You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SERI ALAM,

81750 MASAI, JOHOR.


_____________________________________________________________________
KERTAS KERJA
PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK KESIHATAN 2017

1. PENDAHULUAN

Bilik Khas Kesihatan memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pengendalian
rawatan kesihatan pelajar termasuklah suntikan imunisasi dan rawatan pergigian. Justeru,
kemudahan, keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada
guru-guru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan operasi unit kesihatan
sekolah.

2. OBJEKTIF

Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan rawatan kesihatan


pelajar.

Menjadikan Bilik Kesihatan sebagai bilik yang cantik dan indah.

Memberikan keselesaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk menggunakan bilik ini.

3. RASIONAL & MATLAMAT

Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan unit kesihatan sekolah dan rawatan
imunisasi dan pergigian pelajar.

Memastikan Bilik Kesihatan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, bersih dan ceria
serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan dengan unit kesihatan dan rawatan
kesihatan pelajar.

Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, buku kesihatan dan kad rawatan
pergigian dengan lebih sistematik.

4. LOKASI SASARAN

Bilik Kesihatan

5. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan yang diperlukan untuk kemudahan pengendalian Bilik Peperiksaan dan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah :

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan dan kemudahan Bilik Kesihatan

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN CATATAN


HARGA
1. Partition bilik 1 unit
2. Selenggara singki
3. Aircond 1 unit
4. Laminating Film 1 pack RM 42.00
3. Kertas A4 1 rim RM 10.00
(Two Sheet Card)
4. Kertas warna 10 x RM 1.20 RM 12.00
5. Renda (Hias Board) 5 meter x RM5 RM 25.00
7. Alas Meja 2 RM 50.00
8. Board Carta Organisasi 1 unit RM 250.00
Kekal
9. Bunga 5 (gubahan & RM 100.00
dinding)
10. Pewangi Bilik 1 RM 25.00
12. Alat Tulis (Stationary) – RM 200.00
Double tape
Double sided
Cutter paper trimmer
Hole Punch
Staples Gun
Ubat stapler
Gam
Gunting
13. Cat simen 5 liter RM 38.00
15 Jam dinding 1 RM 20.00
Jumlah RM

6. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam
melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak
dan sahsiah disamping memberi semangat kepada guru ntuk lebih bekerja secara
produktif. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .

Disediakan oleh,

_____________________________________

Penyelaras Bilik Kesihatan,

81750 Masai, Johor.

You might also like