You are on page 1of 3

SEKTOR SK DATOK KERAMAT 1

TAJUK AKTIVITI MESYUARAT AGUNG KALI KE 44

TARIKH 24 JUN 2023

TEMPAT DEWAN SKDK1

SASARAN IBU BAPA DAN GURU SK DATOK KERAMAT 1

BIL. KEHADIRAN 105 ORANG

LAPORAN PERJALANAN MESYUARAT


Pada 24 Jun 2023, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 telah berlangsung di Dewan SK Datok Keramat
1. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2023 iaitu Encik Nor Hishamuddin
bin Mohd Nor. Pihak sekolah telah menyediakan jamuan berupa sarapan pagi untuk ibu bapa dan
guru-guru yang hadir sebelum mesyuarat bermula. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh
Ustaz Wahab bin Khalid diikuti dengan ucapan Guru Besar SK Datok Keramat 1 iaitu Puan
Normadiyah binti Zainal Abiddin. Penyampaian cenderahati disampaikan kepada semua AJK PIBG
sesi 2022/2023. Acara diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung
PIBG dan meluluskan bayaran tambahan tahun 2023 dan pembentangan usul-usul yang berkaitan.
Ibu bapa telah memberikan usul-usul yang dikemukan di dalam pautan google form yang bertarikh
akhir pada 16/6/2023. Berikutnya, YDP PIBG telah membubarkan jawatankuasa PIBG sesi
2022/2023. Seterusnya, acara pemilihan dan perlantikan AJK PIBG yang baharu telah dipengerusikan
oleh Encik Nor Hishamuddin bin Mohd Nor sebagai pengerusi sementara. Hasil daripada pemilihan,
Encik Zul Helmi bin Baharom telah dipilih sebagai YDP PIBG bagi sesi 2023/2024. Manakala Puan
Syafika Artika binti Rahim pula dipilih sebagai NYDP PIBG baharu. Seramai 5 orang AJK ibu bapa telah
dipilih daripada ahli mesyuarat hadir manakala melancarkan segala aktiviti PIBG yang bakal
dijalankan bagi sesi 2023/2024. Mesyuarat ini berakhir dengan ucapan penangguhan oleh YDP PIBG
yang baharu.
KEKUATAN
1. Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan tamat pada masa yang
ditetapkan.
2. Susun atur perjalanan majlis bergerak seiring dengan perancangan yang dibuat.
3. Dewan dihias dengan cantik.
4. Keadaan terkawal.
KELEMAHAN/CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Meja pencatat disusun secara lebih teratur.
2. Pengundian menggunakan teknologi seperti “Powerpoint” dan sebagainya.
3. AJK Publisiti harus mengambil inisiatif menggunakan pendekatan media sosial untuk menarik
kehadiran ibu bapa.
DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

……………………………………. ……………………………………..

MOHAMAD ASRUL IMAN BIN MOHAMAD ZALI ZUL HELMI BIN BAHAROM

SETIAUSAHA YDP PIBG

TARIKH : TARIKH :

You might also like