You are on page 1of 9

APA ITU KAJIAN KES: Tips dan Tatacara Penulisan

Oleh:
Dr Azwan Abdullah (SAB, FKP)

Cuba kita sama-sama fikirkan, terdapat dua terminologi dalam keadaan ini. Pertama ialah
“kajian” dan kedua adalah “kes”.

Secara umum, “kajian” ialah perkara yang berkaitan dengan penelitian, pemerhatian, pengujian
yang dilakukan terhadap sesuatu peristiwa. Contohnya kajian berkenaan tabiat menyimpan
wang di bank. Kita mungkin cuba untuk menghuraikan tentang apa yang kita perhatikan tentang
gelagat individu yang menyimpan wang di bank. Sama ada dalam bentuk jumlah wang, masa
penyimpanan (hujung bulan atau awal bulan, awal minggu atau hujung minggu) atau sebaliknya.

Kedua ialah “kes”. Kes adalah perkataan biasa yang kita dengar dan sering digunakan apabila
berlaku sesuatu peristiwa yang membawa kepada masalah. Contohnya, kes kehilangan wang
dalam akaun simpanan, kes kecurian barangan di pasaraya, kes ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar, kes penceraian rumah tangga, kes penyalah gunaan kuasa dan pelbagai lagi.

Secara umumnyan, setiap kes yang berlaku bermula dengan masalah. Masalah yang menjadi
punca kepada tercetusnya konflik. Masalah itu perlu dinilai secara menyeluruh dan adil, iaitu
dengan meletakkan diri anda ditempat di tengah-tengah dalam situasi yang berlaku dan tidak
menyebelahi mana-mana pihak.

Masalah tersebut perlu ada jalan penyelesaian dengan mengemukakan beberapa pandangan
dan cadangan. Secara mudah, bila kita sebut kajian kes, biasanya terbayang di minda kita
tentang kes-kes jenayah yang dilaporkan kepada pihak polis. Pelbagai kes jenayah, kecurian,
rompakan, rogol, pembunuhan, peras ugut, dan sebagainya. Itulah secara ringkas yang saya
boleh beritahu tentang kes. Manakala kes tersebut perlu disiasat, dikaji dan diambil tindakan.

Dalam menyiapkan kajian kes, perkara yang paling utama ialah dengan mengenali dan
menghuraikan organisasi di mana tempat anda menjalani LI. Huraian mesti merangkumi perkara
yang berlaku dalam organisasi tersebut berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang anda
alami.

Contoh situasi:

Di ruang legar sebuah bank, anda melihat pelanggan terlalu ramai dalam “banking hall” sedang
menunggu giliran untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter. Persoalan yang bermain di
minda anda ialah: Kenapa ramai sangat pelanggan hari ini? Kenapa semua ke bank hari ini?
Berdasarkan situasi ini kita akan cuba untuk memerhati dan membuat andaian tentang situasi ini.

Andaian yang timbul serta pemerhatian yang kita lihat adalah seperti berikut:

1. Ruang di “banking hall” terlalu sempit;


2. Pekerja terlalu lama mengambil masa berurusan di kaunter;
3. Sistem pemprosesan maklumat yang digunakan agak “old version”,

1
4. Pelanggan hadir ke bank di waktu puncak, antara jam 12- 1 tengahari, dan pada hari ahad
dan khamis sahaja.
5. Mesin ATM yang disediakan sering mengalami kerosakan.

Senarai 1 hingga 6 ialah semuanya punca masalah yang kita andaikan. Betul kan? Tetapi
masalah itu belum tepat selagi belum disiasat dengan menyeluruh. Oleh itu, berdasarkan situasi
dan pemerhatian yang dilakukan kita boleh menyiasat dengan menggunakan kaedah “kajian kes”.
Beberapa andaian yang telah kita buat boleh dijadikan petunjuk untuk menyelesaikan kajian kes
tersebut.

Secara ringkasnya, kajian kes bolehlah kita sifatkan sebagai suatu huraian atau deskripsi tentang
sesuatu situasi yang sedang berlaku yang anda sendiri alami dan anda perlu melontarkan
pandangan bagi mengatasi permasalahan tersebut. Kajian kes yang baik mempunyai unsur
pengajaran yang boleh dipelajari daripada masalah yang timbul, adanya masalah atau keputusan
yang perlu diselesaikan serta terdapat rumusan ke atas kes yang disiasat.

Oleh itu, sekarang ni anda perlu laksanakan kajian kes yang berkaitan dengan tempat latihan
praktikal anda (LI). Bersama ini saya sediakan beberapa panduan “steps” atau langkah yang
saya cuba permudahkan untuk pemahaman anda bagi menulis kajian kes.

PERANAN ANDA DAN TIPS MENULIS KAJIAN KES:

 Betulkan niat! Penulisan dalam kajian kes ini bukanlah untuk mencari kekurangan
organisasi tetapi berhasrat untuk memberi sumbangan idea untuk menambah baik
perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi. Segala yang diusahakan adalah dengan
niat yang baik kerana Allah SWT.

 Melaporkan kes secara profesional tanpa “bias”. Tanpa bias bermaksud, meletakkan diri
anda sebagai “pelapor” yang bertindak yang bebas pengaruh. Tidak menyebelahi mana-
mana pihak seperti organisasi, pihak pengurusan, pekerja mahupun pelanggan.

 Perbincangan bukan bersifat “mengutuk” atau “mempersenda” pihak-pihak tertentu.


Sebaliknya perbincangan mestilah tuntas berdasarkan penulisan akademik yang
membina dan menyumbang kepada impak positif.

 Berlaku adil dalam penulisan dengan melihat kepada kesan dan akibat kepada perkara
yang dibincangkan secara lebih holistik dengan menonjolkan impak signifikan terhadap
kes yang diketengahkan.

 Memberi gambaran yang holistik kepada kes yang diketengahkan. Iaitu kes boleh
diselesaikan sekiranya cadangan yang diberikan dipertimbang untuk penambahbaikan.

 Implikasi kajian mestilah berupaya mengetengahkan hala tuju dan masa depan
organisasi yang lebih kompetitif dalam pasaran bagi menjamin jemana, produk,
perkhidmatan yang tersedia dalam industri.

2
TATACARA PENULISAN KAJIAN KES

Item Isi Kandungan Perbincangan yang perlu ada


1. Pengenalan  Huraian terhadap sejarah penubuhan dan latar belakang
(Latar Belakang organisasi.
Industri dan  Penerangan tentang corak pengurusan organisasi.
Syarikat)  Jabatan/bahagian yang wujud dalam organisasi.
 Peranan setiap jabatan/bahagian dalam organisasi.
 Persekitaran syarikat serta signifikan kewujudannya.

Nota: huraian yang dibincangkan dalam bab ini hanyalah


bersifat umum dan menyeluruh tentang organisasi tempat
anda menjalani LI.

2. Analisis peranan  Huraian tentang peranan organisasi dan kesannya


industri dan kepada masyarakat. Contohnya peranan yang dimainkan
syarikat oleh Bank ABC, kewujudannya memberi kesan kepada:
 Ekonomi: peningkatan tabungan
 Sosial: peningkatan kualiti hidup
 Politik: institusi yang diiktiraf oleh kerajaan

 Huraian mestilah secara terperinci berdasarkan


pemerhatian sebenar yang berlaku dalam organisasi LI
tersebut dan impak kewujudannya secara kritis.

3. Analisis isu dan  Huraian mengkhusus kepada 2 bahagian, iaitu:


cabaran (yang  Isu yang dihadapi oleh industri & organisasi itu
dihadapi oleh sendiri.
industri dan  Cabaran yang perlu dilalui oleh industri &
syarikat organisasi dalam mendepani situasi yang
berkaitan dengan isu yang dibincangkan.

 Huraian perlu merangkumi penerangan tentang isu-isu


yang berkaitan. Contohnya apakah isu yang dihadapi
oleh Bank ABC apabila ingin memproses permohonan
pembiayaan kewangan yang dipohon oleh pelanggan.
Antara isu yang dikenal pasti ialah seperti berikut:
 Maklumat pelanggan tidak lengkap.
 Pelanggan memberi maklumat palsu.
 Dokumen yang disertakan tidak tepat.
 “expectation” pelanggan melebihi daripada
kemampuan pembiayaan yang boleh diluluskan.
 Sistem maklumat perbankan tidak dapat diakses
dengan segera.
 Pekerja tidak mempunyai motivasi untuk bekerja.
 Kelemahan sistem tadbir urus pengurusan.
 Pekerja kurang berdisiplin.
 Sistem keselamatan maklumat tidak diselenggara
dengan baik.

3
 Contoh-contoh isu yang dikemukakan di atas sebenarnya
memberi kesan kepada nama baik organisasi itu sendiri
dan turut memberi kesan kepada industri.

 Oleh itu, anda perlu menghuraikan isu-isu tersebut secara


2 hala, iaitu kesan langsung isu berkenaan dengan
kewujudan industri. Kaitannya dengan kepercayaan
pelanggan, para usahawan, perkhidmatan yang diberikan.
Pasti isu ini memberikan kesan yang negatif kepada
nama baik organisasi dan juga memberi kesan defisit
kewangan ke atas pendapatan organisasi.

 Sekiranya perkara ini tidak dibaiki sudah tentu para


pesaing akan mengambil tempat untuk mendahului
pasaran yang sedia ada dan pelanggan akan beralih
untuk mendapatkan perkhidmatan di bank yang lebih baik
menawarkan perkhidmatan dan produk kepada
pelanggan.

 Manakala penerangan mengenai cabaran pula mestilah


berkaitan dengan isu yang diketengahkan. Apa itu
cabaran? cabaran ialah halangan atau rintangan yang
perlu dihadapi bagi memastikan organisasi tersebut terus
relevan dalam pasaran/industri.

 Contohnya, berdasarkan isu yang dikemukakan di atas


cuba kita ambil satu isu yang boleh dikaitkan dengan
cabaran iaitu ISU 1: Pekerja tidak mempunyai motivasi
untuk bekerja.

 Isu yang timbul ialah tiada motivasi untuk bekerja dalam


kalangan pekerja terbabit.

 Persoalan yang timbul ialah kenapa dan mengapa hal ini


berlaku?

 Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh (berdasarkan


pemerhatian anda) perkara berikut:
 Gaji yang diterima tidak setimpal.
 Bebanan tugas yang terlalu banyak.
 Waktu kerja yang terlalu lama.
 Sistem kenaikan pangkat yang tidak adil.
 Pengurusan tidak mampu mengawal disiplin
pekerja.
 Sasaran (target) tugas yang diberikan terlalu
menekan.

 Jawapannya, bagaimana untuk menyelesaikan isu


tersebut? (inilah yang dikatakan cabaran). Apakah
cabaran yang dihadapi oleh organisasi tersebut dalam

4
mendepani isu yang dihadapi. Bagaimana organisasi
tersebut perlu berhadapan dengan situasi seperti
tersebut? Apakah yang perlu dibuat untuk mengatasi
masalah tersebut?

 Cabaran yang perlu dihadapi oleh organisasi merupakan


kaedah penyelesaian untuk menghadapi isu tersebut.
Contohnya:
 Mengkaji semula skim gaji yang setimpal.
 Menstruktur semula beban tugas.
 Mengubah waktu kerja agar lebih sistematik.
 Menyediakan peluang kenaikan pangkat yang adil
untuk semua pihak.
 Mengemaskini sistem tadbir urus kakitangan.
 Menilai semula sasaran (target) yang diberikan.

 Berdasarkan cabaran tersebut, idea yang bernas perlu


dinyatakan bagi mengatasi isu yang berlaku dalam
organisasi.

 Boleh juga menggunakan kaedah analisis SWOT.

Nota: Perlu diingat, perbincangan mengenai isu yang


dikemukakan mestilah selari dengan cabaran yang perlu
dihadapi oleh organisasi dalam mendepani karenah
pelanggan, persaingan pasaran dalam memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan kekal relevan dalam
industri. Huraian adalah bergantung kepada tempat LI
dan isu serta cabaran yang pernah anda perhatikan
berlaku dalam organisasi tersebut.

4 Analisis kajian kes  Analisa dalam bahagian ini mestilah merangkumi kesan
berkaitan kesan ke atas perkara seperti berikut:
perniagaan,  Kesan perniagaan
keusahawanan,  Kesan keusahawanan
dan pengurusan  Kesan pengurusan

 Kesan perniagaan ialah apakah impak yang berlaku


kepada perniagaan/organisasi tersebut sekiranya isu
(dalam perkara 3) terus berlaku tanpa dibendung. Sudah
tentu memberi implikasi berikut:
 Hilangnya kepercayaan pelanggan.
 Pelanggan akan beralih ke organisasi yang lebih baik.
 Pendapatan perniagaan akan merosot.
 Pesaing akan mengambil alih pasaran.

 Kesan keusahawan pula merujuk kepada impak yang


timbul daripada kebaikan atau kegagalan organisasi
tersebut dalam keterlibatan aktiviti keusahawanan.
Contohnya adakah program yang dilaksanakan oleh Bank

5
ABC menyokong pembangunan usahawan seperti skim
kredit mikro, program pembiayaan mudah dan
sebagainya.

 Ataupun usahawan melihat kewujudan organisasi


tersebut amat membantu/tidak membantu dalam
menguruskan perusahaan yang dijalankan. Contohnya,
usahawan menggunakan khidmat akaun simpanan
semasa ataupun akaun simpanan tetap di bank ABC
sebagai elemen pengurusan kewangan syarikat tersebut.

 Oleh itu, jika isu di perkara 3 terus berlaku dan tidak


diatasi sudah tentu memberi kesan kepada para
usahawan dan kegiatan yang sedang mereka usahakan.
Akibat isu tersebut, para usahawan berhadapan dengan:
 Kesukaran menguruskan kewangan dan tabungan
dengan bank ABC.
 Para usahawan akan mencari altenatif institusi
kewangan lain yang lebih baik.
 Kesan kemelesetan ekonomi kepada para usahawan
akibat permasalahan dalaman yang tidak diatasi.
 Kesan produktiviti yang agak kurang baik dalam aktiviti
keusahawanan yang dijalankan (gangguan dalam
proses pengeluaran, pemasaran dan kesan jenama).

 Kesan pengurusan pula merujuk kepada impak kepada


organisasi disebabkan isu kurangnya motivasi para
pekerja untuk melaksanakan tugas dengan baik.

 Kesan pengurusan yang berlaku mungkin cenderong


kepada situasi berikut:
 Pakatan untuk menggulingkan kakitangan pengurusan
atasan.
 Konflik komunikasi di antara pihak atasan dan pekerja
bawahan.
 Arahan yang diberikan oleh pihak atasan tidak
dipatuhi.
 Timbulkan persepsi negatif kepada organisasi seperti
kewujudan tomahan, umpatan, fitnah serta dakwaan
negatif.
 Penyalah gunaan kuasa, pemberhentian pekerja.

 Nota: Saya mengambil contoh yang mudah untuk anda


fahami. Cuba tengok kes organisasi/syarikat Nokia. Apa
yang berlaku? Pada asalnya Nokia mendahului pasaran
telefon bimbit dengan begitu baik sekali. Tetapi beberapa
isu dan cabaran yang timbul tidak ditangani dengan baik
menyebabkan berlaku pelbagai kesan kepada
perniagaan, keusahawanan dan pengurusan syarikat
tersebut.

6
5. Cadangan  Anda perlu mengemukakan cadangan penambahbaikan
Penambah-baikan yang bersesuaian dengan isu yang telah anda
organisasi/syarikat ketengahkan dalam perkara 3 dan 4 seperti di atas.

 Cadangan tersebut perlulah relevan, sesuai dengan kes


yang dihuraikan.

 Cadangan penambah baikan yang dikemukakan mestilah


mengambil kira kepentingan syarikat dan kelangsungan
syarikat dalam industri di masa hadapan.

 Pastikan cadangan yang dikemukakan adalah relevan


kepada syarikat/organisasi/industri untuk terus kekal
berada dalam pasaran, berdaya saing dan maju dalam
perusahaan yang dijalankan.

 Cadangan yang dikemukakan mestilah berdasarkan


keutamaan permasalah yang dihuraikan.

 Contohnya: Isu pertama selari dengan cabaran yang perlu


dihadapi berdasarkan isu pertama yang telah dihuraikan.
Isu tersebut pula perlu dikaitkan dengan kesan yang
berlaku serta memberikan cadangan penambahbaikan
bagi mengatasi perkara tersebut. Barulah nampak selari
dan sistematik. Ringkasan contoh situasi yang berlaku di
Bank ABC seperti berikut:

Isu Cabaran Kesan Cadangan


Penambahbaikan
Pekerja a) Untuk a) Nama a) Mengadakan
tiada menaikkan baik kursus
motivasi semula organisasi motivasi bagi
untuk motivasi akan buruk meningkatkan
bekerja bekerja. motivasi
b)produktiviti
b) Mengkaji pekerja b) Mengkaji
semula ditahap semula
sistem kurang struktur gaji
pengurusan memuaskan sedia ada
dalam atau;
organisasi Menyusun
semula
sasaran kerja
tahunan

 Huraian bagi jadual di atas:


 Isu yang dihadapi oleh organisasi ialah pekerja yang
ada tiada motivasi untuk bekerja atau menjalankan
tugas dengan baik.

7
 Cabaran yang dihadapi oleh organisasi ialah untuk
menaikkan semula motivasi para pekerja. Kajian
semula perlu dilaksanakan terhadap sistem pengurusan
dalam organisasi tersebut.

 Kesan ke atas motivasi pekerja yang kurang


memuaskan akan menjejaskan nama baik organisasi
kerana mutu kerja yang dihasilkan tidak dapat
memenuhi kehendak pelanggan. Hal ini
mengakibatkan tahap produktiviti pekerja berada pada
keadaan yang kurang memuaskan.

 Penambahbaikkan perlu dilakukan bagi mengatasi isu


ini. Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah
dengan mengadakan kursus motivasi kepada pekerja
yang terlibat. Di samping itu, pihak organisasi juga
perlu mengadakan kajian semula terhadap struktur gaji
yang kompetitif serta menstruktur semula sasaran kerja
yang telah ditetapkan sebelum ini. Hal ini penting bagi
memastikan tahap motivasi pekerja untuk
melaksanakan tugas dengan baik dapat
dipertingkatkan.

6. Rumusan  Bab ini adalah paling penting kerana ia menentukan


pendirian anda dalam merumuskan isu yang diketengahkan
dalam kajian kes ini.

 Anda perlu mengaplikasi idea anda dengan situasi yang


dihadapi oleh organisasi berserta ilmu yang telah anda
pelajari semasa di dalam bilik kuliah.

 Anda juga perlu merumuskan kajian kes anda dengan


memberi cadangan ataupun aplikasi alternatif kepada
organisasi dalam menghadapi permasalahan diluar
jangkaan.

 Contohnya pada masa kini (pendemik Covid19) yang


berlaku menyebabkan organisasi/ syarikat menghadapi
masalah dalam menguruskan perkhidmatan dan
perniagaan.

 Seperti di Bank ABC, apakah perkhidmatan alternatif yang


boleh ditawarkan kepada para pelanggan dalam
menghadapi situasi risiko yang tidak dijangka ini. Sudah
tentu Bank ABC akan menggunakan platform atau aplikasi
perbankan internet dalam menguruskan perkhidmatannya
seperti biasa.

8
 Perlu diingat, rumusan mestilah berkaitan antara satu sama
lain dan tidak terpesong daripada kajian kes yang
dibincangkan. Contohnya kita bincang pasal masalah
organisasi tetapi rumusan diberi tentang perlunya
mengamalkan diet yang betul. (rumusan yang terpesong).
Bagi mengelakkan hal ini berlaku, fokus atau tumpuan
dalam penulisan mestilah berada ditahap yang betul
berdasarkan objektif yang hendak dicapai.

KESIMPULAN

Kajian kes yang baik perlu dilakukan berdasarkan peristiwa dan pengalaman yang dialami
semasa berkhidmat di organisasi. Huraian kes perlulah realistik terhadap situasi sebenar yang
berlaku dalam organisasi. Cadangan yang dikemukakan perlu memberi impak kepada pihak
yang terlibat dengan organisasi terbabit seperti pelanggan, pengusaha, pekerja dan komuniti
setempat. Cadangan yang dikemukakan dalam kajian kes perlu disertai dengan justifikasi yang
relevan serta menyokong fakta kes yang dibincangkan.

You might also like