You are on page 1of 1

PENGUMUMAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-26


PEPERIKSAAN SIJIL AMALAN GUAMAN

Kepada semua lulusan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) tahun 2022.

Saya dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen ke-26
untuk semua calon yang telah lulus PSAG tahun 2022 akan diadakan pada hari Selasa,
4 Julai 2023 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala
Lumpur, Aras 2, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah telah berkenan untuk menganugerahkan Sijil Amalan Guaman kepada
para lulusan.

Sila semak e-mel tuan/puan bagi maksud jemputan ke Majlis Konvokesyen tersebut
yang turut mengandungi maklumat tentang pendaftaran dan pembayaran. Tempoh
pendaftaran bagi menghadiri Majlis Konvokesyen tersebut adalah dari 30 Mei 2023
(Selasa) hingga 9 Jun 2023 (Jumaat).

Kami berharap dapat bersama-sama meraikan pencapaian tuan/puan pada Majlis


Konvokesyen tersebut.

Terima kasih.

NIK ROSMILAWATI BINTI NIK YUSOFF


Pengarah
Peperiksaan Sijil Amalan Guaman
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia.

30 Mei 2023

You might also like