You are on page 1of 4

SMKPK / 11 / F

SMK (P) KAPAR


PERSIARAN HAMZAH ALANG
42200 KAPAR KLANG
SELANGOR
PENGURUSAN PROGRAM

LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM

Nama Aktiviti : MSU NATIONAL INFOHUNT CHALLENGE 2020 (PERINGKAT SEKOLAH)

Urus Setia : GPM, Wakil MSU dan Pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah

Tarikh : 30 Jan. 2020 Hari : Khamis Masa : 2.00-5.00 petang

Tempat : Pusat Sumber Sekolah dan Persekitaran Sekolah

Bil. Peserta : 70 orang murid Tingkatan 4 dan 5

Sumber -
Kewangan :
Kos - Tiada
Objektif 1: Pendedahan kepada pelajar tentang keperluan proses mendapatkan
maklumat dengan kaedah yang bersistematik dan bersesuaian dengan
keperluan pembelajaran seharian.
Pencapaian : Peserta dapat mengaplikasikan kemahiran Literasi Maklumat
Perpustakaan semasa menjawab tugasan yang diberi.
Objektif 2: Memanfaatkan sepenuhnya teknologi dalam kaedah pencarian
bahan-bahan rujukan yang berkesan bagi memastikan maklumat yang tepat
Pencapaian
: sahaja diperoleh dan diguna pakai
Objektif
Pencapaian : Peserta dapat mengaplikasikan kemahiran Literasi Maklumat ICT
semasa menjawab tugasan yang diberi.
Objektif 3: Membentuk generasi yang mampu bersaing dan kekal positif dalam
meningkatkan kemahiran diri (soft skill) dan keupayaan berfikir secara kreatif
dan kritis.
Pencapaian : Peserta menunjukkan semangat berkumpulan yang baik dan
bertanding dalam suasana yang sihat sepanjang pertandingan.
Sila sertakan dokumen yang bertanda “X” (jika berkenaan).
Buku Atur Buku Rekod / Rakaman Persembahan
X Foto X
Cara Keputusan Video Multimedia

Perkara Utama : MSU National Infohunt Challenge (MNIC) 2020 adalah merupakan program
pertandingan pencarian maklumat bersistematik yang menggunakan ilmu
keperpustakawanan sebagai asas pencarian maklumat yang diolah bagi memenuhi
keperluan dan perkembangan berfikir pelajar aras tinggi. Selain menguji IQ dan
kemahiran, MNIC 2020 ini turut menguji keupayaan fizikal dan mental peserta
sambil menerapkan “fun element” dan santai dalam pencarian maklumat.

Ringkasaan : Semua peserta berkumpul di Pusat Sumber pada pukul 2.00 petang untuk
Aktiviti mendengar taklimat daripada Encik Airman (wakil dari MSU) berkenaan dengan
perjalanan pertandingan. Selepas taklimat, peserta dilepaskan secara bergilir ke
“checkpoints” yang telah disediakan dan dipantau oleh Pengawas-pengawas PSS

1 Mac 2018 – Keluaran 02|Pindaan 00


SMKPK / 11 / F

yang dilantik. Di “checkpoints” tersebut, peserta dikehendaki menyelesaikan


tugasan yang diberikan bersama-sama rakan sekumpulan. Apabila telah selesai ke
semua “checkpoints”, peserta akan kembali ke PSS untuk menyerahkan semua
tugasan mereka. Kumpulan yang berjaya menyiapkan kesemua tugasan yang
diberikan dalam masa yang paling cepat dikira sebagai pemenang dan akan
mewakili sekolah ke Peringkat Kebangsaan

Kekuatan : Pendedahan kepada peserta tentang keperluan proses mendapatkan maklumat


Aktiviti dengan kaedah yang bersistematik dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran
seharian.
Kekangan : Sebahagian peserta tidak dapat mengikuti aktiviti penutup kerana mempunyai
Aktiviti masalah kenderaan untuk pulang ke rumah.

Hal-hal Lain : Program Kerjasama seperti MSU National Infohunt Challenge ini telah menjadi
satu aktiviti tahunan bagi Pusat Sumber Sekolah kerana Penganjuran MSU
National Infohunt Challenge (MNIC) 2019 mempunyai objektif yang spesifik yang
diadakan bukan untuk tujuan bergembira semata-mata. Elemen keseronokan serta
aspek fizikal di dalam pertandingan ini dengan sengaja (purposely) telah
digabungkan (incorporate) secara langsung ketika para peserta diminta untuk
mencari dan mendapatkan jawapan, Ini dilakukan khusus untuk menarik minat
peserta dan pada masa yang sama mendidik, memberi ilmu serta maklumat kepada
mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.......................... .......................... ..........................


Cap jawatan Cap jawatan Cap jawatan

Tarikh : Tarikh : Tarikh :

1 Mac 2018 – Keluaran 02|Pindaan 00


SMKPK / 11 / F

SMK (P) KAPAR


PERSIARAN HAMZAH ALANG
42200 KAPAR KLANG
SELANGOR
PENGURUSAN PROGRAM

LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM

Nama Aktiviti : PROGRAM BICARA PENULIS 2020

Urus Setia : GPM dan KETUA PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU

Tarikh : 7 Februari 2020 Hari : Jumaat Masa : 11.00 – 12.30 tgh

Tempat : Pusat Sumber Sekolah


Tingkatan 5 Efektif (29 orang)
Bil. Peserta :
Tingkatan 4 Efektif dan 4 Rasional (67 orang)
Sumber- PSS
Kewangan :
Kos - RM50.00 (Cenderahati Penulis Jemputan)
Objektif 1: Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam penulisan kreatif
seperti cerpen, drama dan novel.
Objektif 2: Memupuk semangat jati diri, kecintaan terhadap bangsa dan negara,
berdisiplin serta berbudi bahasa dan bernilai moral tinggi melalui aktiviti
Pencapaian pembelajaran dan hasil penulisan.
:
Objektif Objektif 3 :Menimba pengalaman dan kemahiran menulis daripada penulis muda
yang berbakat besar.
Objektif 4: Menghasilkan penulisan yang bermutu lagi bernilai murni secara lebih
produktif pada masa akan datang.
Objektif 5: Memartabatkan genre sastera dalam kalangan murid.
Sila sertakan dokumen yang bertanda “X” (jika berkenaan).
Buku Atur Buku Rekod / Rakaman Persembahan
Foto X
Cara Keputusan Video Multimedia

Perkara Utama : Program yang melibatkan murid-murid yang berbakat dalam penulisan kreatif dari
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Kapar ini didedahkan dengan beberapa aktiviti
ke arah penampilan diri dan bakat dalam pelbagai bidang ‘hard skill’ dan ‘soft
skill’ komunikasi, bahasa, kesusasteraan serta sahsiah dan nilai-nilai murni. Bakat
dan pengetahuan asas peserta dalam penciptaan karya kreatif yang berpaksikan
nilai-nilai murni dapat digarap dan digilap untuk lebih berketrampilan dan maju
lagi pada masa akan datang.

Ringkasaan : Selepas waktu rehat pertama, semua murid dari kelas-kelas yang terlibat berkumpul di
Aktiviti Pusat Sumber Sekolah untuk mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman dari seorang
penulis muda jemputan iaitu Siti Nur Izzah Hani Bt Ngabdul Basir. Penulis muda yang
lahir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Kapar iaitu Siti Nur Izzah Hani Bt Ngabdul
Basir atau nama penanya Izzah Hani. Beliau telah menghasilkan empat buah novel iaitu
The Silent Killer, Permata, Garis Masa dan akan melancarkan novel barunya iaitu Bintang
Paling Terang di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 akan datang.
Kekuatan : Dengan adanya program seperti ini, diharapkan murid-murid dapat menyediakan diri bagi
Aktiviti menghasilkan karya kreatif yang bermutu serta menjana minda. Semoga program ini

1 Mac 2018 – Keluaran 02|Pindaan 00


SMKPK / 11 / F

memberikan pendedahan kepada mereka tentang bidang penulisan kreatif, kepengarangan


dan akhirnya boleh menghasilkan hasil karya sendiri.
Kekangan : Sebahagian peserta tidak dapat mengikuti aktiviti penutup kerana mempunyai
Aktiviti masalah kenderaan untuk pulang ke rumah.

Hal-hal Lain : Melalui Program Bicara Penulis ini, hasrat pengisian ilmu dan kemahiran berkaitan
bahasa dan Kesusasteraan Melayu dalam mengangkat dan memperkasakan Bahasa
Kebangsaan sangat diutamakan selain memasukkan unsur-unsur pembinaan modal
insan iaitu adab budi bahasa, nilai-nilai murni kehidupan, nilai kerohanian serta
integrasi dan mencungkil bakat dalam diri.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.......................... .......................... ..........................


Cap jawatan Cap jawatan Cap jawatan

Tarikh : Tarikh : Tarikh :

1 Mac 2018 – Keluaran 02|Pindaan 00

You might also like