You are on page 1of 4

NAMA : ROBAIZURA BINTI RAMLI

NO. MATRIK : D 20071029816


KUMPULAN : B (TAJUK 8 )
TAJUK : MEREKABENTUK KAJIAN KES

AHLI KUMPULAN :

1 ) SITI ROSZANA BINTI RAHAMAT (  D20072031066 )


2 ) NORHARTINI BT CHE DERAMAN (  D20072031139 )
3 ) ROBAIZURA BINTI RAMLI (  D20071029816 )
4 ) NOR HAYATI BT OMAR (  D20071029822 )

CONTOH KAJIAN KES

Kajian kes 1

Kedatangan pengetua baru memberikan peluang yang baik kepada Cikgu Bherita. Sebagai
guru DG6 di sekolah menengah , Cikgu Bherita sebenarnya berasa terancam (tekanan dilihat
secar positif) berada di Sekolah menengah kerana ada ura-ura kerajaan untuk memindahkan
guru DG 6 ke sekolah rendah. Untuk menyambung pelajaran, Cikgu Bherita merasakan
dirinya tidak berupaya lagi.

Cikgu Bherita memegang jawatan Ketua Guru Disiplin sejak dua tahun lepas . Masalah
utama di sekolah ialah masalah disiplin pelajar. Pelajar sesuka hati datang lewat malahan
minum kopi di kedai di luar kelas. Misi utama pengetua yang baru datang ialah
menyelesaikan masalah disiplin pelajar yang telah menjadi bualan umum baik di kalangan
masyarakat sekeliling mahupun di peringkat daerah dan jabatan.

Kelebihan Cikgu Bherita ialah keupayaannya mengingati dan menceritakan semula sesuatu
kesalahan disiplin pelajar . Sebarang kes disiplin pelajar dapat diterangkan dan dijelaskan
kepada pengetua dengan baik dan lancar. Oleh itu keputusan hukuman merotan,
menggantung dan membuang pelajar dibuat dengan senang. Pelajar dan ibu bapa sendiri tidak
dapat mengemukakan sebarang kelemahan dan kesalahan yang mungkin ada pada Ketua
Guru Disiplin. Nama Cikgu Bherita sering disebut dalam mesyuarat dan pengetua
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya.

Selain itu sebarang permohonan kewangan untuk aktiviti pengawas sentiasa diluluskan.
Malahan Cikgu Bherita digunakan oleh guru-guru lain untuk menyampaikan sesuatu masalah
atau permohonan kepada pengetua . Tambahan pula Cikgu Bherita sentiasa ada masa untuk
selalu berada di pejabat dan sering kelihatan berbincang dengan pengetua. Prestasi Cikgu
Bherita semakin meningkat.

Sebahagian daripada kes di atas menjelaskan hubungan yang baik antara Cikgu Bherita
dengan pengetua mencerahkan lagi peningkatan prestasi. Kemahiran Cikgu Bherita dalam
berkomunikasi, mengingat dan menjelaskan sesuatu kes amat mengkagumkan pengetua.
Seorang pelajar yang berhadapan dengan kes ponteng kelas misalnya, dapat ditambah dengan
kesalahan- kesalahan lain hingga pelajar itu boleh digantung atau dibuang sekolah.
‘Penilaian’ yang diberikan oleh pengetua kepadanya seperti meluluskan setiap permohonan
kewangan untuk menjalankan aktiviti sentiasa diluluskan. Apa juga aktiviti hendak
dijalankan seperti mengadakan lawatan atau perkhemahan sentiasa diluluskan dengan mudah.
Ini diikuti dengan penilaian prestasi SSB melintang.

Namun begitu hubungan yang intim antara pengetua dengan Cikgu Bherita membuahkan
kekecohan. Setiap kejadian yng berlaku di kalangan guru akan diketahui dengan oleh
pengetua. Oleh yang demikian, Cikgu Bherita dituduh cepat ‘menyampai’ . Guru-guru akan
lebih berhati-hati sekiranya ada pengintip terutama sekali jika ada Cikgu Bherita. Malahan
pengawas–pengawas menjadi sumber Cikgu Bherita mengorek maklumat. Boleh dikatakan
Cikgu Bherita dapat mengetahui semua perkara kecil dan remeh, rungutan dan bantahan guru
dan pelajar.

Dalam kes Cikgu Bherita ini, timbul beberapa persoalan :

 Puashati Cikgu Bherita menjadi ketidakpuashatian pihak yang lain.


 Guru yang menjadikan Cikgu Bherita sebaga neraca timbangan dan perbandingan,
pastinya dia tidak akan puas hati.
 Ketidakpuashatian guru-guru semakin meningkat apabila Cikgu Bherita bertindak
suka ‘menyampai’ keburukan dan kelemahan guru-guru lain. Contohnya kelas bising
semasa Cikgu Amnah, akan disampaikan kepada pengetua. Sungguhpun perkara itu
betul dan benar, tetapi akhirnya ia akan ‘ meletup ’. Cikgu Amnah yang dituduh gagal
mengawal kelas berang dan enggan mengajar kelas yang ‘hujung-hujung ‘ lagi.
 Penilaian prestasi yang dibuat oleh pengetua sebenarnya amat berkait dengan
kumpulan ‘think tank’ yang dibentuk. Sebagai pengetua perempuan , keakraban guru-
guru lelaki ke bilik pengetua perempuan, tentulah terhad ( barangkali ). Guru lelaki
juga mungkin enggan menyatakan apa yang berlaku di dalam kelas seperti pelajar
tidak membuat latihan yang diberi. Ini berkaitan dengan ego lelaki. Sedangkan guru-
guru perempuan mudah menyampaikan segala masalah. Apatah lagi pengetua suka
guru-guru berbincang dengannya. Pengetua mahukan maklumat sebanyak-banyaknya
dan pemberi maklumat terbanyak ,bernilai dan lengkap itu hanya diperolehi daripada
Cikgu Bherita.

Kajian Kes 2 :

Setahun sebelum ini, syarikat percetakan CopyMatch telah menghadapi kerugian kewangan
yang terlampau dan telah mengambil keputusan bahawa mereka perlu untuk menstruktur
semula organisasi terbabit. Jualan mereka mewakili hampir keseluruhan pendapatan melalui
bonus galakan dan oleh itu, mereka cuba untuk memaksimakan kedua-dua jumlah pelanggan
mereka dan jualan bagi seorang pelanggan. Namun selalunya hal ini dimaksudkan bahawa
mereka telah mengambil tempahan yang sangat khusus dan dalam skala yang kecil yang
memerlukan masa untuk dilakukan, dan oleh itu ianya menjadi tidak produktif dan amat
berharga untuk dihapuskan. Semestinya hal ini adalah perkara kecil yang sangat
dititikberatkan terhadap “wakil” jualan sejak mereka memaksimakan saiz pendapatan mereka
sendiri.
Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula, tenaga kerja telah dibahagikan kepada
lima kumpulan, yang mana setiap satunya mengandungi kombinasi yang berbeza terhadap
perwakilan jualan, pengurus produksi, penyelia produksi dan pekerja percetakan. Melalui
kumpulan-kumpulan kerjasama ini, ianya telah dicadangkan bahawa wakil jualan akan lebih
diperngaruhi dan diberitahu oleh mereak yang lebih berpengetahuan tentang kitaran
penghasilan. Syarikat menginginkan untuk mengawasi kesan pengorganisasian semula dan
memulakan satu projek penyelidikan, berdasarkan satu kajian kes ini. Pembolehubah
bersandar (hasil) daripada pengorganisasian semula telah diramalkan seperti berikut:

 Lebih tempahan akan dipenuhkan terhadap masa yang tertentu.

 Anggaran kepuasan pelanggan akan bertambah dan rungutan daripada pelanggan akan
berkurangan.

 Pengurusan percetakan berskala besar akan ditanggung.

 Tahap kepuasan hati para pekerja akan meningkat.


Penyelidikan bagi kajian ini telah mengukur kesan bagi setiap jenis kumpulan
(pembolehubah tidak bersandar yang tidak sama banyak) untuk mencari sama ada struktur
baru adalah lebih efektif daripada yang lama, yang mana gabungan para pekerja mempunyai
kesan yang amat bagus ke atas hasilnya.

Kajian Kes 3 :

Satu skala besar kawasan perniagaan dibina pada satu tapak lapangan hijau pada satu saiz
sederhana bandaraya. Kesan daripada tindakan pembangunan sepanjang masa , jadi satu siri-
masa analisis adalah sesuai di sini. Seperti biasa, kita bermula dengan satu kedudukan teori
atau usul, dalam kes ini, kawasan perniagaan tersebut akan memberi kesan ke atas bandar dan
tempat yang berdekatan dalam beberapa cara. Pertama, ia akan meningkatkan kadar
kemajuan pertengahan bandar- bandar, tempat yang berdekatan akan penuhi dengan pelbagai
kedai dan gudang, diikuti, pada masa itu juga dengan perubahan corak-corak bandar
kediaman - keluarga-keluarga yang pendapatan lebih tinggi akan berpindah meninggalkan
pinggir kota.

Yang keduanya, kemerosotan bandar bertambah dengan meningkatnya kadar jenayah di


kawasan tersebut. Yang terakhir pula adalah aliran trafik akan berubah dengan kesesakan
baru iaitu ‘blackspots' dan muncul jalan-jalan bercabang untuk ke kawasan tersebut. Data
yang dipungut pada tiap-tiap tahun, lebih lima tahun melalui pemerhatian, rekod-rekod
kerajaan tempatan dan statistik jenayah.
Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kajian kes digunakan untuk pelbagai perkara yang
dianalisis dan dibuat kajian contohnya seperti menilai hubungan antara individu, menilai
prestasi organisasi, menilai prestasi pasukan-pasukan atau jabatan-jabatan dan pelaksanaan
projek. Kebiasaannya, kajian kes biasa bersifat deduktif, iaitu permulaan daripada satu
theoretical premise atau pendirian.

Kajian kes digunakan apabila tiada peluang untuk mengawal atau memanipulasi
pembolehubah-pembolehubah yang berlaku dalam sesuatu perkara. Tetapi boleh juga
dikatakan kajian kes apabila terdapat satu kecenderungan dalam penjelasan-penjelasan dan
situasi-situasi analisis atau peristiwa-peristiwa. Selain itu, sekiranya terdapat prosedur-
prosedur yang tidak berapa jelas untuk penyelidikan ujikaji, penyelidikan kajian kes harus
melibatkan pembangunan satu hipotesis awal atau set soalan-soalan, dan reka bentuk alat-alat
kajian itu, protokol-protokol dan prosedur-prosedur lapangan.

Kajian kes juga melibatkan unit-unit tunggal atau analisis berganda iaitu individu-
individu, jabatan-jabatan, benda-benda, sistem-sistem dan sebagainya dalam kombinasi
dengan corak kes tunggal atau berganda. Dalam kajian kes, penyelidik-penyelidik harus
mengumpul pelbagai sumber bukti yang harus mengembangkan menjadi satu rangkaian
bukti, menghubungkan soalan-soalan penyelidikan, data, analisis dan laporan kajian kes.

Selain itu, data untuk kajian kes selalunya diperolehi daripada pelbagai sumber
termasuk dokumentasi, arkib, temuduga-temuduga secara langsung atau pemerhatian.
Kesahan dalaman dalam kajian kes dikuatkan lagi dengan corak pemadanan, pembinaan
penjelasan dan siri masa analisis. Kebolehpercayaan diperkuatkan oleh berbagai replikasi
sama atau kes-kes yang sama.

Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan semasa melakukan kajian
kes yang merangkumi beberapa proses seperti merancang, mengembangkan alat,
mengenalpasti data, mengumpul data, menganalisis data serta menyebarkan data. Kesemua
proses ini perlu dilakukan mengikut langkah yang teratur agar proses penyelidikan dapat
berjalan secara teratur dan sistematik.

Walaupun terdapat kelebihan dalam melakukan kajian kes seperti sesuatu peristiwa
dapat diceritakan dengan lebih terperinci namun terdapat juga beberapa batasan dan
kekangan yang wujud dalam melaksanakan kajian kes. Maka, setiap penyelidik mestilah tahu
menggunakan dan mengaplikasikan kaedah yang sistematik agar setiap proses dan reka
bentuk kajian kes dapat dijalankan dengan lancar.

You might also like