You are on page 1of 4

12 NOVEMBER 2022 / SABTU

Masa Aktiviti Tindakan

0800 - Pendaftaran peserta Urusetia


0830 Taklimat program & Pembahagian kumpulan Pn. Yusmida

0830 - Ice breaking Kem komandan


0900 Aktiviti : En. Fauzan
1. Kungfu Wacha!! (10 minit)
2. Siapa Saya? (20 minit)

0900 - LDK 1 Kem Komandan


1000 Modul 1 : Pulau Kami ( 1 jam ) dan Fasilitator

1000 - Minum pagi Pn. Yusmida


1030

1030 - LDK 2 Fasilitator


1130 Modul 2 : Dengar suaraku (30 minit)
Modul 3 : Lukiskan apakah benda itu (30 minit)

1130 - LDK 3 Fasilitator


1230 Modul 4 : Periuk api (40 minit)
Modul 5 : Awak Terbaik (20 minit)

1230 - Majlis penutup & Penyampaian sijil


1300

1300 - Makan tengah hari


1330 Bersurai
ICE BREAKING
1. KUNGFU WACHA!! ( 10 minit )
a. Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan “Huh”.
b. Pergerakan 2 : Tarik tangan “Hah”.
c. Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan dan tarik tangan “Huh! Hah!”.
d. Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki “Wacha”

Guru menyebut nombor 1, murid membuat Gerakan 1.


Begitu seterusnya untuk nombor 2, 3 dan 4.

Objektif : Fokus dalam mendengar arahan.

2. SIAPA SAYA? ( 20 minit )


a. Murid tulis salah satu nama guru di atas kertas dan menampal nama tersebut di
belakang kawan mereka.
b. Setiap murid ada satu nama guru di belakang mereka.
c. Murid dikehendaki bergerak ke setiap kawan mereka dan bertanyakan klu mengenai
siapakah nama guru di belakang mereka. Soalan mestilah berbentuk jawapan Ya atau
Tidak sahaja. Murid tidak boleh bertanyakan nama guru di belakang mereka kepada
kawan - kawannya. Contoh soalan : Adakah saya lelaki ? Adakah saya memakai cermin
mata?
d. Di akhir, beberapa murid dipilih ke hadapan untuk meneka nama guru di belakang
mereka.
e. Murid yang tidak terpilih boleh semak secara berpasangan.

Objektif : Mengenali guru - guru mereka dan menyampaikan maklumat yang tepat.

MODUL 1 - PULAU KAMI ( 60 minit )


a. Murid diberi sekeping kertas sebak untuk setiap kumpulan. Kertas sebak
diumpamakan sebagai pulau.
b. Murid dikehendaki menamakan pulau mereka dan menetapkan jawatan setiap
ahli kumpulan untuk mentadbir pulau tersebut.
c. Murid dihendaki melakarkan apa yang mereka ingin bangunkan di pulau mereka
dan nyatakan sebab.
d. Perbentangan setiap kumpulan setelah 30 minit perbincangan.

Objektif : Mampu membuat perancangan yang baik dan membuat keputusan.

MODUL 2 - DENGAR SUARAKU ( 30 minit )


a. Murid dikehendaki memasukkan pen yang telah diikat tali ke dalam botol.
b. Seorang murid dipilih menjadi ketua untuk memberikan arahan sehingga berjaya
memasukkan pen ke dalam botol.
c. Aktiviti boleh diulang bagi murid yang lain sebagai ketua ( sekiranya murid
berjaya memasukkan dengan cepat ) .

Objektif : Mendengar arahan dan memberi arahan dengan jelas.


MODUL 3 - LUKISKAN APAKAH BENDA ITU ( 30 minit )
a. Setiap murid diberikan sehelai kertas.
b. Guru akan memberikan arahan apa yang perlu dilukis dan murid tidak boleh
bertanya melainkan meminta guru mengulangi arahan sahaja.
c. Setelah siap, murid mempamerkan hasil mereka dan membandingkan dengan
lukisan yang sebenar.

Objektif : Penting untuk bertanya sekiranya tidak memahami sesuatu perkara.

MODUL 4 - PERIUK API ( 30 minit )


a. Murid dikehendaki menutup mata.
b. Guru menyusun periuk api menggunakan botol/ buku / bekas pensel dilaluan
yang akan dilalui oleh murid tersebut.
c. Murid yang menutup mata perlu melalui laluan tersebut mengikut arahan ahli
kumpulan yang lain sehingga ke hujung. Giliran ditukar untuk murid seterusnya.

Objektif : Menanam kepercayaan terhadap rakan kita.

MODUL 5 - AWAK TERBAIK ( 30 minit )


a. Setiap murid dikehendaki duduk bersendirian dan menulis surat kepada setiap
ahli kumpulan mereka.
b. Dalam surat tersebut, mestilah menulis apa kekuatan / nilai positif yang ada pada
rakan mereka sepanjang program tersebut.
c. Kumpulkan surat murid - murid. Murid dikehendaki membaca surat mereka
dihadapan ahli kumpulan dan menyatakan penghargaan terhadap rakan mereka.

Objektif : Menghargai rakan sekeliling.

You might also like