You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : PASTI/P/02/01A(76)
Tarikh : 18 Zulkaedah 1444H / 7 Jun 2023

Kepada,
Pengarah PASTI Negeri / Wilayah

Tuan,

KEBENARAN AKTIVITI LUAR

Perkara di atas dirujuk

2. Selaras dengan perkembangan semasa termasuk kebenaran aktiviti luar oleh pihak KPM,
maka aktiviti luar kelas dibenarkan dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan
keselamatan murid, guru serta ahli-ahli jawatankuasa program semasa berhadapan dengan
fenomena cuaca panas adalah terjamin.

3. Pihak pengurusan PASTI Negeri/Kawasan/Cawangan hendaklah sentiasa cakna dan


mengambil langkah-langkah yang sepatutnya termasuk merujuk arahan pihak berkuasa berkaitan
panduan keselamatan dalam menghadapi cuaca yang tidak menentu sekarang ini.

Sekian terima kasih.

MALAYSIA SEJAHTERA
GENERASI SEJAHTERA

Yang menjalankan tugas,

KAMARUL ARIF BIN AMBAK


Setiausaha PASTI Malaysia

s.k
1. Ketua Sektor Pendidikan DPPM
2. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

You might also like