You are on page 1of 4

1.

PENGENALAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK


Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang
dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain
kognitif atau afektif. Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang bersifat semula jadi,
pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan
secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah. Pentaksiran psikometrik
merupakan salah satu komponen Penilaian Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang telah
dilaksanakan sejak Tahun 2016. Oleh itu, warga sekolah perlu dibudayakan dengan Pentaksiran
Psikometrik yang menggunakan Inventori Kecerdasan Pelbagai (IkeP).

2. OBJEKTIF

Objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut :

I. Murid dapat mengetahui potensi dan kelebihan diri melalui ujian IkeP yang dijalankan.
II. Menyebarkan maklumat kepada guru agar menjadikan IkeP sebagai rujukan dalam
merancang strategi pdpc yang sesuai mengikut kebolehan murid.
III. Warga sekolah boleh menyebut sembilan konstruk IkeP.
IV. Membudayakan maklumat Inventori Kecerdasan Pelbagai (IkeP) dalam kalangan warga
sekolah.

3. ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN PEMBUDAYAAN IKeP

7.30 pagi : Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan

: Ucapan aluan pengacara majlis

: Bacaan doa

: Bicara IkeP oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling

: Ucapan Guru Besar

: Montaj Pentaksiran Psikometrik

Montaj Pelancaran Modul Inovasi Ppsi JPNT 2019 .


Sila muat turun di (https://www.youtube.com/watch?v=BZ7vsiDfKZA)

: Gimik Pelancaran (Mengikut kreativiti sekolah)

 Gegantung (‘bunting’)
 My IkeP (Lampiran 4)

: Bersurai

2.00 petang : Ladap untuk semua guru.


Tajuk : Inventori Kecerdasan Pelbagai

4. TEKS UCAPAN GURU BESAR


( Lampiran 1 )

5. BICARA IKeP OLEH GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING


( Rujuk Power Point yang disediakan )
6. GEGANTUNG PELANCARAN (‘BUNTING’)
Pihak sekolah disaran menggunakan gegantung seperti lampiran 2 atau set gegantung sedia ada
(Lampiran 3)

7. KAD MY IKeP

Kad My IKeP ialah salah satu inovasi yang digunakan sebagai intervensi dalam membudayakan
psikometrik di sekolah rendah. Pelaksanaan Kad My IKeP dapat membantu murid agar lebih
peka dengan kecerdasan yang mereka miliki. Pada masa yang sama, guru-guru dapat
mengetahui personaliti murid berdasarkan keputusan IKeP. Secara tidak langsung, ini dapat
membantu guru merancang PdPc yang bersesuaian dengan kecerdasan murid supaya potensi
murid dapat dimaksimumkan sepanjang sesi pembelajaran.

Rujuk
PROSEDUR PENGGUNAAN KAD MY IkeP
1. Murid menerima kad My IKeP setelah selesai semakan Ujian Psikometrik Inventori
Kecerdasan Pelbagai (IKeP) dilakukan.
2. Konstruk kecerdasan pelbagai murid direkodkan berdasarkan skor yang diperolehi pada Kad
My IKeP.
3. Kad My IKeP yang telah dilengkapkan, akan ditampal di sudut kiri di atas meja murid.

CONTOH KAD MY IkeP (Saiz A4 bahagi 4 bahagian)

My IKeP
Nama :
Tahun : Cita-Cita:

SKOR KONSTRUK

Tinggi

Sederhana

Rendah

* KAD MY IkeP ( LAMPIRAN 5)

You might also like