You are on page 1of 18

TAJUK 3: Jika sebaliknya, imbangan

PERNIAGAAN ANTARABANGSA
perdagangan negara itu dikatakan
mengalami defisit perdagangan (Trade Deficit)
3.1: Pengenalan
b. Imbangan Pembayaran (The Balance of Payments)
Ia merupakan
Pada masa kini, jumlah penunjuk
perdagangan (indicator)
dunia yang
amat besar lazim
iaitu digunakan
kira-kira US$ 7dalam
trillion.
perniagaan antarabangsa.
Perdagangan Antarabangsa wujud kerana tidak ada sesuatu negara di dunia ini
mempunyai sumber yang mencukupi
Ia digunakan untuk menghasilkan
untuk mengukur semua barangan
perbezaan/perselisihan dengan
antara jumlah
sempurna. nilai wang yang mengalir masuk dan jumlah nilai wang yang mengalir
keluar dari sesebuah negara untuk satu tempoh masa tertentu,
Oleh itu tidak adabiasanya satu tahun.
sesuatu negara di dunia ini yang berkemampuan untuk
menghasilkan barangan yang dapat memenuhi kesemua kehendak dan
kemahuannya, maka setiap
Ia tidak negara
hanya akan berdagang
merangkumi barangan
imbangan yang ia dapat
perdagangan tetapi juga
menghasil secarapembayaran
berkesan untuk barangan yang negara-negara laindan
dalam bentuk bantuan oleh kerajaan mampu
juga pelaburan
hasilkan secara berkesan.
langsung dalam asset-aset.

3.2: Definisi Misalnya,


Perniagaansebuah
Antarabangsa
syarikat/firma A membeli sama ada seluruh atau
sebahagian daripada syarikat/firma B yang terletak di sebuah negara
lain, maka
Perniagaan Antarabangsa pelaburanaktiviti-aktiviti
merupakan sedemikian diambil kira dalam
perniagaan imbangan
(pembelian/import
pembayaran dan bukannya dalam imbangan perdagangan
dan penjualan/eksport barangan dan perkhidmatan) yang dirangka dan dijalankan
sama ada dua (2) syarikat/firma itu.
hala ataupun pelbagai hala antara sebuah negara dengan negara
yang lain.
Apabila syarikat-syarikat asing membeli syarikat-syarikat tempatan,
stok, bon
Lazimnya ia dijalankan atau hartasempadan
melangkaui benda, maka urusniaga
geografi demikian
dan politik dianggap
sesebuah negara
sebagai sebahagian daripada imbangan
untuk mencapai objektif/matlamat individu atau organisasi.pembayaran.

c. Kadar Tukaran (Exchange


Perniagaan
Rates)
Antarabangsa
Ia bermaksud kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar
dengan nilai matawang sebuah negara yang lain.
Perniagaan Import Perniagaan Eksport
Contoh : RM1.00 --------------$ S 0.44
---------------US$0.26 (@RM3.80)
Import Nyata Import Tidak Nyata Eksport Nyata Eksport Tidak Nyata
(Barangan) Imbangan perdagangan
(Perkhidmatan)
antara dua buah negara akan dipengaruhi(Perkhidmatan)
(Barangan)
oleh kadar tukaran nilai matawang diantara mereka.

3.3: Kepentingan/Peranan Perniagaan


Setiap barangan Antarabangsa
dan perkhidmatan yang dieksport akan membawa
masuk tukaran asing. Eksport meningkat, maka tukaran asing juga
Selain memenuhimeningkat.
kehendak dan kemahuan sesebuah negara, perniagaan
antarabangsa juga memberi faedah-faedah seperti:-
Peningkatan masuk tukaran asing akan menambahkan pendapatan
a. Imbangan
negara danPerdagangan (The Balance
secara tidak langsung of Trade) pendapatan per
meningkatkan
Ia ditetapkan
kapita oleh penduduk.
bagi setiap perhubungan diantara nilai import barangan dan nilai
eksport barangan yang dihasilkan dalam negara.
d. Meluaskan Pasaran
Apabila nilaiantarabangsa
Perniagaan eksport barangan
dapat sesebuah
meluaskannegara melebihi
pasaran bagi nilai import
barangannya, maka
keluaran/produk imbangan
yang perdagangan
mengalami negara
lebihan dalam yang berkenaan
negara.
adalah baik dan dikatakan mengalami lebihan perdagangan (Trade
Surplus).
Apabila barangan dan perkhidmatan dipasarkan di peringkat
antarabangsa, liputan pasaran bagi keluaran tersebut menjadi luas dan

21
sasaran pasaran baru akan wujud. Ia akan memberi peluang kepada
sesebuah syarikat untuk terus berkembang, mempelbagaikan aktiviti
serta menjanakan lebih banyak keuntungan, membantu mengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh sesebuah syarikat.

e. Guna Tenaga
Apabila keluaran untuk dieksport meningkat, jumlah pekerja yang
diperlukan untuk aktiviti-aktiviti pengeluaran akan meningkat. Begitu
juga jumlah pekerja dalam aktiviti bantuan perniagaan akan turut
meningkat.

Keadaan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak


serta meningkatkan taraf hidup rakyat negara itu.

f. Pemindahan Teknologi
Pemindahan teknologi akan mengeratkan hubungan dua (2) hala dan
pelbagai hala. Jalinan hubungan yang baik akan mewujudkan
semangat bantu-membantu diantara satu sama lain terutamanya
dalam pengeluaran barangan yang berteknologi tinggi.

Tenaga kerja tempatan perlu dilatih untuk mengendalikan peralatan


tersebut. Proses ini secara tidak langsung telah memindahkan
teknologi ke negara yang menggunakan peralatan tersebut.

Contohnya, Proton bekerjasama dengan Mitsubishi


Perodua (Tiara) bekerjasama dengan Citroen
Perodua (Kancil) bekerjasama dengan Daihatsu
Korridor raya Multimedia (MSC) bekerjasama dengan
Microsoft

3.4: Jenis-jenis Perniagaan Antarabangsa


Terdapat pelbagai jenis perniagaan antarabangsa. Ianya dikelaskan kepada

a. Import
Sebarang aktiviti perniagaan yang membabitkan pembelian barangan
atau perkhidmatan dari negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan
dalam negara sama ada oleh individu atau organisasi.

Negara yang mengalami kekurangan sesuatu jenis barangan /


perkhidmatan terpaksa membeli daripada negara yang mengalami
lebihan.

Misalnya, kurma diimport dari negara-negara Arab Saudi semasa bulan


Ramadan.
Mercedez Benz diimport dari negara Jerman dsb.

b. Eksport
Sebarang aktiviti perniagaan yang diperniagakan di luar negara untuk
kegunaan individu atau organisasi di negara asing.

3
Negara akan mengeksport keluarannya yang biasanya mempunyai
lebihan / faedah bandingan (comparative advantage)

Misalnya, Malaysia mempunyai faedah bandingan dalam


pengeksportan minyak kelapa sawit kerana kos pengeluarannya
adalah rendah.

Jepun banyak mengeksportkan barangan elektrik, kereta dsb kerana ia


mempunyai lebihan bandingan dari segi pengeluaran barangan
demikian.

** Pada umumnya import dan eksport berlaku serentak demi kebaikan


bersama negara-negara yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa
terutamanya untuk mewujudkan imbangan perdagangan.

c. Perkhidmatan (Service)
Perkhidmatan merupakan bukan barangan fizikal yang dapat dilihat
dan disentuh tetapi sesuatu yang dapat memberi kepuasan serta
memenuhi kehendak dan kemahuan pengguna.

Ianya amat diperlukan supaya aktiviti perniagaan antarabangsa dapat


berjalan dengan lancar.

Contohnya, sistem pengangkutan – pengangkutan udara, air atau


darat.
Perhubungan – telefon, pos, e-commerce dsb.
Perbankan – system perbankan konvensional, system perbankan
Islam
Insuran dsb.

d. Pembuatan / Pengeluaran (Manufacturing)


Pembuatan / pengeluaran terdiri daripada syarikat-syarikat yang
mempunyai kemudahan untuk menghasilkan barangan di pelbagai
lokasi di seluruh dunia.

Kebanyakan syarikat pembuatan / pengeluaran memperolehi lebihan


bandingan melalui operasi di negara-negara yang mempunyai sumber-
sumber pengeluaran pada kos yang rendah
(tenaga kerja yang banyak dan murah, kemudahan infrastruktur yang
baik, dsb).

e. Kontrak Pengeluaran
Kontrak pengeluaran merujuk kepada perjanjian untuk membekalkan
sejumlah tertentu barangan kepada pengimport.

Pengimport dan pengeluar bersetuju dengan syarat-syarat untuk


menandatangani kontrak.

4
Perlesenan merupakan kaedah kontrak pengeluaran yang paling
popular.

Contohnya, Syarikat (Adidas) memberikan kebenaran kepada sebuah


syarikat yang lain (di Thailand) untuk menggunakan hakciptanya
seperti paten, tanda perniagaan dan teknologi untuk mengeluarkan
produk bagi pihak syarikat/firma yang pertama.

3.5: Konsep dan Cabaran Dalam Perniagaan Antarabangsa

a. Globalisasi
Globalisasi merupakan suatu proses dimana ekonomi dunia bergerak
ke arah menjadi satu ekonomi yang saling bergantung iaitu tidak
terasing lagi.
(A process by which the world economy is becoming a single
interdependent economic system)

Oleh itu, keluaran/produk/barangan /perkhidmatan yang dikeluarkan


oleh sesuatu negara itu dapat dipasarkan secara menyeluruh
melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia.

Syarikat multinasional (MNC) seperti Coca-cola, KFC, McDonald’s,


Sony memasarkan barangan yang sama di pasaran global dan hanya
melakukan sedikit perubahan untuk disesuaikan dengan negara
berkaitan.

Contohnya, McDonald’s India tidak menjual burger daging lembu dan


patung Barbie di Malaysia memakai baju kebaya.

b. Pasaran Menimbul (Emerging Market)


Pasaran menimbul merupakan pasaran baru yang memberi peluang
kepada syarikat untuk memasukinya.

Ianya wujud mungkin disebabkan perubahan dasar pemerintah seperti


Dasar Membuka Pintu Perdagangan (Rusia, China, Vietnam dsb.)
pada hujung tahun 1980an. Perubahan dasar demikian membolehkan
syarikat-syarikat luar memasuki pasaran di negara berkenaan.

Negara pasaran menimbul juga merupakan penerima kepada pelbagai


program sokongan kewangan antarabangsa (Bank Dunia, Dana
Kewangan Antarabangsa [IMF]) dan negara-negara kaya seperti
Amerika Syarikat, Jepun untuk membangunkan ekonomi mereka.

Negara pasaran menimbul juga diberi status perdagangan istimewa


dengan pengurangan tariff ke atas produk-produk yang dieksport ke
negara-negara maju.

5
c. Nasionalisasi
Ia dikenali sebagai milik bangsa / negara. Ia merujuk kepada tindakan
sesebuah kerajaan mengambil-alih pemilikan sesebuah firma asing
dan menjadikan firma tersebut sebagai milik negara.

Ia boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah:-

i. “expropriation” - pengambilalihan firma asing dilakukan dengan


pemberian pampasan. Contohnya, di sector perladangan, Kerajaan
Malaysia mengambil-alih ladang-ladang daripada Syarikat Guthrie,
Golden Hope, Sime Darby dsb.

ii. “confiscation” - pengambilalihan firma asing dijalankan tanpa


sebarang pampasan.

Pengeluaran kereta nasional (Proton) dan motosikal nasional (Kriss,


Jaguh) merupakan kebanggaan negara Malaysia.

d. Dunia Tanpa Sempadan


Ia menitikberatkan konsep perdagangan bebas yang tidak dibatasi oleh
sempadan negara. Urusniaga import dan eksport boleh berlaku tanpa
halangan dari segi tariff dan bukan tariff.

Ia wujud apabila adanya persepakatan antara negara-negara yang


terlibat. Contoh, negara-negara Eropah menubuhkan Kesatuan Eropah
(European Union) dan bersetuju untuk menggunakan matawang Euro,
dan bukannya dolar Amerika Syarikat dalam urusniaga.

3.6: Cabaran Syarikat Multinasional (MNC)

Syarikat multinasional (MNC) merupakan syarikat yang mereka, menghasil


dan memasarkan produk-produknya di banyak negara. (Ronald J. Ebert dan
Ricky W. Griffin [1998] Business Essentials. New Jersey: Prentice-Hall Inc.
m.s 109)

Syarikat yang beroperasi di lebih daripada dua (2) buah negara. (Gabriel
[1995] Management of Business. Singapore: Oxford University Press)

Contoh: British Petroleum (BP)

Banyak pelaburan dilaburkan di negara lain yang berpotensi untuk mendapat


keuntungan.

Cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional adalah begitu mencabar


dan pihak pengurusan harus memahami teknik pengurusan yang betul
apabila berurusan dengan negara lain.

Diantara cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti:-

6
a. Struktur dan Kawalan
Memandangkan factor-faktor yang wujud dalam persekitaran
perniagaan di pasaran asing kerapkali bercanggah dengan
persekitaran domestik, syarikat multinasional terpaksa membuat
beberapa perubahan pada aspek pengstrukturan dan kawalan supaya
operasinya dapat berjalan dengan lancar.

Struktur organisasi dapat dimaksudkan sebagai cara aktiviti-aktiviti


sesuatu organisasi itu dibahagi, diurus dan diselaraskan.

Ia juga memberi penjelasan tanggungjawab setiap unit serta tunjuk


arah laluan komunikasi dan hubungan diantara pihak pengurusan
dengan pihak bawahan.

Reka bentuk struktur organisasi syarikat multinasional yang lazim


dipraktikkan ialah struktur

i. bahagian antarabangsa
ii. produk
iii. wilayah
iv. fungsian
v. matrik

Pemilihan struktur organisasi yang sesuai adalah penting kepada


sesebuah syarikat multinasional kerana ianya merupakan satu bentuk
mekanisme kawalan yang utama.

Kepentingan aktiviti kawalan syarikat multinasional dapat

i. menjamin operasinya berjalan dengan lancar


ii. menyemak rancangan sama ada implimentasi /
perlaksanaannya mengikut garis panduan yang sebenar
dan membantu syarikat mencapai matlamat atau
sebaliknya.
Mengelakkan syarikat multinasional daripada mengalami
iii. kerugian dan mengukur kejayaan sesuatu perancangan.

Pendekatan kawalan yang biasa diamalkan ialah

i. pendekatan pemusatan kuasa (centralization)


segala aktiviti perniagaan anak syarikat multinasional akan
dikawal dan diselia oleh ibu pejabat

pembuatan keputusan memakan masa

struktur organisasi syarikat demikian akan kelihatan lebih


kompleks / rumit dan menegak.

ii. pendekatan desentralisasi / pemencaran

7
anak syarikat multinasional diberi kebebasan / kelonggaran
dalam melaksanakan kegiatan perniagaan

mempercepatkan tindakan atau pembuatan keputusan


(mendedahkan kepada penyelewengan dan pengawalan tidak
akan berkesan)

struktur organisasi agak datar.

b. Politik dan Undang-undang

i. Politik
Ia menentukan perjalanan operasi anak syarikat multinasional
dalam masa jangka panjang.

Kestabilan politik merujuk kepada bukan sahaja kekuatan


sistem politik dalaman tetapi juga ancaman dari luar.

Kestabilan politik dapat menjamin supaya pelaburan asing tidak


terancam malah berterusan.

Disebaliknya, ketidakstabilan politik sering mengganggu operasi


syarikat multinasional. Oleh itu anak syarikat multinasional
terpaksa memahami dan mematuhi dasar yang sentiasa
berubah ……. Mungkin melibatkan kos yang besar.

Contoh: Perang Teluk diantara Iraq dan Kuwait.


Sebelum Deng Xioa Peng, China mengamalkan dasar
tertutup.

Campur tangan kerajaan tempatan akan mengenakan tekanan


ke atas syarikat multinasional.

Contoh: Kerajaan Malaysia “Buy British Last”


Program Pembangunan Kereta Proton - meninggikan
duti import komponen-komponen kereta buatan asing
Tindakan kerajaan demikian memberikan kelebihan
persaingan dari segi harga kepada syarikat-syarikat
automobil tempatan.

ii. Undang-undang
Sistem perundangan antara negara berbeza.

Perbezaan sistem perundangan merupakan satu bentuk


halangan bagi kebanyakan firma antarabangsa.

Contoh: produk yang dikeluarkan oleh anak syarikat


multinasional mestilah berasaskan bahan mentah atau
komponen-komponen tempatan.

8
% jawatan diisikan oleh penduduk tempatan
Contoh: 30% daripada jawatan pengurusan mesti disandang
oleh Melayu di sektor swasta.

menyekat pengaliran keluar keuntungan dari operasi di negara


tersebut ke negara asal anak syarikat multinasional (semasa
kegawatan ekonomi 1998)

peraturan-peraturan perdagangan yang ketat

- tariff ………kos mengimport barangan meningkat

- bukan tariff ….barangan import sukar untuk memasuki


pasaran tempatan kerana prosedur-prosedur kemasukan
yang ketat seperti menetapkan piawaian mutu yang tinggi.

- Cukai korporat yang tinggi ……mempengaruhi keuntungan


syarikat multinasional

- Insentif-insentif seperti taraf perintis, kredit cukai pelaburan,


elaun eksport dsb menggalakkan pelaburan serta
menurunkan kos pengeluaran.

c. Ekonomi
Sistem ekonomi antara negara juga berbeza. Ianya berkait rapat
dengan sistem politik.

Contoh: Kerajaan Komunis mementingkan kekayaan dikongsi bersama

Di negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis, maka


mudah bagi kerajaan untuk memiliknegarakan syarikat
multinasional.

Bagi negara yang menjalankan sistem ekonomi kapitalis ,


muncul pula syarikat gergasi yang akan menindas syarikat kecil.

Pengurus yang mempunyai pengetahuan yang cukup tentang sistem


ekonomi sesebuah negara itu akan dapat membuat perancangan
jangka masa panjang dan mengamalkan corak pengurusan yang
sesuai / selaras dengan sistem ekonomi sesebuah negara itu.

d. Sosiobudaya dan Pengurusan Rentas Budaya


Sesebuah syarikat multinasional yang ingin menjalankan perniagaan
antarabangsa mesti memahami bahawa terdapat perbezaan sosial dan
budaya diantara negara di mana ia beroperasi (host country) dan
negara asalnya (home country).

Oleh itu syarikat multinasional perlu mengubahsuai amalan dan gaya


pengurusan bagi menangani persekitaran kebudayaan di negara di
mana mereka beroperasi.

9
Sekiranya pengubahsuaian tidak berlaku pada amalan dan gaya
pengurusan, maka persekitaran kebudayaan yang berbeza itu akan
menyebabkan berlakunya konflik antara syarikat multinasional dan
pekerja-pekerja tempatan.

Contoh: Pekerja-pekerja Amerika Latin kurang mengambil berat


tentang masa. Kelewatan menghadiri sesuatu temujanji adalah satu
perkara yang biasa dan diterima umum. Keadaan ini jelas
bertentangan dengan masyarakat Jepun yang sangat mementingkan
ketepatan masa.

Di Negeri Thai, KFC terpaksa mengubahkan menu, ramuan dan juga


masa operasi supaya selaras dengan budaya rakyat Negeri Thai.

Diantara konflik / masalah yang mungkin timbul akibat percanggahan


sosiobudaya ialah
i.masalah komunikasi
ii.halangan kepada perundingan yang akan menyekat
pengembangan perniagaan, pembaziran masa, wang
dan tenaga.

Kefahaman yang mendalam tentang budaya dan komponen budaya


dapat membantu syarikat multinasional menjalankan pengurusan
dengan baik tanpa membangkitkan isu-isu sensitive yang berkaitan
dengan budaya sesuatu bangsa itu.

e. Perubahan Teknologi
Perubahan teknologi juga merupakan satu cabaran kepada syarikat
multinasional. Teknologi mengalami pembangunan dan perubahan dari
semasa ke semasa.

Perubahan teknologi ini akan memberi kesan langsung kepada


syarikat multinasional terutamanya dari segi kos yang terpaksa
dilaburkan oleh syarikat multinasional dalam mengadaptasikan sesuatu
teknologi yang baru yang dapat menjamin syarikat multinasional itu
terus berdaya saing di pasaran.

3.7 GALAKAN DAN PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

a. Pemasaran Antarabangsa
Mengikut Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin (1998). Business
Essentials (2nd Edition). New Jersey : Prentice-Hall, Inc. m.s. 328

“Marketing is the process of planning and executing the conception,


pricing, promotion and distribution of ideas, goods and services to
create exchanges that satisfy individual and organisational objectives.”

10
Pemasaran ditakrifkan sebagai suatu proses perancangan dan
perlaksanaan konsep, perletakan harga, promosi dan pengagihan idea,
produk dan perkhidmatan untuk menjanakan pertukaran yang boleh
memuaskan objektif-objektif individu dan organisasi.

Pemasaran antarabangsa ialah aktiviti-aktiviti pemasaran yang


dijalankan di peringkat antarabangsa. Perjalanan pemasaran
antarabangsa adalah lebih rumit kerana terdapat perbezaan dari segi
ekonomi, politik, undang-undang, sosiobudaya antara satu pasaran
dengan pasaran yang lain.

Perbezaan ini akan mempengaruhi syarikat-syarikat multinasional


untuk memilih strategi pemasaran yang boleh memberikan hasil yang
terbaik kepada mereka. Misalnya, “Barbie Doll” yang dipasarkan di
Malaysia berpakaian baju kebaya. KFC di Negara Thai menyesuaikan
ramuannya dan waktu operasi agar selaras dengan kehendak dan
kemahuan rakyat Thai. McDonald’s di India tidak menjual burgar
daging lembu.

b. Peranan MARTRADE
singkatan untuk Malaysia External Trade Development Corporation
atau Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

MARTRADE ialah agensi pembangunan perdagangan luar Malaysia.

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 dibawah Kementerian Perindustrian dan


Perdagangan Antarabangsa.

Peranannya:
i.membantu pengeksport Malaysia mengenalpasti dan
memajukan aktiviti-aktiviti perdagangan di pasaran-pasaran
baru.

ii.menganjurkan sesi perjumpaan diantara pembeli


(pengimport dari luar negara) dan penjual (Pengeksport
Malaysia).

iii.merancang, mengendalikan seminar, latihan dan bengkel


hubungan perdagangan untuk pengeksport Malaysia.

iv.menyertai pameran-pameran perdagangan antarabangsa


untuk mempromosikan keluaran Malaysia.

v.menganjurkan misi-misi perdagangan ke luar negara dan


ke dalam negara.

vi.menerbitkan dan mengedarkan bahan maklumat


berkaitan dengan perdagangan.

11
vi. menyedia dan mengemaskinikan satu daftar import – eksport
yang bertujuan untuk mengekalkan hubungan antara
pengimport dan pengeksport berdaftar.

Struktur Organisasi MARTRADE

MARTRADE

Biro Hal Ehwal Biro Maklumat Biro Penyelidikan Biro Penasihat


Korporat Perdagangan dan Pembangunan Perdagangan
-merancang dan -menyediakan Perdagangan -membentuk,
menguruskan hal maklumat -merangka program merancang dan
kewangan, berkaitan pembangunan melaksanakan
aktiviti perdagangan luar perdagangan yang program latihan
pentadbiran dan negara meliputi penyelidikan kepada pengeksport
korporat -sebagai rujukan :-pasaran, eksport, -menganjurkan
MARTRADE utama kepada kualiti seminar, bengkel dan
-mempromosikan pengimport dan produk,pengeluaran perbincangan
MARTRADE pengeksport dan darjah persaingan berkaitan dengan
-menyelaraskan Malaysia di pasaran teknik-teknik
aktiviti-aktiviti antarabangsa perdagangan
MARTRADE antarabangsa dan
dengan Kerajaan peluang-peluang
/ agensi-agensi perdagangan
lain -memberi khidmat
nasihat kepada para
pelabur berkaitan
dengan penilaian
pasaran, perletakan
harga,
pembungkusan dan
pengedaran

3.8 Organisasi dan Blok perdagangan Antarabangsa

Satu cara untuk menggalakkan perdagangan ialah melalui blok-blok


perdagangan. Selain mempertingkatkan perdagangan di sesuatu wilayah,
blok-blok perdagangan juga mewujudkan halangan-halangan yang seragam
terhadap barangan dan perkhidmatan daripada negara-negara bukan
anggota memasuki wilayah yang berkenaan.

a. World Trade Organisation (WTO)


WTO merupakan satu organisasi induk yang memayungi GATT (yang
ditubuhkan pada 1947) dan dua badan lain iaitu bahagian
perkhidmatan dan peralatan intelektual. Ianya terdiri daripada 131
buah negara. Perjumpaan WTO diadakan dua tahun sekali.

12
Kesannya:- GATT (General Agreement on Tariffs and Trade) bertujuan
Penubuhan
untuk meliberalisasikan
i.pengurangan tarif ke atas
perdagangan
barangan industri
dengan lebih
menghapuskan
daripada 1/3
tarif,
subsidi, kuota import
ii.pengurangan subsididan
pertanian
lain-lain halangan perdagangan.
iii.menyelaraskan peraturan kemasukan pasaran
iv.keadilan dalam perdagangan dan sektor perkhidmatan
WTO berperanan
v.memperluas untuk GATT dalam peningkatan perlindungan
peraturan
i.menangani masalah perselisihan
ke atas paten, hakcipta dan tandadalam
niagaperdagangan
ii.mengawal dasar-dasar atau polisi-polisi
vi.pengurangan halangan dalam perdagangan perdagangan
tekstil negara
anggota.

WTO tidak mengagihkan kuasanya kepada mana-mana lembaga


c. pengarah
ASEAN FREE dan tidak
TRADEmempunyai
AREA pengaruh
(AFTA) birokrasi dalam menentukan
dasar negara-negara anggota.
-dikenali sebagai Kawasan Perdagangan Bebas Cukai ASEAN. Ini
bermaksud bahawa kawasan ASEAN dikecualikan daripada halangan
cukai (iaituyang
Peraturan penghapusan tarif dan
dikuatkuasakan cukai
oleh WTO atas
kebarangan niaga dan
atas negara-negara
halangan bukan tarif yang menghadkan kemasukan import) antara
anggota adalah hasil daripada persetujuan bersama setelah dirunding.
negara-negara anggota ASEAN (semua negara Asia Tenggara kecuali
Cambodia adalah anggota ASEAN).
Struktur Organisasi WTO

-ditubuhkan pada 1992. Pada mulanya, Menteri-menteri


WTO Ekonomi
ASEAN bersetuju untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas
cukai ASEAN dalam tempoh 15 tahun (pada 2008) tetapi pada
September 1994, Menteri-menteri Ekonomi ASEAN pula bersetuju
untukMajlis
mempercepatkan
Kuasa
tempoh penubuhan AFTA, iaitu
Peringkat
kepada 10
Peringkat Peringkat
tahunTertinggi
(pada 2003) Pengurusan Pengurusan Pengurusan
Kedua Ketiga Keempat
-dianggotai oleh
Perlaksanaan Skim Tarif Keistimewaan
menteri-menteri -Majlis UmumSama Rata atau CEPT
-Majlis -Badan
(Common
negaraEffective
anggota Preferential Tariff)
-Badan oleh AFTA, beransur-ansur
Urusniaga Subsidiari
-perjumpaantarif
mengurangkan 2 bagi barangan import yang datang
Penyelesaian dari negara-
Barangan (Goods Majlis
tahun
negara sekali (negara-negara
anggota Pertikaian
ASEAN). Council) Tertinggi
-membuat -Badan -Majlis
keputusan dalam Pengkaji Perkhidmatan
semua hal Semula (Service Council)
AFTA juga bersetuju bekerjasama untuk meningkatkan
/perjanjian
kedudukan
Perdagangan -Majlis yang
negara-negara
perdagangan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya
berhubung
saingpelbagai
dan memenuhi
hala pasaran global melalui pembentukan peraturan
dengan harta
untuk bersaing secara adil, mengadakan perundingan dalam bidang
intelektual
makroekonomi, menghapuskan halangan kepada pelaburan asing,
(TRIPS Council)
membentuk piawaian bersama, mempromosi usahasama modal dan
ujian serta perakuan.

b.
d. NORTH AMERICA
Pusingan Uruguay FREE TRADE AGREEMENT (NAFTA)
-membincangkan perdagangan dunia termasuklah peranan WTO dan
GATT yang
-dikenali bertujuan
sebagai untukBebas
Perjanjian membantu perdagangan
Amerika Utara di negara-negara
membangun.
-ditubuhkan secara rasminya pada 1994.
-dianggotai oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
-berperanan umtuk meneguh dan mengukuhkan peraturan dan sistem
perdagangan pelbagai
Penubuhannya halauntuk
bertujuan dan meluaskan aktiviti ke kawasan /
pasaran baru.
i.menghapuskan tarif dan halangan-halangan perdagangan yang
menyukarkan dan menyekat peluang maju perdagangan antarabangsa
antara ketiga-tiga
-berjalan negara
selama tujuh tersebut.
tahun.

13
14
e. EUROPEAN COMMUNITY (EC)
-dikenali sebagai Komuniti Eropah

Pada tahun 1967, Komuniti Eropah ditubuhkan secara rasmi dengan


gabungan 3 badan kerjasama rantau Eropah iaitu Komuniti Ekonomi
Eropah / European Economic Community (EEC), Komuniti Arang Batu
dan Keluli Eropah / European Coal and Steel Community (ECSC) dan
Komuniti Tenaga Atom Eropah / European Atomic Energy Community
(EURATOM)

Tujuan penubuhan Komuniti Eropah ialah


i.untuk mendapatkan kerjasama dalam 4 aspek :-
barangan, perkhidmatan, buruh dan modal
ii.untuk mewujudkan satu pasaran tunggal di Eropah dengan
penghapusan semua halangan perdagangan

Pada 1 Januari 1994, dengan termeterainya Perjanjian Maastrict,


Komuniti Eropah (EC) ditukarkan nama kepada Kesatuan Eropah /
European Union (EU).

f. EAST ASIA ECONOMIC CAUCAS (EAEC)

-dikenali sebagai Perundingan Ekonomi Asia Timur.

Pada Disember 1990, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad, YAB


Perdana Menteri Malaysia telah mencadangkan penubuhan Kumpulan
Ekonomi Asia Timur / East Asia Economic Group (EAEG).

Atas cadangan Indonesia pada tahun 1991, EAEG pula ditukarkan


kepada EAEC (East Asia Economic Caucas).

Penubuhan EAEC bertujuan untuk mengadakan forum perundingan


berkaitan dengan isu-isu ekonomi dan perdagangan yang menjadi
kepentingan bersama negara-negara dalam rantau Asia Timur.

EAEC telah mendapatkan sokongan daripada negara-negara ASEAN


dan Jepun, tetapi ditentang kuat oleh negara-negara Barat yang
menganggapkan EAEC sebagai satu blok perdagangan yang bersifat
perkauman dan mengulangi peranan APEC.

Oleh itu, sehingga ke hari ini, EAEC masih samar dan belum dapat
berfungsi dengan sepenuhnya. (peringkat idea sahaja)

g. ASIA-PACIFIC ECONOMIC COOPERATION (APEC)

-dipanggil sebagai Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik


-ditubuhkan pada 1989 di Canberra, Australia.

15
Dianggotai oleh 18 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada,
Mexico, Chile, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China,
Taiwan, Hong Kong, negara-negara ASEAN dan Papua New Guinea.

Objektif penubuhan APEC ialah


i.mempercepat pertumbuhan ekonomi di rantau Asia-Pasifik.
ii.memupuk semangat kerjasama di kalangan negara-negara
anggota.
iii.memajukan perdagangan bebas atau terbuka.

h. ASSOCIATION OF SOUTH-EAST ASIA (ASEAN)


-dikenali sebagai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.
-ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand dengan
termeterainya “Deklarasi Bangkok”.
-kini telah dianggotai oleh semua negara Asia Tenggara kecuali
Cambodia.

Penubuhan ASEAN bermatlamat:-


i.menggalak dan mempercepatkan pembangunan ekonomi,
social dan kebudayaan negara-negara anggotanya menerusi
program-program kerjasama serantau.
Contoh: Projek baja urea ASEAN di Malaysia dan Indonesia
Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
Projek Perlombongan Potasy di Negara Thai
Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura

ii. mengekal dan mengukuhkan keamanan dan kestabilan politik


dan ekonomi serantau dengan mematuhi prinsip Piagam
Bangsa-bangsa Bersatu

iii. menggalakkan kerjasama dalam bidang-bidang ekonomi,


social, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran

iv. meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam


bidang perindustrian, pertanian dan perdagangan

-Kerjasama yang diamalkan oleh ASEAN telah meninggalkan kesan


yang mendalam kepada blok ekonomi yang lain. Blok ekonomi lain
tidak boleh memperkecil dan menindas ASEAN dengan mengenalkan
sekatan-sekatan ekonomi dan menyebabkan harga komoditi tidak
stabil. ASEAN kini disegani dan dihormati oleh masyarakat
antarabangsa.

16
i. INDONESIA, MALAYSIA, THAILAND GROWTH TRIANGLE (IMT-GT)

-dikenali sebagai Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand.


-tujuan pembentukan IMT-GT
i.untuk meningkatkan taraf hidup dan kerjasama harmoni kepada
masyarakat di ketiga-tiga negara ini.
ii.untuk meningkatkan aktiviti perdagangan dan perusahaan dalam
wilayah
iii.untuk mewujudkan peluang-peluang pelaburan dan meningkatkan
kegiatan ekonomi.

-merupakan asas pengukuhan kerjasama ekonomi dan persediaan untuk


menghadapi cabaran serta tekanan globalisasi. Kepakaran, kemahiran dan
tenaga penduduk yang ada dalam kawasan ini digunakan untuk
membangunkan kuasa ekonomi serantau.

j. INDONESIA, MALAYSIA, SINGAPORE GROWTH TRIANGLE (IMS-GT)

-dikenali sebagai Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Singapura.

Pembentukannya bertujuan untuk:-


i.menggalakkan penggabungan dan penggunaan segala sumber dan
potensi yang ada di kawasan ini untuk meningkatkan pembangunan
ekonomi serta menikmati faedah bersama secara langsung ataupun
tidak.

k. BRUNEI DARUSSALAM, INDONESIA, MALAYSIA, PHILIPINES-EAST


ASEAN GROWTH AREA (BIMP-EAGA)

Tujuan pembentukannya
i.membangunkan kawasan-kawasan yang masih mundur dan kurang
maju tetapi berpotensi untuk dibangunkan.
Contoh: Kalimantan, pedalaman Sabah dan Sarawak, Sulawesi, pulau-
pulau di Filipina.
ii.mewujud dan meningkatkan peluang pelaburan dan perdagangan
antara sempadan melalui program-program yang strategic.
Contoh: memajukan industri-industri kompetitif seperti industri
petrokimia di Brunei D.S, Sabah dan Sarawak yang bermatlamatkan
pasaran global.

Pengeluaran hasil pertanian, bahan pembinaan yang berasaskan logam,


mesin-mesin pertanian dan peralatan di Mindanao untuk keperluan dan
pasaran di negara EAGA.

l. MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC)

-dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia.


-merupakan satu strategi kerajaan Malaysia untuk mencapai wawasan
negaranya iaitu Wawasan 2020 Malaysia.

17
Projek MSC bertujuan untuk
i.menggalakkan inovasi dan rekacipta teknologi yang moden malah
canggih untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
ii.mempercepatkan kemasukan Malaysia ke zaman maklumat menerusi
pemindahan teknologi.
iii.mewujudkan satu persekitaran bersepadu untuk membentuk iklim
multimedia yang global.

Dengan pembangunan MSC ini akan meningkatkan pelaburan asing dalam


industri teknologi maklumat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai
salah sebuah Pusat Multimedia yang termaju di alaf baru ini.

Wkn/an015/03

18

You might also like