You are on page 1of 2

Tajuk : Jiran Sepakat Membawa Berkat

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya akan
menyampaikan syarahan saya yang bertajuk “Jiran Sepakat Membawa Berkat”.

Hadirin sekalian,

Jiran merupakan orang yang terdekat dengan kita. Merekalah yang dapat membantu kita
jika ditimpa kesusahan. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbaik-baik dengan jiran. Jika kita saling
membantu, kita akan menikmati banyak faedahnya. Sebagai contoh, apabila aktiviti gotong-
royong diadakan, kerja-kerja yang berat akan menjadi mudah.

Pada zaman ekonomi yang gawat ini, pelbagai jenayah sering berlaku. Oleh itu,
bekerjasamalah dengan jiran untuk menjaga keselamatan bersama. Elakkan perkara-perkara yang
tidak diingini terjadi. Melalui kerjasama, hubungan sesama jiran dapat dieratkan.

Hadirin yang dihormati,

Hindari sikap dengki-mendengki kerana kita juga yang akan rugi. Segala pandangan
buruk terhadap jiran perlu dielakkan. Amalkanlah sikap hormat-menghormati. Tentunya tiada
sesiapa yang akan rugi, kerana itulah amalan yang murni.

Rakan-rakan sekalian,

Setiap agama yang diamalkan menggalakkan cara hidup berjiran tanpa mengira bangsa.
Oleh itu, amalkanlah semangat kejiranan. Berkunjunglah ke rumah jiran pada hari perayaan.
Dengan cara ini, secara tidak langsung kita telah mewujudkan semangat perpaduan.

Akhir kata, semangat kejiranan haruslah diamalkan oleh masyarakat baik di kampung
atau di bandar. Kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat bergantung pada kesepakatan. Jiran
sepakat membawa berkat.

Sekian, terima kasih.

我向大会主席、 明智而谨慎的评审老师、老师和朋友们表示敬意。 今天,我的演


讲题题是 “邻居同心协力带来恩赐”的演讲。

各位来宾,

邻居是我们最亲近的人。当我们遇到麻烦时,他们是我们可以得到帮助的人。因此,
我们必须始终善待我们的邻居。如果我们互相帮助,我们会得到很多好处。例如,举办大
扫除活动时,繁重的工作就会变得轻松。
在经济困难时期,各种犯罪活动屡见不鲜。因此,与邻居合作以维护彼此的安全。
避免不想要的事情发生。通过合作,可以加强邻里之间的关系。

尊敬的来宾,

避免嫉妒,因为这只会让我们有所损失。应避免对邻居有不好的看法。践行尊重。
这样当然没有人会有所损失,因为这是纯洁的行为。

亲爱的朋友们,

每一种宗教都鼓励我们不论种族去实行邻里生活。因此,要实践邻里精神。在节
日当天拜访邻居。就这样,我们间接地创造了一种团结的精神。

最后,社区精神应该在村里或城市里实践。一个社会的福祉取决于协议。邻居们同
心协力将带来祝福。

谢谢。

You might also like