You are on page 1of 1

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN TAHUN 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan


peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan
dikeluarkan pada 12 Oktober 2023 (Khamis). Seramai 8,586 orang calon
telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2023
di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU


Tahun 2023 melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my


mulai pukul 10.00 pagi pada 12 Oktober 2023 sehingga
pukul 6.00 petang pada 18 Oktober 2023; dan/atau

ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan


ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip
SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada
12 Oktober 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada
18 Oktober 2023.

KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan


peperiksaan SPMU Tahun 2023.

-TAMAT-

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


2 OKTOBER 2023

You might also like