You are on page 1of 5

PELAPORAN KARNIVAL PEMBELAJARAN VERSI PKP

Karnival Pembelajaran Versi PKP merupakan satu alternaif yang dilaksanakan oleh Sektor
Pembelajaran PPDLD sebagai suatu usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam
penghasilan bahan pembelajaran. Karnival ini pada awalnya dirancang untuk di laksanakan di
Dewan SK Lahad Datu II. Walau bagaimanapun Karnival ini terpaksa ditangguh kerana penularan
wabak Covid-19 pada waktu tersebut. Memandangkan negara kita terlibat dengan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) maka pelaksaan karnival itu turut terjejas. Namun Karnival ini perlu diteruskan
juga kerana para pelajar telah menghasilkan bahan-bahan pembelajaran mereka sama ada dalam
bentuk PBL, PAK-21, HIP dan STEM untuk dikongsikan kepada semua. Sehubungan dengan hal itu,
Sektor Pembelajaran telah mengambil suatu alternatif agar pelaksanaan Karnival Pembelajaran ini
dijalankan secara maya. Maka dengan itu terhasillah Karnival Pembelajaran Versi PKP.

Karnival Pembelajaran Versi PKP ini telah dilancarkan pada 06 Julai 2020. Perasmiannya telah
disempurnakan oleh Dr. Hj Suharpi Lasuddang, Timbalan Pegawai PPD yang menjalankan tugas
Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu. Terdapat 4 Aktiviti Besar didalam Karnival Pembelajaran ini
iaitu PBL, PAK 21, HIP dan STEM. Pada awalnya, pelaksanaan Karnival Pembelajaran Versi PKP
bermula pada 6 Julai 2020 sehingga 30 Ogos 2020. Namun demikian selepas perbincangan dibuat,
pelaksaan karnival ini telah dilanjutkan sehingga 30 November 2020 kerana Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) telah diperketatkan semula akibat peningkatan wabak Covid-19. Jumlah pelawat
Karnival sehingga kini telah mencecah 1975 orang.

Berikut ialah Jawatankuasa Karnival Pembelajaran:


Pengerusi: Tn. Hj. Suharpi Lasuddang
Pegawai Pendidikan PPD Lahad Datu
Naib Pengerusi: Tn. Shamsir Bin Nureddin
(Cik Ho Fui Lu) sudah berpindah
Timbalan Pegawai Pembelajaran
Setiausaha: Idawati Aliasgar
Pembantu Tadbir
Penyelaras platform: Pn. Cecil Cordova
En. Chai Yapp Chien
Penyelaras PAK 21 :
1. Infografik Pn. Chris Floridah Mappah
2. Emel sijil Pn. Laila Majnun Muhammad
3. Penilai En. Mohd Fadzli Pileh
Penyelaras STEM :
1. Infografik En. Mohd Khirrulanwar Abd Latif
2. Emel sijil En. Abdul Rahman Tanjilul
3. Penilai Tn. Hj. Samsuddin Bin Hj. Sabirin
4. Penilai En. Amrullah Bin Muhd Sabir
Penyelaras HIP :
1. Infografik Pn. Peh Li Foon
2. Emel sijil Cik Traccie Sahni
3. Penilai Pn. Armah Hj Buntak
4. Penilai En. Madris Bin Omat
Penyelaras PBD :
1. Infografik Cik Jovita Gitom
2. Emel sijil Pn. Zuraidah Abdillah
3. Penilai Cik Subaeda Muharram
4. Penilai En. Aziz Bin Sarail (KIV)
Penyelaras SPL-KPM pelancaran: Jusman Aman Setia
Penyedia sijil digital: Mohd Fadli Bin Tajudin

1. PBL

 Pegawai yang bertanggungjawab : Cik Jovita Gitom, Cik Subaeda Muharram dan Pn. Zuraidah
Abdillah
 Graf Data menunjukkan Perkongsian mengikut Subjek dan Kategori

 Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek yg terbanyak dalam perkongsian PBL dan 57.9%
adalah daripada sekolah Menengah.
 Jadual diatas menunjukkan jumlah perkongsian daripada guru-guru. Terdapat 37
perkongsian untuk PBL.

2. PAK 21

 Pegawai yang bertanggunjawab untuk PAK 21 ialah Pn. Chris Floridah Mappah, Pn. Laila
Majnun dan En. Fadzli Pileh.

 Graf menunjukkan perkongsian daripada sekolah-sekolah. SJK C Yuk Choi merupakan


penyumbang terbanyak dengan 91 perkongsian diikuti dengan SK Payang 54 perkongsian,
SMK Sepagaya 15 perkongsian, SJK C Sin Wah 7 perkongsian, SK Sri Pantai 4 Perkongsian, SK
Lahad Datu IV 3 perkongsian, SM St Dominic 2 perkongsian dan SMK Terusan 1 perkongsian.
 Ada satu perkongsian luar dari PPD Lahad Datu iaitu dari SJK C Chen Sin Tuaran Pn. Lau Ai Li
dalam subjek Bahasa Melayu kuiz kata kerja.

 Jadual diatas ialah Jadual Perkongsian PAK 21. Terdapat 180 perkongsian untuk PAK 21
termasuk dalam pengisian luar Lahad Datu.
3. HIP
 Pegawai yang bertanggungjawab ialah Pn. Peh Li Foon.

 Jadual menunjukkan jumlah perkongsian iaitu sebanyak 68 perkongsian daripada 14 sekolah.

 Carta diatas menunjukkan analisis perkongsian daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5.

4. STEM

 Pegawai yang bertanggungjawab untuk STEM ialah En. Mohamad Khirrulanwar B. Abd Latif
dan En. Abdul Rahman Bin Tajilul.

 Data menunjukkan senarai perkongsian daripada guru-guru. Jumlah perkongsian untuk


STEM ialah sebanyak 34 perkongsian.
 Graf dan carta menunjukkan senarai nama guru dan juga peratus Sekolah Rendah dan
Menengah yang membuat perkongsian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

CECIL CORDOVA SHAMSIR BIN NUREDDIN


PENYELARAS PLATFORM TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
KARNIVAL PEMBELAJARAN SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAHAD DATU

You might also like