You are on page 1of 4

Pengundi muda dikatakan mempunyai pengaruh tinggi terhadap negara

kerana dianggap lebih idealistik dan cenderung menyuarakan pendapat


bagi menaiktaraf sesuatu perkara. Mengikut statistik, tahun 2018,
negara menyaksikan sebanyak 16.8 peratus pengundi muda yang
berusia daripada 21 hingga 30 tahun sekali gus mencatatkan peratusan
memberangsangkan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Apakah puncanya? Betul ke dakwaan bahawa generasi Y tak ambil kisah


dengan isu politik atau negara yang tak cakna mengenai bilangan
sebesar ini? Ramai yang kata generasi ni tak matang, tak
berpengalaman dan muda sangat untuk mengundi dengan baik.

Kami nak bagi 8 sebab kenapa generasi muda seawal usia 18 tahun
patut diberikan hak untuk mengundi:

 Orang muda mesti ikut undang-undang, tetapi tidak mempunyai


suara dalam pembikinan undang-undang. Orang muda harus tahu
dan menjadi sebahagian daripada proses demokratik pembuatan
undang-undang.
 Orang muda sebenarnya telah ikut serta dalam proses politik.
Contohnya, aktiviti berpersatuan di sekolah-sekolah, aktiviti ko-
kurikulum yang memerlukan pengundian ketua, dan menjadi
sebahagian daripada masyarakat. Bukankah itu politik sebenar?
 Orang muda pengundi yang baik. Mereka pandai mencari
maklumat dan akan menjadi pengundi yang berpengetahuan.
Orang muda ambil kisah akan apa yang terjadi dalam masyarakat.
 Merendahkan usia pengundi akan membantu meningkatkan
jumlah pengundi yang keluar mengundi. Pengundi muda
mengundi, dan mempengaruhi rakan-rakan mereka untuk
mengundi. #PRU14 telah menyaksikan peningkatan ketara
pengundi muda, yang merupakan salah satu daripada faktor besar
peralihan kuasa. Golongan milenial (18 – 27 tahun) merupakan
36.82% daripada seluruh populasi Malaysia (2017, The Edge).
 Merendahkan usia pengundi akan meningkatkan kualiti kehidupan
golongan belia. Orang muda akan dapat menjadi sebahagian
daripada proses yang menentukan pelbagai polisi yang berkaitan
dengan hidup mereka, contohnya pinjaman pendidikan,
sosioekonomi belia dan sebagainya. Untuk menjadi sebahagian
daripada proses ini – orang muda wajib mengundi.
 Pengetahuan dan pengalaman bukanlah kriteria untuk pengundi
yang layak. Pengundian haruslah inklusif untuk orang muda. Umur
yang muda tidak bermakna mereka tidak berpengalaman dan
berpengetahuan.
 Tidak ada undi yang salah. Semua undi penting, tak kiralah
daripada yang tua, yang muda, yang kaya atau yang susah.
 Kerana orang muda BOLEH!

Sekarang, cuba kita bayangkan kalau kita tak mengundi, keputusan yang
keluar merupakan keputusan yang tak diingini. Siapa yang harus
dipersalahkan? Janganlah bersikap ambil mudah dengan membiarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kita sendiri, kerana keputusan
itu sudah tentu akan memberi impak besar kepada hidup dan keluarga.

Secara ringkasnya, orang muda jangan ambil mudah untuk mengundi.


Ingat, masa depan anak cucu kita berada pada tangan masing-masing.
Ia adalah tanggungjawab, bukan hanya pelaksanaan semata-semata.

Jom kita tengok, apa jadi kalau orang muda dihalang daripada
mengundi?

 Malaysia akan sentiasa menghadapi penurunan jumlah pengundi.


Penurunan umur pengundi dan pengambilan langkah untuk
memupuk minat kepada proses politik seawal mungkin
merupakan kunci kepada pembudayaan aktiviti mengundi.
 Suara orang muda tak akan didengari. Ahli politik kurang memberi
perhatian kepada isu orang muda, kerana persepsi umum tentang
kekurangan pengundi muda. Jika lebih ramai orang muda
mengundi, pembuat polisi dan kepimpinan politik akan memberi
lebih perhatian akan polisi berkaitan orang-orang muda,
contohnya isu hutang pelajaran.
 Bayangkan kalau majoriti pengundi adalah orang yang berusia.
Orang muda akan selamanya dianggap sebagai golongan yang
tidak serius dan tidak menyumbang kepada masyarakat. Mahukah
kita kalau situasi itu terjadi?
Apa jadi kalau tak mengundi? Rugi?

 Hilang hak untuk membuat aduan. Tak mengundi, tak menjadi


sebahagian daripada masyarakat, tak boleh la nak complain.
 Ahli politik akan mempunyai banyak alasan untuk tidak
mengendahkan isu anda.
 Ketinggalan untuk menyertai semua benda best yang terjadi di
pusat pengundian. Kalau mengundi, bolehlah post gambar jari
berdakwat biru dengan #donemengundi.
 Akan menjadi contoh stereotaip ‘belia tak ambil kisah tentang
mengundi’.
 Hidup lebih lama dengan akibat keputusan politik orang lain.

 Tak dapat untuk menentukan bagaimana kerajaan menggunakan


duit korang. Sekurang-kurangnya, duit cukai SST yang korang
bayar.
Kenapa ada di antara kita memilih untuk menjadi keyboard warrior yang
hebat di laman media sosial tapi ‘kalah’ mempertahankan hak negara
seadilnya?

Jangan sampai kita dilabel belia yang hanya pandai ‘bersuara’ melalui
‘papan kekunci’ tapi diam seribu bahasa bila berdiri untuk menegakkan
hak dan keadilan.

Idealisme orang muda lebih tinggi dan sepatutnya ia menjadi tonggak


penentu masa hadapan kerajaan seperti mana Muhammad Al-Fateh
yang berjaya takluki Istanbul seawal usianya 19 tahun.

Mengapa pengundi muda macam kita ni sangat penting?

 Yakin dan mampu membangkitkan isu yang menjadi kekangan


anak muda lain.
 Lebih advance dengan segala teknologi, resourceful, dan boleh
berfikir secara rasional.
 Berupaya mencari dan mengkaji berkaitan isu semasa. Terutama,
bagi mereka yang baru je tamat sekolah dan masih fresh dengan
isu-isu berkait melalui syllabus pelajaran di sekolah.
 Pengundi muda ialah 37% daripada populasi pengundi berdaftar
seluruh Malaysia dan ia merupakan jumlah yang sangat besar.
 Orang muda bakal menjadi mangsa kejatuhan ekonomi yang
paling lama, kerana usia mereka yang muda. Oleh itu, wajib bagi
generasi muda untuk menjadi sebahagian daripada proses
pembuatan polisi.

You might also like