJA KO KURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU NIAH SUBIS


Gerak kerja Kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.Ia bertujuan untuk pengukuhan dan pengay
pembelajaran, saling lengkap melengkapi pembelajaran di bilik darjah bagi menyuburkan nilai-nilai murni, mengembangkan bakat kepimpinan dan s
berkhidmat di kalangan masyarakat .Gerak kerja kokurikulum terdiri daripada gerakerja pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan sukan.
      
         Gerak kerja Kokurikulum penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid di sekolah.Menerusi gerak kerja kokurikulum perkembangan sosial, mina
bakat, dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid.Gerak kerja ini juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat menarik dan mengembirakan m
murid.

                                           MATLAMAT

       Matlamat gerak kerja kokurikulum bertujuan.

       Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

       Menseimbangkan antara perkembang mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.

       Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah.

       Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam gerak kerja yang diceburi;Membina dan meningkatkan displin murid.

       Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan.


       Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat.

                                                          OBJEKTIF

Gerak kerja Kokurikulum adalah untuk membolehkan murid ;

         Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu di luar bilik darjah,

         Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah,

         Memberi khidmat & sumbangan kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan negara,

         Meningkatkan displin diri,

         Meningkatkan kecerdasan fizikal, kecedersan mental, kesihatan serta kesejahteraan diri, dan

         Meningkatkan kemahiran sosial.

                        LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan pelajar perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum di dalam atau di luar sekolah.
Antara Perkara-Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian:

      Segala aktiviti perlu mendapat restu / kebenaran Guru Besar sekolah.

      Kebenaran bertulis ibu bapa perlu bagi aktiviti-aktiviti yang dianggap berisiko tinggi.

      Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama murid sepanjang masa aktiviti dijalankan.

      Peraturan penyertaan aktiviti diedar kepada semua peserta dan dipatuhi sepenuhnya. Perlu dinyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak
dijalankan.

Untuk aktiviti di luar sekolah, di samping mematuhi perkara-perkara di atas, langkah-langkah berikut perlu disempurnakan :

      Ibu bapa diberitahu secara bertulis mengenai aktiviti yang akan dijalankan.

      Surat seboleh-bolehnya mengandungi maklumat lengkap aktiviti seperti tarikh, jangka masa, tempat, pengangkutan , makanan , tempat tinggal ,
pengiring dan sebagainya.

      Kebenaran ibu bapa secara bertulis dengan menggunakan borang khas.

      Bilangan guru pengiring yang sesuai dengan pelajar.


      Sekiranya melibatkan pelajar perempuan , guru perempuan mesti dilibatkan.

      Langkah-langkah keselamatan diambil setiap masa .

You might also like