You are on page 1of 7

LAM

Kertas Kerja PLC Pemulihan Khas PPD LUNDU 2023

KERTAS KERJA

PELAKSANAAN

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIOANL (PLC)

PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH-SEKOLAH

DAERAH LUNDU

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT PEMULIHAN KHAS
SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUNDU

TEL : 082-735384 FAKS : 082-735322


LAM
Kertas Kerja PLC Pemulihan Khas PPD LUNDU 2023

1. PERKARA

Kertas kerja pelaksanaan aktiviti Program Pemulihan Khas Peringkat Daerah Lundu
Tahun 2023. Kertas Kerja ini adalah berkaitan dengan Pelaksanaan Komuniti
Pembelajaran Profesioanl (PLC) Pemulihan Khas di sekolah-sekolah Daerah Lundu.

2. PENGENALAN

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang
menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia
telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini
merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan
memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid
yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam kelas. Fokus ke
arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras
Ketiga:Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan
Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010.
Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan
murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1.

3. MATLAMAT

Kertas kerja ini dikemukakan bagi memohon kelulusan untuk Pelaksanaan Komuniti
Pembelajaran Profesioanl (PLC) Pemulihan Khas di peringkat Daerah Lundu.

4. OBJEKTIF

a) Memupuk para pendidik yang komited, bekerja secara kolaborasi serta berterusan
dalam membuat inkuiri untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid
pemulihan khas dari sekolah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Lundu.
b) Sekumpulan guru berkongsi amalan profesional untuk meningkatkan kualiti PdPc
mereka.
c) Memastikan pembelajaran berorientasikan peningkatan pencapaian murid ke tahap
yang lebih tinggi.
LAM
Kertas Kerja PLC Pemulihan Khas PPD LUNDU 2023

d) Mewujudkan semangat kerja berpasukan di kalangan guru pemulihan khas Daerah


Lundu.

5. KUMPULAN SASARAN

14 orang Guru Pemulihan Khas yang berminat dan setuju menjadi peserta rintis bagi
aktiviti PLC Pemulihan Khas PPD Lundu pada tahun 2023. (rujuk LAMPIRAN A)

6. TARIKH/MASA/TEMPAT

a) PLC - Analisis Data


b) PLC - Lesson Study
Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3
Bilangan Guru
4 orang 4 orang 6 orang
Pemulihan Khas
Kitaran Kitaran 1/ 2023 (Jun-Ogos)
22 Jun 2023 27 Jun 2023 4 Julai 2023
Tarikh
(Khamis) (Selasa) (Selasa)
Tema PLC I. Analisis Data I. Analisis Data I. Analisis Data
II. Lesson Study II. Lesson Study II. Lesson Study
Lokasi SK Stunggang SJK(C)Chung Hua SK Sebako
Melayu Lundu

c) PLC - Teacher Sharing Session (TSS)


Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3
Bilangan Guru
4 orang 4 orang 6 orang
Pemulihan Khas
Kitaran Kitaran 2/ 2023 (September - November)
Tarikh 10 Oktober 2023
Tema PLC Teacher Sharing Session (TSS)
Lokasi Bilik Latihan SPb

7. STRATEGI PELAKSANAAN

PLC Pemulihan Khas ini akan dilaksanakan dalam 2 Kitaran.


I. Kitaran 1 / 2023 ( Jun hingga Ogos 2023)
Analisis Data
Proses meneliti, menyusun, mengkategori dan mempamerkan data untuk
menghasilkan maklumat yang bermakna dan membuat rumusan.
Lesson Study
Suatu amalan guru-guru secara kolaboratif untuk merancang dan menyediakan satu
rancangan mengajar, membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru, membuat
refleksi terhadap PdPc, mengubah suai untuk menambah baik rancangan mengajar
dan melaksanakan penambahbaikan yang telah dipersetujui.
LAM
Kertas Kerja PLC Pemulihan Khas PPD LUNDU 2023

II. Kitaran 2/ 2023 (September hingga November 2023)


Teacher Sharing Session
Sekumpulan guru bertemu secara formal untuk perkongsian ilmu pengetahuan,
kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berkesan.
8. PELAN PENGURUSAN RISIKO

Bil Nama Risiko Punca Strategi Kaedah Tanggungjawab Kajian


(Risk Name/ Risiko Penyelesaian Pelaksanaan (Responsibility/ Semula
Area) (Source (Mitigation (Key Controls) Risk Owner) (Review)
Of Risk) Strategy)
1 PLC tidak Bertindih Membuat Jadual PLC terkini Pegawai Unit
dapat dengan pindaan Pemulihan Khas
dijalankan program/ tarikh PLC.
pada masa aktiviti lain
yang
ditetapkan
2 PLC tidak Tiada Sumbangan Sumbangan Pegawai Unit
dapat Dana Pemulihan Khas
dilaksanakan
kerana
kekurangan
Dana
kewangan

9. AHLI JAWATANKUASA KERJA PLC

Penasihat : En. Kuswady Bin Chil

Pengerusi : En. Yusbi bin Haji Ali

Penyelaras Program : Cik Law Yuh Yih

Setiausaha : En.Adellymuzaman Bin Sapawie

Pen.Setiausaha : Pn.Joan Ak Lucas Monet

Peserta PLC : Rujuk Lampiran A

10. KEWANGAN
LAM
Kertas Kerja PLC Pemulihan Khas PPD LUNDU 2023

Bil Perkara Harga


Kos Jumlah
Seunit
1 Makan minum peserta PLC Kumpulan 1
RM15 10 RM150
(24 Jun 2023)
2 Makan minum peserta PLC Kumpulan 2
RM15 10 RM150
(27 Jun 2023)
3 Makan minum peserta PLC Kumpulan 3
RM15 10 RM150
(4 Julai 2023)
4 Makan minum peserta PLC
RM15 20 RM300
(10 Oktober 2023)
Jumlah: RM750

11. KAEDAH PEMANTAUAN

Kaedah pemantauan adalah berdasarkan salah satu kaedah berikut;


I. Pelaporan Bengkel & Lawatan Bimbingan – Minit Curai, Taklimat & Mesyuarat
II. Laporan Eksekutif Lawatan
III.Pelaporan tindak susul dan maklum balas sekolah (FUFT).

12. PENUTUP

Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama dan sokongan pada daripada
semua pihak begi mencapai objektif yang dicitakan. Kerjasama dan pertimbangan tuan
dalam hal ini didahului dengan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

….……………………………… ………………………………….
LAM
Kertas Kerja PLC Pemulihan Khas PPD LUNDU 2023

(LAW YUH YIH) (YUSBI BIN HAJI ALI)


Penolong Pegawai Pendidikan Timbalan Pegawai Pendidikan
Unit Pemulihan Khas Sektor Pembelajaran
Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Lundu
Pejabat Pendidikan Daerah Lundu.

Tarikh: ………………. Tarikh : ………………….

Diluluskan oleh:

….…………………………………
(KUSWADY BIN CHIL)
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Lundu

Tarikh: …………………….

LAMPIRAN A

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3


1. SK BUMIPUTERA 1. SJK(C) CHUNG HUA 1. SK PUEH
LUNDU
2. SK STUNGGANG 2. SK SEMATAN
2. SJK(C) CHUNG HUA
MELAYU SEMATAN 3. SK HOLY NAME
3. SJK(C) CHUNG HUA
NAMA 3.SK SIAR CAMPURAN 4. SK BIAWAK
SELAYAN/SELARAT
SEKOLAH 4.SK SAMPADI 4. SK SEBAT 5. SK PASIR
TENGAH
6. SK KENDAIE
LAM
Kertas Kerja PLC Pemulihan Khas PPD LUNDU 2023

You might also like